CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 28, 2010

:: O & G ::

(ala, nape x buat parking bertingkat2. Sebab dah xde tmpat lain terpaksa park bawah pokok. Memangla bagus, sejuk kete tapi nanti kena taik burung + daun2 berguguran atas keta, especially kalo hujan. Cepat kotor. Malas la nak bwk gi basuh sokmo)

~Memulakan dgn membebel seround~

27/12/2010 adalah harri bersejarah (hek eleh) sebab masuk posting baru Yay!! Obstetric n gynaecology. Im looking forward for this posting actually tapi bile masuk ni rasa seram sejuk pulak. Tambah plak semalam seminar cardiotocography (CTG), terasa diriku yg bodoh ini masih lg lembab dalam urusan patient's management! Takpe takpe, dimaafkan sebab first day!! Bagus Hidayah sbb memberi alasan yg 'kukuh' !!

Dengan masuknya posting ini, maka bolehlah membuat countdown, sebab ini sudah posting terakhir dan juga sebab sudah tepat 10 minggu lagi nak Peperiksaan Akhir Ikhtisas yg bakal diadakan pada 14 March 2011. Ia juga dikenali sbg Professional Exam, di mana siapa yg lulus akan mendapat Medical Degree utk melayakkan beliau meletakkan DR di pangkal nama. Siapa yg tiada rezeki pada March ini, kena sambung lagi 6 bulan. Uwaaaa... Stressnya!! Kawan2, tolong doakan saya lulus dgn first attempt ye. Tima kasehh :D

Semalam, wakil dari SPA bukan SPA Aura Seri atau SPA De' Cantik tapi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, datang bagi talk la ape yg kami kena buat. Nampaknya start 1 Januari 2011 ni kami dah boleh memohon secara online ke mana yg kami nak pergi. Resume kena buat santek2. Bulan 2 ni interview.. Uuuu.. Nak lulus dgn first attempt jugak!! Tima kasih skali lagi sbb doakan :D

So, disebabkan nisbah doktor kepada pesakit di Kelantan adalah 1:2000, saya merasa bertanggungjawab utk balik berkhidmat di Kelantan! (poyo gitu). Mulai tahun hadapan, Hospital Kuala Krai dan Hospital Tanah Merah akan menempatkan Pegawai Perubatan UD41 atau lebih dikenali sbg houseman! Tapi malangnya setakat ni, dua hospital ni x masuk list lagi utk dipohon. I mean, utk pengambilan batch aku ni, dia x bukak lg utk hospitals tu. Mungkin utk pengambilan hujung tahun nanti baru bukak KOT!

Nah, list hospital yg boleh dipohon.

1. HOSP. TUNKU FAUZIAH, KANGAR

2. HOSP. SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR

3. HOSP. SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI PETANI

4. HOSP. KULIM, KEDAH

5. HOSP. PULAU PINANG

6. HOSP. SEBERANG JAYA

7. HOSP. TAIPING, PERAK

8. HOSP. IPOH

9. HOSP. TELUK INTAN

10. HOSP. SERI MANJUNG, PERAK

11. * HOSP. KUALA LUMPUR

12. * HOSP. TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG

13. * HOSP. SELAYANG, SELANGOR

14. * HOSP. KAJANG, SELANGOR

15. * HOSP. SERDANG, SELANGOR

16. * HOSP. AMPANG, SELANGOR

17. * HOSP. SUNGAI BULOH, SELANGOR

18. HOSP. TUANKU JAA’FAR, SEREMBAN

19. HOSP. TUANKU AMPUAN NAJIHAH, KUALA PILAH

20. HOSP. MELAKA

21. HOSP. PAKAR SULTANAH FATIMAH, MUAR

22. HOSP. SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

23. HOSP. BATU PAHAT, JOHOR

24. HOSP. SULTAN ISMAIL, JOHOR

25. HOSP. TENGKU AMPUAN AFZAN, KUANTAN

26. HOSP. SULTAN HAJI AHMAD SHAH. TEMERLOH

27. HOSP. SULTANAH NUR ZAHIRAH, KUALA TERENGGANU

28. HOSP. RAJA PEREMPUAN ZAINAB II, KB

29. HOSP. UMUM SARAWAK, KUCHING

30. HOSP. SIBU, SARAWAK

31. HOSP. MIRI, SARAWAK

32. HOSP. QUEEN ELIZABETH, KOTA KINABALU

33. HOSP. TAWAU, SABAH

34. HOSP. DUCHESS OF KENT, SANDAKAN, SABAH

35. * PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA(HUKM)

36. * PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)

37. * HOSP. UNIV. SAINS MALAYSIA (HUSM)

38. * HOSP. PUTRAJAYA

39. HOSP. KEMAMAN, TERENGGANU

100. ** Singapore


* Semua Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di fasiliti yang bertanda (*) diwajibkan untuk memohon
penempatan baru di luar negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setelah tamat latihan,
kecuali PPS di HUSM yang boleh memohon penempatan di negeri-negeri tersebut.



Lepas taklimat, aku g cafe nak lunch. Terjumpa Ain Jasmi tgh q dgn seorg kawan posting dia kot. Aku g tegur Ain.
Ain: Hai dayah! weh nanti nak mintak Hospital Kuala Krai ke?
kawan dia: Eeee.. kesiannya!!
Aku: (dalam hati: WTFish minah ni) Weh bestnye Hospital Kuala Krai tu hosp baru woh mcm hosp Slim river yg cantik. (ckp dgn nada girang). Ain ko nak mintak JB la kan..
bla bla bla.

Isunya: kenapa makcik tu cakap 'eee, kesiannya'?? Aku x tahu dan malas nak tanya sbb menyampah. Adakah Hospital Kuala Krai terlalu hina terlalu pedalaman?. Hey pliiisssssss!!! Go n see yourself!! Kalo dapat situ ha baru kau tahu!

Jadi, kami ada masa 2 minggu utk apply benda tu. Ya, aku akan balik ke Kelate utk memenuhi permintaan Umi aku. Untuk teman umi aku. Walaupun kemungkinan besar masa bnyk dihabiskan di hosp, tapi x pelah asalkan umi puas hati. Nampaknya aku mungkin kena pilih Hospital Kota bharu sbb aku tanak HUSM. Tanak teaching hospital. Ada 2 minggu utk fikir. Apepun hosp yg aku dapat, aku redha dan anggaplah itu yg terbaik utk aku.

Sekian, selamat memilih rakan rakan dan mmarilah berjuang sehingga ke hujungnya!!

p/s: Tadi aku terlajak tido tengah hari sampai ter miss seminar dgn Prof Jamil. X tahu beliau marah ke x sbb x tanya lagi kawan aku yg pegi tu. Apekah nasib aku? Nanti aku tanya mereka2 yg pergi. *takoooot*

0 comments:

Post a Comment