CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 20, 2010

:: Printing ::

Skarang ni tepat pukul 3 pagi, 21-12-2010.
Kenapa saya x tdo lagi?

Sbb tadi saya bermain2 dgn printer saya.
Saya memprint semua benda yg saya tangguh selama ni kerana malas nak ON printer itu pada hari kebanyakan.

Sebenarnya saya sgt2 sakit hati dgn printer itu kerana ink alarm itu selalu menipu. Ink ade sparuh lagi pun lampu dah kelip2 cakap dah habis. Pastu saya bukak box cartridge angkat sekotak ink tu pastu masuk balik (x refill ink pon) pastu terus beliau cakap ink dah penuh.
*yay seronoknya boleh menipu printer ngeh3*

Btw ia adelah sebuah printer usang berusia 2 tahun masihi bertajuk EPSON CX5500 (kalo x silap la hoho). Walaupun besar gedabak lantas memenuhi ruang bilik, dan sgt bising apabila ia bekerja, lembab pulak tu, saya masih sayangkan beliau kerana tanpa beliau saya xboleh nak print ape2 termasuklah lecture notes or Clinical Practise guideline or gamba or ape2 jelah yg selalu buat tanpa arah tuju (dgn niat nak suruh ink cepat habis sbb nak beli yg lain. huhu). Tanpa beliau saya x boleh fotostat ape2 yg penting lagi segera. Tanpa beliau saya x boleh nak scan gamba masuk laptop kepochi ni.

Terbaru, malam tadi, saya printed out pamhplet (xreti eja) yg saya buat *cehceh* sempena Immunization Talk pada hari esok, yg bakal di ucapkan oleh Apek kpd ibu2 mengandung! Penat saya buat pamplet cantik2. !! saya terlupa bahawa ink biru saya itu sungguh bermasalah. Kalau ade benda yg di print berwarna biru, atau warna2 lain yg melibatkan biru (hijau, turqoise etc etc) dia akan keluar berbelang2. X cantik. Natijahnya, pamplet saya terpaksa diubah plan dari yg sgt2 cantik *hoho* pada asalnya menjadikan ia sgt dull sbb nak elak kepelbagaian warna biru. Saya x tau dh camane nak baiki selain nozzle check -- head cleaning. Clean la head beratus kali pun keputusannya ttp sama. Saya fedap. Saya sungguh fedap namun saya masih sayangkan dia, abg epson itu.

Eh x boleh membebel lama2 sebab Talk esok bermula 8pagi! gogogo Kumpulan Gagak Hitam !!
*sukati je kasi nama team aku mcm ni lalala*

p/s: eh rupa2nya hari ni saya sgt cemerlang kerana slpas bangun tido pada pukul 8.30 pagi tadi (sape ckp saya looser saya babab!!), saya masih tidak tido. Lihat, saya sudah berjaga selama 20jam tanpa nap ! Satu pencapaian yg memberangsangkan!!

p/s 2: Adei.. mcm rindu kat someone je ni, ntah sape lah ni.. @_@

0 comments:

Post a Comment