CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 30, 2011

:: MD UKM 2011 ::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. tiada kata2 yg dapat menggambarkan kegembiraan hati ini atas nikmat kejayaan daripadaNya.. Sujud syukur padaMu Ya Allah..


Akhirnya, penat lelah selama 5 tahun akhirnya terbayar, apabila Prof Dato' Dr Raymond Azman Ali, Dekan Fakulti Perubatan UKM menyebut 'A113877 Nor Hidayah binti Abdul Ghani'.. Lantas terpacul dari mulutku Alhamdulillah sambil meraut muka. Kelopak mata digenangi air, tapi bertahan kerana nama kawan2ku masih belum diumumkan.


30 Mac 2011, 4.30 ptg di Gallery PPUKM mencatat sejarah gemilang bagi UKM dgn 96.8% lulus dan membawa pulang MD UKM utk dibawa berarak sekeliling kampung. Hehe. Memang berdebar habissss!! Dato' dekan akan membaca nama mereka yg lulus sahaja. Siapa yg tidak disebut................


Aku habis exam pada 23 Mac 2011, dan exam officially tamat 25th Mac. So selama seminggu sambil menunggu result, tiada hari yg tidak keluar dari KTDI ni. Sebabnya, tak mahu berada dibilik kerana fikiran akan berserabut , asek memikirkan nasib yg tak menentu. Sampaikan tgk Merong Mahawangsa 2x (@_@) hhehe


Alhamdulillah, tercapai cita DR NOR HIDAYAH MD (UKM) , CLASS OF 2011
Sebagai permulaan, semoga aku menjadi doktor/houseman yg selamat utk patient2 aku.

Sekian update ringkas :D

Friday, March 25, 2011

:: Exam ::

Assalamualaikum...Masa last post, teman ckp next post adelah berkenaan result. Hehe. Namun memandangkan teman dah abis exam n takde menda nak buat, teman nak bercerita pasal exam lah.


Alhamdulillah. Aku dah habis exam. Rasa macam mimpi bahawa aku dah habis professional exam. After 5 years of medical school !! Jadi skrg ni tanpa fikir panjang, aku rasa nak bercerita sedikit sebanyak tentang exam kali nih. Setiap sekolah perubatan di Malaysia dan juga di dunia ada system dia sendiri. Dari segi P&P, lecture dan juga exam, semua tak sama. Tgklah, waktu utk pro-exam pun tak sama. Start dgn UKM bulan 3, UiTM n UPM bulan 4. Yang lain2 aku tak tahu sory USM, USIM, UIA etc etc hehe..

Mari kita mulakan.

Day 1: Monday, 14th March 2011
Unmanned OSCE


Macam ni kedudukan pelajar. Ni adalah salah satu kumpulan, sebab dia bnyk kumpulan. Dalam 1 kumpulan adelah dalam 20 students gitu. kot. yg tu aku x ingat. Tapi position macam ni la. Yang kotak warna kuning tu meja student. Kat setiap meja ada 1 soalan. Jumlah markah utk setiap soalan adalah 5 markah.


Tak faham?


Macam ni. Setiap meja akan di occupied oleh 1 student dlm satu masa. Masa menjawab adalah 5 minit. Setiap 5 minit, loceng akan dibunyikan, dan student kena move ke next meja. Kertas jawapan masukkan ke dalam envelop yg tlh disediakan di setiap meja. Macam main musical chair gitteww..


Cuba awak bayangkan, kena jawab setiap soalan selama 5 minit sahaja? Kalut kan. Maksud aku, bukan SATU soalan. Soalan dia beranak2. Ada 1a, 1b. 2a 2b. Tak kisahlah asal setiap kertas tu 5 markah.


Soalan ape yg keluar? Hah, x payah tanya sebab anything under the sun. Memang unexpected. Takde soalan spot macam nak SPM tu. Hari tu, ada interpret chest Xray, Tibia fibula Xray. Ada jugak interpret CT scan of the brain. 2 pulak tu. Ada yg letak instrument. Haa, kau jgn tak tahu, statistik pun keluar. Nganga kau nak interpret chi square dlm masa 5 minit tu.

Contohnya:

Ada trigger la bagitau history patient ni. Sakit paha dah lama. Pegi x ray paha, ada findings mcm ni.
(soalan sebenar gambar lesion at distal tibia)

Soalan:
1. Interpret X-ray
2. Diagnosis
3. Investigation/ management (either 1 la, aku lupa)
Jumlah 5 markah.

So, sah2 la aku dah nampak sunburst appearance. Aku dah tulis breach periosteum. Dalam fikiran, ni mestilah malignant! Tapi malangnya aku pi tulis diagnosis 'osteoid osteoma'.
Geram betul la. Yang tahu pun boleh salah yg tak tahu apatah lagi.
Osteoid osteoma adalah benign. bila dia transform jadi malignant, akan bernama Osteosarcoma.

Dan lagi lah. Malas nak ingat balik sebab aku rasa aku buat stak bagus. Yang CT scan pun blur jugak. Dah suspek atrophic brain for Alzheimer disease tapi g tulis menda lain. Hmm...
Kecewa !! Aku harap yang lain2 tu boleh kaver silly mistake aku ni :(



Day 2: Tuesday, 15th March 2011
Key Featured Question (KFQ) 1

Untuk hari ni, kitorang tak tahu posting apa keluar. Maksud aku, kitorang tak tahu sama ada medical case ke? surgery ke? paediatrik ke? o&g ke?

Memang mcm org gila malam tu duk belek itu ini. Tawakkal kpd Allah, baca yg mcm tahun lepas. Nasib baik sama.

Yang keluar adalah: Internal Medicine, Paediatric, Psikiatri.

Cuba buat yg terbaik walaupun ada je yg salah. Ala!!! Kenapa mesti ada yg salah? sedeyyyy..

KFQ ni mcm ni. Medicine ada 4 soalan (1jam). Paediatric ada 4 jugak (1 jam). Psichiatry ada 2 soalan (30 minit). Setiap soalan 10 markah. Macam OSCE tadi, soalan dia beranak2.

Setiap soalan, dia akan bagi satu trigger. Maksudnya dia ceritalah patient ni datang dengan sakit yg sekian2, dan sekian2. Soalan lazim adalah: Diagnosis, investigation to confirm diagnosis, kalau dia bagi investigation, kena interpret. Tak lupa, management. Immediate management. Definitive management. Kadang2 confuse sebab eh yg mana immediate definitive management utk sakit tu. Huhu..

Komen: hmm... not so bad but i did bad on the theme of Hyperparathyroidism sbb tak faham part yg differential diagnosis. Aku confuse dia nak differential diagnosis utk hyperparathyroidism per se ke, differential diagnosis utk causes kepada Hyperparathyroidism tu. Tak sempat nak tanya tak cukup masa dan bantai lantas salah. Again, Uuuuu....



Day 3: Wednesday, 16th March 2011
Key Featured Question (KFQ) 2

Jenisnya sama dgn di atas, cuma posting yg keluar adalah:

O&G 4 soalan (1 jam) , Surgery 4 soalan (1jam) dan Orthopedic (30 minit)

Komen: Untuk O&G, aku sangat shok menjawab, especially yg management of umbilical cord prolapse. Haha, aku x perasan yang situasi dia bg tu kat KK, aku dgn yakin boleh buat management macam kat HUKM, iaitu ade aku tulis red alert, prepare patient for emLSCS.. haha.. gelak sorang2. Kawan aku tu, lagila, red alert n inform code pink. hehe. (kalau kat HUKM, code pink tu maksudnya team resus untuk Paediatric). Aku tak perasan pun aku tersilap, petang tu bila bukak FB baru notice kwang3. Malu plak sebab ade Dr surgery tanya aku, mcm mana paper O&G? aku jawab, OK je tanpa kusedari kesilapanku.. kihkih

Yang surgery lagi satu hal. Patient ada 'succusion splash'. Kiranya mcm spot diagnosis. Haha yg ni lagi bangang. Aku ingat dlm pyeloric stenosis kat baby je ada succusion splash rupanya Kat Gastric Carcinoma, gastric outlet obstruction pun ada jugak. (PANGGG!!!) lempang diri sendiri. Aku tak sure la yg pasti aku salah diagnosis. Tapi aku harap dapat markah untuk management patiet. Please dokter, please bagi saya markah.

Yang ortho pulak. Haha. Aku bersyukur sbb aku dapat diagnosis , Ganglion cyst (tp aku tulis ganglion je ). Ramai tak expect. Ade ke dalam buku? aku x sure sbb aku tak pernah terbaca dalam buku, aku pernah jumpa patient ni kat Klinik Ortho dulu. Ortho ni mmg tau, soalan dia unexpected, dan usually keluar yg praktikal punya. Takde pun yg jenis sebijik2 dalam buku.



Day 4: Thursday, 17th March 2011
Multiple Choice Question 1

60 soalan, 2 jam.

Untuk hari ni, posting yg keluar adalah Medicine, Paeds, Psikiatri, Medicine & Society, Anaesthesia, Ophtal, family medicine.

Paper ni adlah paper killer. Ni kira One Best Answer. Setiap soalan ada 5 option, ABCDE. Semua jawapan dia bg betul dan macam betul. Dia nak, PALING TEPAT! haha. rasa nak mati kesusahan je. Kan dolu2 kalau nak jawab soalan ABC baca gitu2 je sebab alah nanti terlintas lah tu kat fikiran .. agak2 boleh jawab nye.. Sekarang, semua kena ingat secara spesifik.

Nak contoh? nah ambik.

A very distressed 25 year old, unmarried lady was seen in Infectious Disease clinic. She went for a routine blood screening in a private laboratory and was found positive for HIV ELISA antibody test. A repeat HIV ELISA antibody test a week later was negative. She denied any high risk behaviour and there was no historyof blood transfusion.
What is the most appropriate investigation to confirm diagnosis?

A. CD4+ count
B. Full blood count for lymphopenia
C. HIV western blot
D. Repeat HIV ELISA antibody test immediately
E. Repaet HIV ELISA antibody test in another 3 months


Ape lagi, bakor je..

Lagi satu:

A mother bring a 2 months old baby for vaccination ( DTap, IPV and Hib) for first time. 12 hours later the baby developed febrile seizure. The mother was concerned about the subsequent vaccination.

A. admission for observation after the next vaccination
B. Vaccination according to the schedule.
C. Omit DTaP during next vaccination
D. Omit IPv during next vaccination
E. Omit Hib during next vaccination

kih kih kih.. Mungkin bagi korang, spot diagnosis. Silakan, silakan berjaya.



Day 5: Friday, 18th March 2011
Multiple Choice Question 2

60 soalan, 2 jam.
Surgery, O&G, Orthopedic, ENT, forensic, Accident & emergency.

Malas nak banyak cakap, nak contoh soalan???

A 38 year old lady, nulliparous with h/o 5 years subfertility currently at 37 week POA(spontaneous conception) with twin pregnancy. No dating scan done. She was diagnosed with gestational hypertesion on 2 types of antihyperetensive. Noted BP 150/90 mmHg with proteinuria of 2+. P/A uterus at 40 weeks, leading twin is in longitudinal lie, cephalic presentation.EFW first twin 2.2 kg and 2nd twin is 1.0 kg with reduce amniotic fluid.

What is your main concern in deciding the mode of delivery in this lady?

A. Age of 38 year old
B. EFW of second twin 1.0kg with reduce amniotic fluid
C. subfertility of 5 years
D. Pre eclampsia requiring two type of antihypertensive
E. twin pregnancy and pre-eclampsia

hehe.. seronok tak????

HAHAHA.. Ekceli paper ni siyeshit susahgila. Bala! Bala! Sampai tak larat nak pikiaq dah. Boleh tak aku cakap ade je aku main agak? Soalan kali ni tak banyak yg straighforward mcm dlm buku. Semua kena fikir. Confuse tau. Contohnya,the MOST immediate management; bagi oxygen pun immediate, nak insert IV line pon immediate. Fenin2 padahal dlm real life situation kan ada staff nurse nak tolong. (=,=)




Day 6: 23rd March 2011
LONG CASE + MANNED OSCE.

Yang ni adalah yg paling di takuti sebab berurusan dengan patient. Memang bertawakkal sungguh2. Nak dapat patient apa pun berdasarkan undian. Kau pick number patient mana, yg tu kau dapat, without knowing siapa patient tu. Luckily, longcase dia narrow down the posting involved, which were Internal Medicine, O&G, Surgery dan Paediatric sahaja. Lil bit lucky sebab Pro exam dolu2 ada Psikiatri. Huuu


LONG CASE

Bagi yg tak tahu, long case ni mcm ni.
Kau kena pergi jumpa patient, tanya soalan macam2 kat patient supaya dapat buat diagnosis. Daripada diagnosis tu , barulah ada perbincangan. Diagnosis lain yang boleh di consider, investigation apa nak buat dan yg plg penting management. Kalau 3rd year, management tak penting sgt. Tapi utk kitorg final year ni, management ni mmg sangat2 penting sebab nnt dah keje kita yg first tgk patiet, bukan medical officer, bukan specialist. Bukan.


Jadi pada hari exam tersebut, aku diberi masa 45 minit utk bersama patient. Ada sorang akak Attendan (Pembantu Kesihatan) yg teman. 45 minit, sangat sekejap!! Ngah cakap2 ngn patient, tetiba akak PK remind dik ada 15 minit lg bolehla start examine patient tu. Aku habiskan tnya soalan cepat2, pastu terus examine. Aku rasa bersyukur sangat sebab patient banyak membantu. Akak PK pun bnyk bg semangat. Aku nak je g jumpa balik cakap terima kasih.


Kemudian aku diberi 15 minit utk formulate kan apaa yg aku nak present. 15 minit, macam 1 minit je! sekejap gila!!!! Tangan sejuk tak payah cakap la kan. Macam ais! B4 masuk aku pegang tgn akak PK tu, best sbb tgn dia panas.. hehe hot!


Patient aku dapat, adalah Type 2 Diabetes Mellitus ngah pregnant 26 minggu and ada Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS). Doktor bnyk tnya pasal DM tu je. PCOS mcm tak wujud. Huhu.

Aku rasa aku buat OK sebab satu dua je takleyh jawab. Yg lain tu, bolehla jawab even kadang2 diorg kena probe aku. Takpe2, yg penting boleh. Aku rasa OK lah, tapi manelah tahu kan kot2 ada history in between yg aku x buat dgn lengkap, yg tu aku tak sure lah pulak sbb aku rasa aku dah cover semuanya termasuklah dari makan Clomid, buat Lap & dye utk tgk tubal patency, IUI 3 x dan jugak ovarian drilling tu, makan Marvellon, Metformin, Diane dan lain2 lagi.


Ok, tutup bab Long Case.


MANNED OSCE. (4 patients)

Maksud manned OSCE adalah, aku kena examine patient dan bagi diagnosis, differential diagnosis, kalau sempat investigation and management. Awak tahu, semua ni dalam masa 10 minutes sahaja dow.. Dia macam Unmanned osce jugak, iaitu setiap 10 minit, loceng akan dibunyikan dan PK akan bawak aku ke cubicle sebelah.

uuuuuuuu


Masa undian, aku ambik tag warna pink. Tak kisah la kan yg mana2 pun sebab bukannya tahu patient apa. So utk Manned OSCE ni, tak ada soalan spot dan semua posting boleh keluar. Memang mcm orang gila ah berlatih examine.



Patient 1.
O&G. Terkejut sbb dapat ngn supervisor sendiri. Nape aku rasa mcm dia tgk muka aku dgn menyampah?? haha delusion of persecutory ke ni?? Tak kisahlah. Aku kena baca soalan yg tertulis. Soalan bagi date Last Menstrual Period (LMP) patient, aku kena kira Estimated date of delivery dan jugak period of amenorhea. Kira tu ade lah dlm 2 minit kut haha. Take time sikit. Pastu kena examine patient punya perottt. Nampak cam kecik. Bila aku rasa, mula2 aku cakap corresponding to date. Then muka Dr mcm hopeless, aku rasa betol2 skali lg pastu dptla uterus smaller than date. Pastu bincang sikit pasal uterus smaller than date. Aku rasa aku lulus yg ni. Insya Allah.


Patient 2.
Internal Medicine. Soalan tertulis buat Lower Limb examination. Aku buat lah neurological examination. At last aku brenti Dr tanya are u finish? Aku dgn berat hatinya ambik tuning fork nak cek vibratory sense. Sebenarnya malas gila nak buat, luckily Dr cakap, its ok. (maksudnya takyah buat heheh). PAstu aku present la. Aku bagi diagnosis Peripheral neuropathy secondary to diabetes mellitus. Dr tnya differential diagnosis, aku blank. Geram betul sbb pernah baca tapi lupa.. :C Tapi takpelah. Mungkin sikit je mark utk differential diagnosis (rationalization). Aku rasa takde sebab utk aku fail stesen ni.


Patient 3.
Paediatric. Aku baca soalan yg berbunyi baby 3 bulan dtg dgn fever n cough. Buat respiratory examination. Aku series terkesima sangat sebab bila Dr cakap u may start now, baby ngah irritable :(( Aku berusaha nak kira respiratory and pulse rate tapi tak dapat sebab baby nangis bersungguh2. Aku sedih. Berpeluh2 aku. Sambil examine aku pujuk2 jugak. Aku distracted. Aku auscultate masa dia nangis wei.. Seb baik aku dgr ada end expiratory crackle dan ronchi. Aku present jelah ape yg aku dapat. Sedeyy. The baby was so irritable, i cannot count for respi n pulse rate. Kau ingat Dr nak terima ke alasan ni? Sebab kes mcm ni dikira aku x reti nak handle budak. Aku sedih nape takde PK tolong dukung ke. Baby ni xde penjaga sebab dari Rumah Tunku Budriah. Worse come to the worse, diagnosis aku salah tapi differential diagnosis aku betul. Lepas je stesen ni aku rasa hopeless. Terus ada vasomotor symptoms. Aku harap Dr dapat consider situation aku. Rasa nak nanges kat situ jugakkkk...


Patient 4.
Surgery. Aku geram kenapa aku dapat kes surgery sedangkan aku aimed ortho! Kiranya student akan dapat either 1 la.. Hmmm... Aku mcm beruntung sebab dapat Dr yg sangat baik. Dulu pun pernah buat teaching ngn dia. Namun, aku tak dapat diagnosis tu. Cystic Hygroma. Tak terlintas pun nak cakap sebab tak tahu. :((

Aku buat dokumentari je kat situ. Bukan berbincang. UUU.... Dr tanya what do u think the diagnosis. Aku ckp:

Maybe lipoma
sebaceous cyst but there is no punctum
Not a lymph node because not firm
not an abscess because normal temperatue n nontender

so what do u think?

aku membisu tanda berfikir..(huhu)

what investigation u wan to do?

1. Ultrasound scan to differentiate solid n cystic lesion
2. Fine needle aspiration cytology to differentiate benign n malignant cell

Pastu buat transillumination test aku ckp tak trans illuminate sedangkan YA.


Aku keluar awal dari cubicle tu lalu terduduk di kerusi yg disediakan, sambil berkata ape tu ape tu.. Dr KI yg sedang berkeliaran kat situ ckp spot diagnosis la cystic hygroma. Huu. Rasa looser.
AKu harap dapat markah dari segi teknik examination. Aku hope sangat dia bagi lulus sebab bukannya aku senyap tak cakap apa2 kan. huuuuu




************************************************************


Aku sangat stress sepanjang exam. Memangla aku mcm duk bukak2 fesbuk gaya ckp mcm ceria tapi hakikatnya aku sangat stress. Aku risau. Tiap2 malam mesti tersedar2. Tido x lena. Makan pun kurang. Aku rasa tak ubah mcm Zombee. Fikir nak stady je.

Aku harap sangat2 nak lulus. Kalau xde rezeki aku lah kan, aku tak tahu mcm mana aku nak meneruskan 6 bulan tu. Ofkos i will feel down so badly. erm, pastu pihak kolej arahkan dak2 final year kena kosongkan bilik pada 1 April ni. AKu tak fikir lagi mcm mana nak angkut brg balik Kelate. Aku takut, bila aku excited nak bawak balik barang kang nnti result tak lepas, kecewa la diriku ini. Seminggu ni, kehidupan akan restless! Takkan tenang menanti kehadiran 30 Mac ni...............


****************************************************

Ok, tutup bab exam kejap, sebab nak bagitahu, 26 March ni ada dinner batch kat Empire Hotel. Ala, dekat Empire shopping galery tuuuuu.. Hehe.. Tema dia costume. Duk pikir nak pakai baju ape ni nak g SEWA.. dah ada sponsor :D

Friday, March 11, 2011

:: Exam is coming over, time moved very3 fast ::

"Kita hidup ni sekejap je. Macam umi ni, rasa je muda lagi, hakikatnya dah tua, tua sangat"

Kata Puan Napisah kpd aku ketika Majlis Solat Hajat sempena Pro exam final year. Ye betul. Sekejap. Rasa baru sangat menjejak kaki ke first year medical school, alih2, eh Isnin ni exam Finale dah. Sekejap je.


(FYI, my Umi datang Cheras dari Kelate semata2 nak ke majlis solat hajat tu. Wajiblah aku terharu kannnn)


Takut. Takut sangat nak exam. Nak SPM tak takut macam ni. Tapi kali ni tak setakut masa nak exam sem2 kat matrik. Masa tu stress habis, nangis malam exam sebab takut sangat. Takut result teruk nanti tak dapat course best kat U. Tapi, hasilnya, nah, cemerlang kan? The point is, kena YAKIN dengan diri sendiri. Yes, I have to trust myself.


Aku selalu fikir negative. Boleh ke aku buat nanti? Sebab, aku cepat blur. Aku cepat suffer 'brain failure', the most frightened problem faced by medical student during clinical exams. Especially bila kena provoked oleh examiner. Thought block, speech constipated, lack of eye contact (tengok siling nak cari jawapan), and, signs of compensating shock (cold peripheries, hypotension, tachycardia, nausea). Ya Allah, kurniakanlah aku examiner yang encouraging, yg sentiasa selamatkan aku. Aku pernah dapat examiner yg encouraging dan aku sangat2 bersyukur. Contohnya masa exam ortho, kena spine examination, Dr tanya, "dont u wanna see patient's gait?" Lantas keluar mentol lampu at the superolateral aspect of the ear. And the 'bell ringing'. " Yes, I would like to. Encik, boleh bangun dan berjalan tak?" SYUKUR. Kalo miss, tak dapat markah da.


'Is there any evidence that say you will fail?'
tak. tapi manelah tahu kan. huhu


Selama ni aku dipermudahkan jalan. Lulus semua exam, walau tak cemerlang, walau kadang result atas pagar. Bagaimana kalau aku diuji kali ni??? Ya Allah, tolonglah aku lagi kali ni, Hanya padaMu tempat aku memohon. Janganlah biarkan nasibku ditentukan diriku sendiri walau sekadar sekelip mata, atau lebih pendek dari itu. Ya Allah, aku mahu aplikasikan apa yg aku pelajari utk bantu org lain. Untuk balas jasa ibubapa aku yg sentiasa mengharapkan aku. Tak sabar dah nak tanggung & jaga mereka balik. Dan aku kena yakin Allah terima doa aku, yakin Allah itu sentiasa bersama hambaNya.


Ibubapa kita selalu mendoakan kejayaan kita. Tapi kalau kita tak berjaya, mereka akan sedih. Bila parents sedih sebab kita, berdosalah kita? betulkah macam tu? maknanya kita sudah menempah tiket ke neraka, Nauzubillah.


Apepun, walaupun masa sentiasa bergerak dengan pantas, aku masih ada masa utk berusaha. Gunakanlah masa ni baik2 ye cik Hidayah. Ye, baca mestilah sempat habis, ingat tak ingat tu jadi masalah.




You have to try for your best, but be prepared for the worst.


INSYAALLAH,
DR Nor Hidayah Abdul Ghani MD (UKM) is coming in the end of March.



p/s: Exam 14th - 25th March. Result will be announced by Dean on 30th March. Cepat kan. Kawan2, doakan saya! please3 doakan saya, rasa tak tertanggung dah nak pikul semua ni..... So next update will be on result, no matter how good or bad it is.




Monday, February 21, 2011

:: Study week ::

:: EXAM MODE ::

SEDANG STADY WEEK SELAMA 3 MINGGU
SEDANG BERUSAHA BERSUNGGUH
SEDANG FOKUS PADA BELAJAR

KAWAN2, DOAKAN SAYA
SAYA MULA EXAM PADA 14 MAC 2011 BERTEMPAT DI PPUKM
TOLONG SAYA
SAYA NAK EXAM CEPAT2 TAPI ILMU SAYA MASIH TAK CUKUP, PLUS TAKUT PLUS CUAK

DOAKAN SAYA MENJADI SEORANG DOKTOR YG BERJAYA, SEBELUM TU DOAKAN SAYA BERJAYA MENJADI SEORANG DOKTOR!!

Sekian terima kasih.


Wednesday, February 16, 2011

:: Baby Boy ::

Smalam g tengok baby boy!! Putera sulung kepada uncle dan auntie, Ruzaiman & Hanis aka Sumae & Ciksu. Congrate for the baby yg xde nama rasmi lagi. Hehe. Baby seberat 2.8kg ni dilahirkan pada 11/2/2011 di Tropicana Medical Centre.The most awaited beloved baby.

"hai baby, welcome to the world!! Anda bertuah krn di kelilingi oleh sepupu2 yang jelita dan cantik dan anggun ini. Weee. Bertuah kan mendapat kazen yg perasan kan? kan? kan?"

Bahahah!! xtahu nak suh dia panggil ape. Adekah 'kak ida' mcm kazen yg lain biasa panggil, atau 'Cik da' mcm anak2 sedara panggil. Jarak umur sebanyak 24tahun menyebabkan aku terasa tua yg amat dan keliru ttg hal2 berkaitan panggilan ni.

*Selingan:
Ya, aku dah tua, umur mencecah 24 tahun. Skrg ni exactly 23 tahun 11 bulan. Waah, nak jugak escape 1 bulan tu. Btw, tuan2 dan puan2 birthday saya adelah pada 27 March ok tenkiu :DD.
So bile keluar aku banyak bahasakn diri sbg akak. Kalo nak paggil waiter, "dik, meh kejap". Atau kalo g 7E, "dik, ketip kuku ade tak" atau ke giftshop, "dik, akak nak yg pembalut bersinar2 tu ade tak?"

Juga pesanan utk adik2 aku yg 'bertuah' iaitu Saki dan Mimi:
PANGGIL AKU KAK IDA OKey Bahahah!!
Aku dah dewasa jgn anggap aku budak2 lagi walaupun kat rumah aku masih terkinja2 melompat2 mencarut dan tunggu umi masak baru boleh makan!

Okeh berbalik kepada tajuk asal. Plan nak pergi dgn abah tapi asik delay je. Nak pegi hari Sabtu lagi sebenarnya tapi abah ckp nak g Ahad. Ahad plak aku bizi sbb ade exam O&G hari Isnin, dan pada hari tersebut aku siapkan esaimen bagai! So nak pergilah semalam (15/1/2011). Ye nak g ngn abah tapi beliau nak pergi pukul 5ptg nnt. T_T. Lambatnya. Takpe, aku ade alternatif lain (mentol lampu menyala bersinar2). Aku ajakla sorang teman ni #^_^#. Hosmet, sory tak bagitahu ak g ngn sape heheh. Malu la I kihkih

Sebelum pergi tu singgah la beli hadiah dulu an. Nak g tgk baby kan. Nak bg duit, kite an ta keje lagi so belilah set hadiah utk baby tu. Tibe2 kiteorg terjumpa Wah Chan so teman kite (kenapa guna kata gantidiri 'kite'? bajet manje la tuh kui3) pn suh g tgk2 n try cincin, kut2 ade yg sesuai utk risik/ tunang ke. #^_^# . Sumpah xde satu pun yg aku berkenan. TAKNAK. Try 2, 3 bentuk je. Takbest. Kalau yg tebal, tebal sgt, kalo yg nipis, nipis sangat. Ajak g Habib taknak pulak takut la tu HAHA. Takpelah, at last kitorg cadang nk beli kat Klate je nnt. Kebetulan uncle kpd teman aku ni ade bukak kedai emas so nantilah harap2nya bolehla dapat diskaun terhebat di alam ini!! Aku tetap peminat no 1 emas Kelantan. Contohnya Kedai Emas Haji Wan Husin Wan Omar hehe

Weh korang tu saje je terai. Bukannya nak ada majlis apa2 lagi dalam masa terdekat. Kalau jadi pun sumenye start hujung tahun ni. Tu pun x tahu jadi ke tak sebab masa Houseman kan bizi je asik oncal so mcm mana nak pergi honeymoon!! Honeymoon itu perlu utk mengenal hati budi pasangan anda. Woahahah!!

Ok, ok, dah2. Nak pergi stadi ni. Kalau lulus exam ni, senang la sket nak merancang masa depan. InsyaAllah. Kena yakin & percaya pada diri sendiri. Asalkan stadi. Stadi dan Stadi. Better late than never. Ok, chaiyok!!

Monday, February 14, 2011

:: Reduced Fetal Movement ::

OK kali ni beralih kepada O&G (bak kata Prof Azurah, tak OK) hehe


Hari tu masa kat Slim River, ada teaching dgn specialist kat sana, iaitu Dr Ju. Beliau ni buat master o&g kat PPUKM. So aku dah kenal dia masa 3rd year lagi sebab masa tu beliau Registrar kat ward oren. Beliau baru je jadi specialist kat situ. Rajin melayan student, provided student ada eager nak stadi. Maksudnya kalau senyap je dia tak layanlah. Memang betullah kan, hidup ni kena ada give and take. Kita give dia a case utk bincang, kita take ilmu2 berkaitan dari dia. Dia take case yg kita bagi, dia bagi ilmu yg dia tahu. Fair & square rite?


Jadi kitorang cubalah cover bed (maksudnya tengok patient utk present case tersebut), mungkin nanti boleh present masa wardround. Hehe. Rasa macam menyibuk pulak kat ward round sana sebab kat sana diorang just buat 'bussiness round' (hehe) xde grand ward round macam kat sini. Pada suatu hari aku rasa terpanggil untuk present. Patient tu datang sebab dia cakap baby gerak kurang. Aku dahla duk main x sure weh korang ape cause of reduce fetal movement eh? Nak tanya apa lagi kat patient ni? 1. Eh haah la x pernah peduli pun pasal tuu 2. nanti balik kita google eh 3. erm, erm, erm.... 4. (sengih)

Hahah sume orang pun x sure jadi aku main bantai jelah present heheh. Habis present, Dr cakap history u x lengkap langsung, xpelah nanti I ajar u all pasal reduce fetal movement ni, kita arrange time nanti. :)

Ahahah as expected. Takpe2. Dr tak marah pun dan nasib baik aku brought up RFM punya isu ni. Jadi, inilah hasil teaching tersebut :)))))

(punyala panjang intro, xpe yg penting kita ceria )

HISTORY TAKING:

Dalam HOPI, inilah soalan yg kena tanya:

1. Fetal kick chart (fetal movement chart) - how, what, when
  • ask patient, how she plotted the chart - buat tiap2 hari? betul tak cara plot? mula pukul brapa, biasa habis pukul brapa?
  • apa yg reduce, intensity of the movement or the frequency (verify)
  • when was it reduced, night or daytime - because in some working ladies, they didnt feel the fetal movement while they're working.
2. Any history of fall or trauma to the abdomen/pelvis?

3. Any pervaginal bleeding?

4. Any leaking liquor?

5. Antenatal history
  • any medical problem in current pregnancy? (hypertension, diabetes, anemia)
  • underlying illness, like Connective tissue disease?
  • any ultrasound scan done? Is there any Dr say that the baby have abnormalities (fetal anomaly). Fetal growth trend.
(ni adalah key utk tanya soalan apa. Pandai2lah elaborate macam mana nak tanya lagi, contoh untuk diabetes bila diagnosed, apa result MGTT, BSP; atau utk anemia, apa latest Hb, symptoms of anemia; etc etc)

Past obstetric history:
  • previous IUD, IUGR or SGA baby, macrosomic baby, congenital anomaly
  • previous medical illness in pregnancy
Other history:
  • Drug/ substance abuse (alcohol, smoking/ illicit drugs)

SO: causes of reduced fetal movement?
Maternal: Maternal medical condition (HPT, Anemia, DM, CTD), trauma, fall, massive antepartum hemorrage, PPROM
Fetal: Fetal anomaly, oligohydramnios, IUD, IUGR

EXAMINATION:

1. General examination:
  • Is the patient is in pain?
  • Signs of anemia
  • stigmata for connective tissue disease
  • edematous?
  • Vital signs (BP, PR, RR, temperature)
2. Abdomen:
  • Soft? tender? irritability?
  • uterine size: smaller than date?
  • adequate liquor?
  • estimated fetal weight?
  • daptone for fetal heart rate (reassure that baby is alive) kalau kau terror guna la PINARD utk kira fetal heart rate bahahah
3. Vaginal examination, done to:
  • to look for any leaking liquor. (jangan lupa kita punya amnicator :D)
  • in case patient need induction of labour, to do Bishop scoring
INVESTIGATION:

1. Full blood count
2. Renal profile
3. Coagulation profile
4. Liver function test
5. Blood glucose
investigation for CTD is not a routine

FETAL WELLBEING


1. CTG
2. USS (biometry, AFI, EFW, fetal anomaly)
3. Doppler US (resistance index)

*regarding the resistance index:
  • If HIGH : no need to do anything, just continue monitoring the baby
  • if REVERSE or ABSENCE : keep patient for at least 1 week, unless presence of other indication for deliver, such as severe PE

MANAGEMENT:

1. Admit patient to the ward for reassurance
  • Fetal kick chart
  • if in labour: labour progress chart
  • Do investigation
  • If really sure no underlying problem, discharge patient, TCA PRN
2. If she has medical condition, of course la kena admit
  • FKC, LPC
  • stabilize the medical condition (if HPT, stabilize BP, DM glycemic status)
  • Then discharge patient, TCA at 38 weeks POA for induction of labour
  • If need to deliver, cth in severe PE, deliver lah baby tersebut
3. If IUD baby:
Has 2 option, deliver NOW or LATER
also, SVD or LSCS
  • confirm diagnosis of IUD
  • tell patient (breaking bad news) - underlying medical problem or not known the cause
  • do blood investigation, especially coagulation profile, because if there is DIVC, sah2 tak boleh SVD
  • if no indication for LSCS (eg transverse lie, previous scar, favourable on Bishop's scoring), or in labour, try SVD
If delivery can be delayed, ask patient to go home. Come again when have the labour symptoms. If patient cannot tolerate olredi Dr tolonglah bagi saya bersalin sekarang saya dah x tahan nak bawak perut ni lagi so deliver lah sekarang. huhu

***************************************************************************************

If ada lagi yg lacking or ada yg salah info, seperti biasa tell me Ok. Aku just nak simplified semua benda dan nak fikir semuanya senang supaya takdelah rasa terbeban nak stadi kan. Dalam buku takde tajuk khas macam ni so kalau terjumpa bgtau aku K..

:: Leukaemia ::



Just revising on Acute lymphoblastic leukaemia, based on teaching with Prof Tang & seminar w Prof Hamidah, as well as Lissauer & Clayden.
For the first time, i think leukaemia is quite simple n easy (for my level).

************************************************

Childhood malignancy is rare, but if occurred, the most common is leukaemia.

CLASSIFICATION of LEUKAEMIA:
1. Acute
  • Lymphoblastic
  • Myeloid
2. Chronic
  • Lymphoblastic
  • Myeloid
RISK FACTOR:
  1. Chemical exposure : benzene, smokes
  2. Radiation exposure
  3. Chromosomal abnormalities - Down's, neurofibromatosis
  4. Infection - human T-lymphocytic virus (HTLV), EBV

HIGH RISK group:

means that, this group of patient require high/prolonged therapy n poor prognosis
1. Age: <>10years old
2. White cell count > 50 x 10^9
3. Male
4. CNS involvement
: CNS 1 = negative for blast cell --> no risk/ normal
:
CNS 2 = CSF WBC < 5 no risk, but can be high risk in certain condition
: CNS 3 (CNS diasease) = CSF WBC >5, cytospin +ve for blast blast cell--> high risk
5. Translocation (cytogenetics)
: Philadelphia t(9,22)
: MLL gene rearrangement.

*regarding the MLL gene rearrangement*
- more common in infant.
- only 5% in children.
- so, what is the significant if cytogenetic is POSITIVE:
-----> indicator of response to therapy.

To monitor response, we do Bone marrow aspiration and trephine biopsy.
then do cytogenetic analysis. If there's presence of those chromosomal load of Ph/ MLL means that the blast cells still there, means that therapy is inadequate. (because those Ph/ MLL is in the blast cells)
If the load is reducing then disappear (from Positive to Negative) means they respond to treatment.

CLINICAL FEATURES:


INVESTIGATION:

1. Full blood count
> high/normal/ low total white cell count
> anemia (normochromic normocytic)
> thrombocytopenia
> lymphocytosis
2. Peripheral blood film
> blast cells (based on FAB classification, it is further divided into L1, L2, L3)
3. Bone marrow aspiration , trephine biopsy
> if presence of more than 30% of blast cells
4. Lumbar puncture
5. Cytogenetic analysis
6. Immunophenotyping
7. Liver function test
8. Renal profile
9. LDH
10. Coagulation profile
11. Infection screening


*For diagnosis.
*Done as a baseline prior to do chemotherapy.


MANAGEMENT:

1. Chemotherapy
  • Remission induction
  • Intensification/ consolidation
  • CNS prophylaxis
  • Maintenance
2. Marrow transplant

COMPLICATION OF CHEMOTHERAPY:

1. Acute
2. Chronic
(cari sendiri la hehe)


Tumor Lysis Syndrome

One of the malignancy emergency.
it can occur even before chemotherapy, as well as after chemo.
It occurs due to high rate of cellc turnover, giving a characteristic of:
  • hyperuricemia
  • hyperkalemia
  • hyperphosphataemia
  • hypocalcemia
This can lead to renal failure due to deposition of CaPO4 complex.

************************************************************
the presentation of patient with leukaemia is more or less the same. Kalau nak cari jugak bezanya, cari sendiri. And kalau ada apa2 yg saya tersalah cakap kat atas ni, correct me, OK

p/s: Stadi. stadi, jap lagi nak keluar rewardkan diri sebab stadi pagi ni heheh



Saturday, February 12, 2011

:: Goodbye, Forensik ::

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, pagi tady exam Forensik dah berlalu dgn jayanya. I mean dah berlalu tepat pada masanya tanpa problem / delay dan dgn jayanya itu tak bermaksud aku dapat 100 markah. Ok la, kuar past year punya question. Memangla pernah jawab past year tapi x semestinya yg jawab tu betol kan yelah takde skema jawapan. Jawab secukup rasa dan sesedap badan je lah.

Previously aku cakap soalan dia OBA & EMI rupanya tak tak tak. TRUE FALSE 50 soalan. Penat tau nak lorek ibarat aku jawab 250 soalan sebab setiap soalan ade jawapan A B C D E so utk setiap option jawapan tu kena lorek B (betul) or S (salah). Sakit tangan. Stress sebab lenguh melorek. Habis exam aku ngadu kat umi, penat nak kaler jawapan umi cakap xpekah, bukannya duk melorek kat tempat panas bawah cahaya matahari. kat tempat aircond lagi tu so xde hal la.. (T_T). [yg bestnye, balik je exam tgk ada msj dari umi yg bermaksud Kalu nk duit ambik lah dari akaun umi. hehe. tau2 je walaupun tak mintak. YESS!!]

Lepas habis exam x buat ape pun. Padahal case write up x siap lagi. Aku pun x tahula kenapa aku xde mood sangat2 nak buat cwu ni. Menci lah. Tady ada masa pun main internet je. Konon habis exam. Blah la wei macamlah struggle hard x tido malam. Padahal mlm tady siap video call ngan kawan kat YM about 1 hour jugak. HEHE. Tady duk main FB and baca blogwalking je. Entah kenapa duk tengok blogsss pengantin pulak. Tengok hantaran dia letak apa n cara dia gubah. Pelamin xtgk sangat sebab nanti sampai masa aku, yg ni nak tempah je. Yg nak buat sendiri adelah bilik tidur, meja mkn pengantin, hantaran. Doorgift pun intai2 jugak. Kalo boleh nanti, kalo xde kekangan bajetla, taknakla just kasi gula2 or makanan. At least kasi la benda yg boleh digunakan or being remembered. Contoh mcm wedding along aku dulu dia bagi A small box. Cantik. Harga pun Ok dan aku suka sangat. Mungkin nanti nak TIRU heheh.

Dulu mcm hidup xde matlamat kan so memboros bagai nak rak. So bila dah nak habis belaja ni mestilah dah plan2 nak tamatkan zaman bujang kan. Mestilah menyesal sebab x simpan duit sikit2. JPA yg banyak tu boleh pulak aku habiskan entah ke mana. Kalau lah aku fikir dari dulu, at least dalam tangan sekarang dah ada beberapa K. Takdelah nak merisau sangat nanti belanja banyak. Takkan lah belanja kawen nak guna duit umi semua. Mcm xde maruah je gatal nak kawen grand2 tapi guna duit mak bapak. Haha. Kalau pinjam sikit tu xpelah nanti boleh bayar berdikit2. Ni maksud aku yang sumenye mengharap mak bapak sapot. Xlehla kan. Aku kagum betul dgn kawan2 yg bercita2 nak guna duit sendiri je utk kawen taknak melibatkan orang tua. Bagus2. Aku x yakin aku akn guna dwet aku je tanpa melibatkan umi. Ye, aku kan dependant kat umi!!

Tapi kali ni betul2: NANTI DAH KEJE, AKU AKAN GUNA DUIT DENGAN BIJAK. GUNA BILA PERLU JE. GUNA SECARA TERANCANG!! SIMPAN DUIT UTK KAHWIN JUGAK!!
(ye ke? aku mcm tak percaya aku boleh buat ke tak sebab aku dah plan nak beli itu ini dgn duit gaji nanti. hadoi =,=)

Satu soalan aku nak tanya: POSSIBLE ke cita2 aku yg nak beli rumah sendiri dulu sblm kawen? Waa kenapa rumah mahal sangat!!!!!!!!!!!
Macam IMPOSSIBLE SANGAT2, tapi manelah tau kan tibe tersepak jongkong emas bolehla g jual kat kedai emas haji wan husin wan omar!!

Ape pun, semoga urusan aku dipermudahkanNya. Yang penting sekarang ni habiskan belajar dulu supaya senang nak merancang hidup. Nak lulus exam! nak lulus exam ni!!!
SO KENA LA STUDY MAKCIK WEIII!!

p/s: lepas kahwin nak baby cepat2. taknak guna contraception.



Thursday, February 10, 2011

:: Oranje T_T ::

Dah seminggu tak menjenguk langsung ke sini. Maklumlah stadi hard bagai nak rak. Nak runtuh rak buku. Kate nak jadi gold medalist, mestilah kena stadi melampaui batas.

Ok2, tak baik menipu malam Jumaat ni. Sebenarnya kena sambung posting O&G kat Hospital Slim River. Rumah sewa kat sane xde internet so x bolehlah nak membuang masa kat sini. Heheh.

Buat pertama kalinya, pergi ke sana (Slim River) dgn ihsan pengangkutan UKM. Sebelum2 ni bila kena posting luar, pergi ngan Oranje, kecuali Posting medicine kat Teluk Intan naik CRV dak Nad. Barulah aku rasa betapa peritnya nak angkut beg kotak yg besar tu pergi ke tempat tunggu bas UKM. Tu tak masuk dgn beg kecik 1, beg kecik 2, beg kecik 3. Masa ni lah baru rasa rindu sangat kat Oranje. Nyesal pulak tinggal kat rumah. Siyes nyesal. Kena pack barang dgn bijak sekali untuk melimitkan beg yg akan dibawa. Aku ni perempuan, bnyk barang nak kena bawa. Cth utk minggu ni, 5 hari ada kat sana, aku bawak 4 psg baju kurung, then ade lah t-shirtsss & long pants untuk on call dan juga utk kluar makan. Tak masuk towel, cadar, selimut, telekung, toiletries, buku2 dan jgn terkejut, comforter pun angkut same.

Kalau ade Oranje, main campak je sume mende dalam kete. Siap bawak bakul mandi yg besar tu. Berpasang2 selipar kasut boleh bawak. Boleh iron baju siap2 dari kolej pastu hang dalam kete. Nak bawak 40 beg pun boleh. Lagi skali menipu sbb boot blakang MyVi kecik je x mungkin muat 40 beg.

Dan posting kali ni x sempat nak berkunjung ke Tanjung Malim. Selamat duitku yg menipis ni. Situasi baik utk org boros .

Bila cerita kat umi, umi cakap takpelah bersusah2 dahulu la sekarang. Dan umi mcm regret jugak, dia x tahu lepas cuti hari tu aku terus ke Slim River. Ingatkan lambat lagi. kalau tahu aku nak pegi bagi aku pinjam kete dia dulu. Dan kalau ade posting ke luar lagi, dia nak bg kete dah. Umi tanya perlu sangat ke myvi tu aku cakap xpelah, x perlu sgt pun. huhu. Taknak bagi umi pikir banyak2 pulak pasal kete ni. Padahal dalam hati, craving for it. Milysa oii, cepatlah naik balik, bos kau tu perlukan kete besar, so tak payah nak nyusahkan aku lagi. T_T. Tapi kate umi bulan ni mungkin ade luck sikit dari segi bisnes tu. InsyaAllah.

OK habis bab Oranje yg dirindui.

Kau tahu (gaya mulut becok), Sabtu ni ada exam FORENSIK. Dan sesungguhnya tak habis baca lagi. Sebabnya, senior cakap, soalan dia TRUE FALSE 50 soalan. Rupanya tahun ni dia buat soalan jenis OBA dan EMI. Nak tahu mcm mana, OBA ni killer tau. It stands for One Best Answer. Semua jawapan yg disediakan betul, tapi kena pilih yg terbaik. Utk EMI pulak, Extended matching item, dia bagi list jawapan dari A-G/H pastu ade 5-6 soalan kat bawah tu. Haa, pilihlah yg terbaik. Aku ingat true-false mcm biasa so stadi ngn sbelah mata jelah sbb tgk soalan2 lepas, xdelah mencabar sgt. Rupanya tahun ni, dia tukar pulak. Adoi.

Tapi best jugak tau baca Forensik ni. Hehe.

Eh, hari tu kat Hosp SLim River, specialist O&G tu ada bagi teaching pasal Reduced Fetal Movement. nanti kalau rajin aku taip kat sini apa yg dia ajar sebab dalam buku 10 teachers xde tajuk specific pasal reduce FM ni. Nak tau kenapa Dr ajar tajuk ni, sebabnya simply because masa aku present kat ward round pasal patient aku yg admit sebab reduced fetal movement, Dr cahap history aku x lengkap langsung waaaaa.. xpe2, nasib baik aku present kat Dr, baru dr notice yg kitorang tak tau sgt pasal reduce FM tu. So, dia buat teaching free. yeay!! Thankiu Dr Ju!!

Oklah, aku lapar ni. Nak makan Prosperiti bege yg dikirim kat Erma tadi yg kuar g Mekdi. Maklumlah org yg dah xde 'kaki' ni kena kirim kat orang jelah. huhu..


Thursday, February 3, 2011

:: Stadi for final exam ::

UKM FINAL YEAR MEDICAL STUDENT PROFFESIONAL EXAM : 14TH - 26TH of MARCH 2011
target: to get the MD(UKM) so that I can put DR just before my name, -- DR NOR HIDAYAH

Dah dekat tu wei.
Tapi kenape aku masih x lajukan speed?
Kenapa aku masih ada masa termenung depan FB?
Kenapa aku masih ada masa tuk update blog tiap2 hari?
Kenapa org lain stady sampai tensen tapi aku masih goyang kaki??

Adui. Kenapa rilek sgt ni.... Aku nak stadi tapi bila bukak buku je nantok dan terus tertido. Kalau boleh taknak gunakan nescafe sbg utk ubat tak ngantuk, nanti dia akan rebound tido berjela2. Kang aku ambik AMPHETAMINE kang!!! Mane nak dapat ekkkk!!! *gila*

Kat FB, almost everyday kawan2 aku duk bebel stress stress stress stadi. Menyampah tau sebab aku nak stress jugak sbb kalau stress baru ada momentum utk stady. Yang peliknya, kenapa kawan2 aku cakap aku rajin padahal kalau mereka tengok aku kat bilik, mesti menangis sebab menyesal berkata begitu.

AKu perlukan momentum utk mulakan semuanya..!!! erk. Percaya atau tak, ekceli aku ajak kawan aku g Port Dickson hari ni tapi dia je taknak sebab nak suh aku stadi wakakaka org lain pulak tolong risau.

Baiklah, sepatutnya aku ingat harapan umi nak suh aku berjaya, Ya, ingat Umi k.. jangan kecewakan beliau... JANGAN!!!

Aku nak stadi dgn org yg bersemangat!! Sape bersemangat jom stadi ngn aku. Aku taknak stadi dgn org yg berfikiran macam aku, atau yg sering berkata eh aku x risau pun tak start stady lagi padahal kalo g bilik muka tu melekat je kat buku. Ntah kenapa nak sorok2 dia dah stadi, pada firasat aku yg xbrape betol ni, mungkin dia nak tunjuk yg kononnya tak stadi pun boleh dapat result gempak. *gempak kee

Hohoho tengok tu dah melalut. Dah dah, cuba g tengok PL Dhingra tu cakap ape!! Eh x boleh, kena stadi Forensik sbb 12 Feb ni exam Forensik lalalala..

Wednesday, February 2, 2011

:: Malu pilu segan silu ::

Entry ini mengandungi unsur perasan melampau tahap III. Sesiapa yang menghidap penyakit seperti yg akan di listkan, sila jangan baca. Pergi main buaian di bawah pokok sena. Atau lempang kerusi malas laju2.

1. Sakit jantung
2. Kencing manis yg serius
3. Darah tinggi
4. Kancing gigi
5. PHD (perasaan hasad dengki)
6. Persecutory delusion
7. Bipolar disorder
8. Perampas suami org.

Tapi kalau nak baca jugak, sediakan besen dan air suam pencuci mulut sebagai persediaan, kut2 termuntah la.

Pada entry ni, aku akan bahasakan diri sebagai 'saya' kerana isi entry ini agak sopan dan lebih sesuai lagi feeling.

Ok, macam ni. Saya sebenarnya serba salah nak tulis ke x pasal ni sbb mende ni lebih bersifat peribadi. Tapi memandangkan saya berkeperibadian tinggi, saya cerita jelah. Seperti yg saya war2kan sebelum ini, saya ni kononnya dah malas nak berkenalan dgn encik lelaki kononnya mahu jodoh diaturkan oleh keluarga. Dan memang umi saya yg cekap itu ada bertanya saya, nak tak dia tu nak tak dia ni sejak saya di bangku tahun 2 lagi. Tapi semua saya cakap tak nak tak nak sampailah hujung tahun 2009 umi saya perkenalkan saya dgn seorg lelaki bujang. Mungkin teruna. (haha *mungkin*). Saya sempat berkawan sekejap kerana hujan di tgh hari.

Kemudian saya hidup membujang lagi. Motif hidup adalah utk umi aturkan semuanya. Dah malas nak fikir, sampaikan cakap kat umi, umilah buat keputusan, kalau baik bg umi baiklah bagi saya. Ayat tersebut sangat looser kan. Ade aku kisah? *Kiter bakorr jeee*. Jadi, saya mewujudkan entry ini heheh. Dalam pada itu saya bergaduh dgn encik lelaki yg mahu berbaik dgn saya. Huhu. Betul orang cakap, nak benci orang biar berpada2. Benci la benci nanti suka. Dan betul ia berlaku ewww (#^_^#). Nyah, mak malu nak teruskan cerita ini.

**cer citer, cer citer**......
baiklah, mak citer lagi.

Jadi, saya telah 'terberkawan' dgn seseorg. Ap yg saya suka pada beliau adelah, beliau seorang yg spontaneous; kau ceritalah apepun, masalah ke, hal2 pelajaran ke hal2 kemandirian spesis reptilia ke, pasal hantu kak limah balik rumah ke, bliau mesti ada idea nak komen, cadang, lawan kau. Ok, henti di situ.

Namun, pada kepulangan saya sempena CNY tu, seseorang tlh dtg ke rumah, dgn tujuan 'tengok' saya. Huhu. Sebenarnya encik itu sekeluarga telah datang ke rumah pada tahun lepas. Tapi masa tu kan saya tiada di rumah. Jadi sempena kepulangan saya, encik itu datang berseorang sebab nak kenal dgn saya. Adoi. Kelakar pun ada. Memang segan silu malu malu meoww control ayu la saya. Hihi. Senyum2 sopan je. Macam bisu ke tanya sepatah jawab sepatah. Neves ape kau tahu. Dahla taktahu nak pakai baju ape. Pakai baju kurung kang over pulak. Pakai tshirt kang selekeh pulak. Pakai ketat2 kang nanti cakap nak goda pulak. At last just pakai t-shirt ala blouse kaler pink ngn jeans n tudung kelabu. Masa tu, kawan abg aku yg bernama Bukhari kebetulan dtg rumah jgk, dia cakap muka aku dah sama kaler ngn baju.. Meoooowwww.. Nasib dtg sorang, kalo datang ngn mak bapak, lagi gigil aku nak tuang air dalam gelas. Nasib baik hari tu umi yg tolong tuangkan bahahah.

Apepun, umi dah bgtahu dia. Orang2 tua ni hanya menemukan, tapi terpulang kepada mempelai (ceh ceh) sama ada jadi atau tak. Terserah kepada dia macam mana nak berkawan dgn saya, nak add kat FB ke nak telefon ke ape2 lah.

Umi pn cakap mcm tu jugak kat saya. Berkawanlah dulu tgk macam mana. Xsemestinya jadi, xsemestinya ada jodoh. Kan kan. Tapi memandangkan saya kan sudah 'berkawan' sekarang ni, so mcm x jadilah kot. Ntah.
*awak, kite setia taww* ngahahahah

Eh sebelum terlupa, Bukhari brtaw jugak, semasa encik itu bersembang2 dgn dia, mata encik itu menjeling mencuri2 tgk saya yg sopan santun dan menghormati org tua ini.. Wahahahaha seronoknya boleh bercerita dgn perasan sekali di sini..

Errrmm.. Saya tidaklah mahu berkahwin sejurus selepas tamat belajar. Mungkin setahun, mungkin 2 tahun dari sekarang. Umur pun dah lanjut kate nak family size of 4. Tapi saya letak target x lepas la 2 tahun kan. Nak kumpul duit, harta sebelum kawen. Yelah sape tau nanti laki saya g lari ngn bibik kang nanti xdelah saya terkapai2 kelemasan. Huhuh muluuuutttt. Nauzubillah.

Ye, yg penting istikharah. Minta petunjuk Allah, yg mana terbaik buat saya. Kita kan mahu yg terbaik utk diri kita, jadi marilah kita sama2 berdoa. Saya mahu jadi isteri solehah!!

p/s: Dan masa berlalu begitu pantas! 14 march semakin hampir. Aaah, menyibuklah kau, pegi jauh2!!

Sunday, January 30, 2011

:: It's good to be home ::

Assalamualaikum.


It's good to be home. Las balik adelah pada Deepavali, tu pun 4 hari je. Utk CNY ni, cuti 1 week tapi takkan la nak melepak kat rumah sampai seminggu kan. Sedarlah diri sikit, 14 march ni nak exam tapi tak buat revision lagi an. Sedar la sikit an. An. An.

Semalam, bertolak dari KL ke Klate. 3 org je naik kete umi. Aku, Umi n kwn umi tlg drive. Jalan OK, x jem. X jem langsung ye la mane org nak balik xde occasion kan. Satu kejadian yg membuatkan lutut aku menggigil: HAMPIR2 EKSIDEN. Allahurabbi... Mujur umur masih panjang kalau x sekarang ni mungkin kamu2 sedang menguruskan jenazah kami bertiga. Y_Y

Alkisahnya, ketika kwn umi sdg drive. Masa tu baru bergerak dari lepas berenti kat Shell utk toilet. Aku x pasti lokasi sebenar tapi masa tu x sampai Kuala Lipis lagi. Kereta meluncur laju. Xdela laju sangat, dalam 100km/jam je. Tibe2, driver x prasan ada trailer berhenti kat depan tu. Masalahnya, trailer tu x bagi sign pun bahawasanya dia berhenti. Xde lampu xde amaran. Xde sign ape2. Kau fahamlah hiway ke klate ni gelap gila ade satu lorong utk each side. Si trailer ni langsung tak ke tepi, brenti je tengah2 jalan tu. Dalam jarak bbrapa meter, baru dia perasan, terus reflex pusing stereng ke kanan. Alhamdulillah xde kenderaan dari arah bertentangan kalu tak kami semua memang masak. Alhamdulillah jugak dia x terkejut, dapat control stereng. Kalau x ade chance utk terbabas ke semak sbelah kanan. Siriyes takut. Terkejut sangat. Aku menyaksikan semuanya. Lutut aku da lembik, terketar2. Umi memang terkejut sangat, mmg xleh tido da lpas tu. Bila mata terlelap, umi mimpi eksiden la. Da lemah semangat.

Pastu kami berenti solat di R&R Gua Musang. Tenang sikit. Tapi masih teringat2.

***********************************************************************************

Nak balik KL hari Rabu malam aci tak? huhu. Mungkin dgn bas. Nak tempah flight makcik dah sengkek. Betapa sengkeknya makcik, sampai makcik kena tinggal ORANJE kat rumah. Maksudnya lpas cuti CNY ni, makcik dah tak bawak ORANJE ke KL. Ekceli banyak sebab kena tinggal Oranje ni kat rumah. Antaranya sebab aku malas nak peduli. Malas nak isi minyak, malas nak g basuh. Dan juga sebab duit. Malas nak fikir tol, malas nak fikir duit parking. Dan juga malas nak tgk meter minyak lepas org pinjam kete. OK, noted.

Huhu. Oklah takde pape dah nak bgtau. Perasan tak, blog aku ni kurang gambar. Heheh malas nak upload. Aku ni kategori manusia yang terkebelakang dalam arena upload-download ni. huhu. Takpe janji bahagia.

Okai, see u again baibai


p/s: jangan tunggu lama2, nanti lama2 dia diambil org...


Monday, January 24, 2011

:: Slim River *again* ::

Alhamdulillah selamat sampai di Slim River. Nampaknya mood kali ni x sama dgn mood ketika dtg untuk paeds. Dahla rasa malas nak dtg, dah sampai rasa nak balik ppukm pulak. Sigh.

Semoga dapat stady dgn baik di sini. Nak stady. Nak stady. Azam je lebih pastu ended up on the bed. Jgn salah faham, maksudnya tido la takde maksud lain ok.

Mane dapat internet? em, pinjam maxis brukband dari Saki. Ok la. Laju je :D

**************************************************************************
HEY, thanx for always being there in the joy n sorrow, in the UPS and DOWNSSSSS
(semakin banyak S semakin banyak kuantitinya).
See u in one week!!
:D


*************************************************************************

Tertarik dgn kata2 seorg sahabat di facebook:

dear heart, fall in love when you're ready not when you're lonely.
-azhar et al

Somehow when the time come, You will lose to your heart even you are trying hard to win.
Have faith in Him. He knows better then we do, of course.


p/s: cuti raya cina ni.... ada menda akan berlaku ke???

Saturday, January 22, 2011

:: Bizi ker? ::

Assalamualaikum..Dah lama seyh x jenguk sini. Lama la tu dekat seminggu. Ala-ala bizi gettew padahal wifi kolej ni buat hal. Nak bukak FB pun lambat gila apatah lagi nak bergosip di sini.

Dah seminggu aktiviti x di documented kat sini. Semua benda kena cerita supaya nanti suami dan anak-anak (anak-anak: note the kata ganda okeh :P) tahu ape yg wife @ mama diorang buat sepanjang kehidupan remaja ni. Remaja ke ahakx i mean jiwa bukan umur kwang3.

HAI PAPA!!! WAT APE TU BAHAHAH!!! SELAMAT MEMBACA!! SBLM BACA NI, PASTIKAN DAH MASAK UNTUK DINNER KITA ANAK BERANAK MALAM NI, DAH BASUH & JEMUR BAJU, IRON BAJU KEJE I UTK ESOK DAN JUGA MOP LANTAI. JANGAN LUPA SIRAM POKOK BUNGA I DEPAN & BLAKANG RUMAH YE... TENKIU LALING.. MMUUAHH..

- terdapat unsur2 queen control ke? oh mestilah tidak :PP -

**********************************************************************

Weekend lepas, penat!

Hari Sabtu tu, di kala manusia2 duniawi ni masih tidur berdengkur, di saat matahari masih malu2 untuk memunculkan diri, aku sudah bangkit dari lena yg panjang semata2 utk oncall di LABOUR ROOM. Ya, bilik bersalin, bukan bilik yg satu lagi tu. Best2, ramai patient. Malangnya, diorang punya OS FULLY serentak. Aaaaa. Geram makcik taw! Masa makcik ngah conduct yg satu tu, nah hambik kau 3 patient lagi sedang deliver baby jugak. Terasa hidup ini tidak adil (masa tu jelah). Menjelang tgh hari, ada patient masuk dgn cervical os 7cm. Dia xde medical condition. Yes2, ini kerja mudah. Sekejap je dia dah rasa nak bearing down. Ape lagi os fully dan saya menyambutnya dgn gembira lalala. Alhamdulillah. Sekarang tinggal lagi satu. Xpe, save utk oncall di Slim River.


Balik dari labour room terus berkejar2 bersiap2 nak g kenduri. Orang ajak teman g kenduri kawen kawan beliau. Sape org tu ngahahah rahsia!! Majlis tu buat kat dewan MPAJ Ampang. Dekat je ngn HUKM tapi sebab lalu MRR2 kan, what more do u expect? yg patut 10 minit pun boleh jadi berjam.

Balik dari kenduri pulak bersiap2 untuk g dinner kolej. Dinner tu buat kat PICC Putrajaya International Convention Centre. Bunyi mcm bagus gitew tapi aku rasa makanan dia x cukup. Huuu. X kenyang pon. Biasanya kalo lepas dinner mesti aku mengeluh sbb mesti tak dapat lucky draw, tapi kali ini tidak lagi heheh. Tanpa disangka2 dapat pulak ye kali ni nah hambik kau hamper nasib baik kau x jatuh kat tangga stage tu.

Dinner tak habis lagi dah balik. Penat tau seharian I non stop. Ape lagi balik tu terus tido pukul 1 pagi tu, bangun2 dah dekat pukul 11 pagi. Balas dendam. Heheh, Then bangunla buat hal2 berkepentingan. Malangnya, menjelang 2 pm, tertido lagi dan bangun kul 5 lebih. Kesimpulannya, hari sabtu kemain lagi produktif gila tetengok ai ahad cis xde hasil.

Minggu ini pulak, sabtu oncall ke O&G admission centre. Hoho sampai petang duk situ. Malam g Shah Alam ambik broadband ngn sakinah yelah wifi kolej ni ngok ngek susah la nak wat case write up. Kan kena cari journal bagai sebab aku kan mengamalkan evidence-based medicine bahahah!!

Hari ini hari ahad! mahu guna dgn sempurna. Nak settle a few things b4 going to SLim River esok. Yoyoyo Slim River here I come!! (padahal da rasa malas nak g)

Kau tahu, pro exam tinggalnya kurang 50 hari je lagi, Lalala aku masih relax.
Sebenarnya aku mahu berubah, ye aku nak start stadi la niiiiiiii

so babai...