CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 13, 2011

:: Post-call entry ::

Aku sudah ok. Sungguh, sudah ok. Patutlah aku emo sangat beberapa hari ni. Sudah tiba masanya utk 'beranak' bulan ni rupanya. Cis, bizi sangat sampai lupa physiology diri sendiri.

HAI AINNNNNN... AKU TAU KAU MESTI BACE NI..HEHE SAJE TANAK JAWAB SOALAN KO TADI YG KO TANYA 'SAPA WEH?' HAHAHA KAN AKU DAH CAKAP, CERITA TU BERAKHIR DI SITU. NOKTAH. Kui3

Korang tau tak, sekarang ni pukul 1 pagi bertarikh 14 Januari 2011 dan aku baru balik dari ward. Name pun on call. Masa aku balik tadi pun, Dr Yeo, houseman yg oncall tu masih di ward. Kesian dia weh. Keje dari pagi nonstop. Petang tadi lepas teaching ngn Prof Jamil pukul 6.30pm gitu ak g ward nak tgkla kut2 ada new admission (Aku kan oncall ceh ceh) n aku tgk Dr ngah wat keje2 houseman da. Tapi tak guna jgk sebab aku balik bilik jgk utk makan.

Penat weh hari ni. Before 7.30am lagi aku dah terpacak kat ward sbb hari ni ada Grand ward round. So ada baiknya kalo g awal tgk2 patient b4 specialist dtg. Kan Kan. Lepastu bila dah habis ward round kul 11 lebih tu g makan then balik tido. Sebab teruk gile kot dysmenorrhea kau lelaki apa tau tak pernah rasa. huh (tetiba angkuh x bertempat ). Telan tablet mefenamic acid 500mg (ponstan) then tido dgn jayanya. Tipu. Tak jaya sangat sbb tersedar2 sebab sakit. Bangun pukul 2 terus g teaching dgn Dr Suraya. Habis teaching Dr Suraya g pulak teaching Prof Jamil. Yg tu, yg aku cakap habis pukul 6.30ptg tu. Penat weh.... sangat2... balik mandi makan ayam KFC seketul then terus g ward.

Nasib baik Dr Yeo yg oncall. Aku suka dia sbb dia humble. Comel jgk ya (alamak ada elemen peribadi di situ. btw, dia XY ok). Kalo student nak tolong dia buat keje2 kuli contohnya ambik darah, pasang branula biasanya dia bagi. Aku bkn cakap saje2 sebab ade je houseman yg angkuh, bila org nak tolong ambilkan darah n lepastu pasang branula cakap kita tamak. Padahal kita kesian tgk dia. Takpelah org nak tlg tanak kasi then skrg dah malas nak tanya. Pelik. Pelik. Biasanya houseman suka student tolong sbb dorang kan banyk gile2 keje nak kena buat. Hm..

So tadi oncall kat ward hijau ngn kuning. Just tolong Dr Yeo buat branula n venepuncture mcm biasa. Sampai hati buat VE tak tunggu org. waaaa. sedihnya. Nak buat VE jugak. Gila VE skrg ni. VE=vaginal examination LoL. Ok, yg ini tidak bersifat peribadi sebab mmg kena isi logbook ok. Then aku ade amik darah sorang auntie ni. 47/chinese/single/nulliparous/ovarian carcinoma. Ekceli aku rasa bersalah sbb dia sangat sakit masa aku amik blood. Then aku nak g amik hati dia balik aku g tgk tempat aku cucuk td tu. Then dia suh massage tangan dia sbb numbness. Aku dudukla tepi dia sembang itu ini. Hehe. Dia da tak marah da. Urut kepala dia jap pastu blah ke ward sebelah cari Dr Yeo in case ade pape nak kena tolong kan.

Di ward sebelah iaitu ward kuning, Dr suh aku amik FBC patient post blood transfusion kul 11.30pm. Orait. Dia tanya aku da makan belum aku jawab dah walaupun lapar gila weh yela seketul ayam KFC apelah sangat kan. Dia ckp nak g makan n mandi so dia suh aku buat admission clerking terhadap patient yg bakal masuk dlm bbrapa saat lagi. OK. Bila patient masuk, patient tu cakap dia dah jumpa aku 2 minggu lepas. Aku terfikir2 pulak. X ingat. Lepas dia ingatkan balik, barulah aku ingat, Ye, aku pernah examine dia dulu. On further questioning, cis rupa-rupanya dia ore kelate la. Kecek-kecek la weh. PAtient ni admit sebab pre-eclampsia. Sedar2 registrar dah dtg tgk patient. Hehe. Oo--oo, admission clerking x siap lagi lalala. Lagi malang staff nurse x ambik lagi BP dia. Biarlah si registrar tu siapkan keje dia. Pastu aku sambung tulis clerking cepat2 sebab diorang nak hantar patient ke HDU dah. Sebab BP supine 170/108 sitting 178/100. Proteinuria 2+.

Masa aku siapkan admission clerking tu, Dr Yeo yg dtg kelam kabut x sempat makan td, cakap nak g tido da. Then bila aku balik ward hijau utk amik buku, dia duk amik blood utk FBC n GSH utk patient operate esok. Kesian gila aku tengok. Mata dah bukak separuh. Malangnya aku dah x dapek nak nolong sebab aku pun penat lantas membabai dan terus balik.

Aku perasan satu benda, kalo dokter2 oncall, diorang suka pakai baju OT buat pyjama. Teringin nak buat jgk.

Aku rasa walaupun penat tapi rasa produktif day lah jugak kan. Ni pun xleh tido lagi sebab kena isi borang SPA online. Asik lupa je nak isi. Bizi sungguh siriyes weh. Nak g ambik sticker kete kat Department Keselamatan pn x sempat, tadi dah dpt call da cakap diorg nak clamp tayar kete aku so depa suh ambik sticker cepat2. Baik, esok aku cuba g amik. Pastu nak siapkan dokumen2 PPD sebab esok nak jumpa Prof Wan, mentor aku, nak tunjuk resume sume2 la.

Jadi thats why aku nak menaip di sini. Banyak mende nak cerita. Panjang kan aku taip. Seperti biasa, kalo x suka tak payah baca. X kisah nak cakap buat karangan kat sini pun. Asalkan aku puas hati Lalalala`~

Ok, nak g siapkan keje. Thank u Allah for giving me the strength. Alhamdulillah. :)

p/s: Awak nak sambung master dgn segera? oklah saya terpaksa bersetuju.

0 comments:

Post a Comment