CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 30, 2010

:: Hari Terakhir ::

Hari ini bertarikh 31 Disember 2010.
Maknanya esok masuk tahun baru 2011. Maknanya sedekad sudah berlalu utk abad ke 21 ni.. Maknanya naiklah umur setahun lagi aaaaa.. xpe2, bak kata pepatah yg patah, Age is just a number (rationalization).


Banyak pahit manis tawar masin yg berlaku sepanjang 2010 ni. Tapi bukan itu yg aku nak habaq kat sini. Aku just nak habaq yg pagi tadi brekfest kat McD ngn redsugarpaper hehe.. Sapa sangka, walaupun x mandy lagi mahupun cuci muka (gigi sempat diberus, hokayy) aku ngn Timah terpacak di mcD dgn gembireee.. yeay saya suka hashbrown sbb ia sgt sodap!


Disebabkan hari ini cuti secara tiba2, aku terpaksa menerima dgn redha. Huhu. Poyo. Nak balik Kelate tapi mak aaii, harga tiket dah melambung. Nak tak nak duk jelah KTDI weee weoooo. So cuti 3 hari, tapi xde mood nak kuar jenjalan. Sebab apa? sebab xde duit. Mesti korang bosan kan asek2 membebel xde duit. Huhu. Yelah, nak wat cane, masa ade duit, ia mengalir spt air pili bomba pastu dah xde ni membebel jela. Ade pun cukup utk makan minum je (ceh, ala2 cerita sdih giteww). Heheh. Ala, bukan ape, boleh nak keluar tapi kalo keluar, aku bukannya dapat control diri aku ni. Nak2 plak kalo g area Jalan TAR, Masjid India, mau beratus habis. Tambah pulak minyak kete sbb dah sah2 jem kan, dgn byr parking utk public holiday kan lagilah mantap gitu! So, nak elakkan mende tu jadi, baik aku duk bilik je. Tapi kalo x tahan jugak nanti aku kuar je la weeee..


Untuk dinner kolej ni pun xde baju lagi. Dinner ni bukan buat kat MakYong Cafe, bukan buat kat Dewan Makan Aspurina, tapi PICC Putrajaya International Convention Centre gitu, siap tema kaler merah hitam lagi. QiQi ajak aku g cari baju dinner, tapi aku tanak pegi sbb kalo nak beli, nak tak nak habis jgk beratus kan. Yelah name pun baju dinner, kalo nak beli yg biasa baik x payah beli, pakai je yg salu pakai g ward tu (T__T).


Tadi call Umi tanya kut2 ade baju yg best2 kat rumah. Umi offer baju tu, tanak, besar. Offer baju ni, tanak buruk fesyen lame. At last umi ckp, cakap jelah nak sewa baju kat butik pengantin hehe. Ceh ceh macam mana umi boleh tau ni heheh. Kalo sewa mahu beratus jgk kan? *erk* kesian pulak kat umi (heheh ape maksudnya tu??)


Kesimpulannya, xboleh di simpulkan lagi nak pakai baju mana. Baju untuk dinner batch pada 26-3-2011 pun xde lagi. Xpe, yg tu KIV dulu, fikir kemudian.



Okeh tutup kes baju dinner.


Sempena masuk tahun baru ni, aku harap aku akan menjadi manusia yg:

lebih baik (lebih baik = maksudnye skrg dah baik hoho),

lebih bertimbang rasa

fikir sebelum berkata-kata

bijak membuat keputusan

pandai dalam belajar

menjaga hati semua org

matang dalam menguruskan hal2 rumah tangga (xboleh blah betul)


Semoga menjadi anak yang baik pada semua keadaan!




Eh dah nak masuk waktu Zuhur, wa chow dulu ek. Nak g mandi weeee..





p/s: Bestnye kalo buleh pakai baju cantik-cantik lagi glemer woot2!!

Tuesday, December 28, 2010

:: O & G ::

(ala, nape x buat parking bertingkat2. Sebab dah xde tmpat lain terpaksa park bawah pokok. Memangla bagus, sejuk kete tapi nanti kena taik burung + daun2 berguguran atas keta, especially kalo hujan. Cepat kotor. Malas la nak bwk gi basuh sokmo)

~Memulakan dgn membebel seround~

27/12/2010 adalah harri bersejarah (hek eleh) sebab masuk posting baru Yay!! Obstetric n gynaecology. Im looking forward for this posting actually tapi bile masuk ni rasa seram sejuk pulak. Tambah plak semalam seminar cardiotocography (CTG), terasa diriku yg bodoh ini masih lg lembab dalam urusan patient's management! Takpe takpe, dimaafkan sebab first day!! Bagus Hidayah sbb memberi alasan yg 'kukuh' !!

Dengan masuknya posting ini, maka bolehlah membuat countdown, sebab ini sudah posting terakhir dan juga sebab sudah tepat 10 minggu lagi nak Peperiksaan Akhir Ikhtisas yg bakal diadakan pada 14 March 2011. Ia juga dikenali sbg Professional Exam, di mana siapa yg lulus akan mendapat Medical Degree utk melayakkan beliau meletakkan DR di pangkal nama. Siapa yg tiada rezeki pada March ini, kena sambung lagi 6 bulan. Uwaaaa... Stressnya!! Kawan2, tolong doakan saya lulus dgn first attempt ye. Tima kasehh :D

Semalam, wakil dari SPA bukan SPA Aura Seri atau SPA De' Cantik tapi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, datang bagi talk la ape yg kami kena buat. Nampaknya start 1 Januari 2011 ni kami dah boleh memohon secara online ke mana yg kami nak pergi. Resume kena buat santek2. Bulan 2 ni interview.. Uuuu.. Nak lulus dgn first attempt jugak!! Tima kasih skali lagi sbb doakan :D

So, disebabkan nisbah doktor kepada pesakit di Kelantan adalah 1:2000, saya merasa bertanggungjawab utk balik berkhidmat di Kelantan! (poyo gitu). Mulai tahun hadapan, Hospital Kuala Krai dan Hospital Tanah Merah akan menempatkan Pegawai Perubatan UD41 atau lebih dikenali sbg houseman! Tapi malangnya setakat ni, dua hospital ni x masuk list lagi utk dipohon. I mean, utk pengambilan batch aku ni, dia x bukak lg utk hospitals tu. Mungkin utk pengambilan hujung tahun nanti baru bukak KOT!

Nah, list hospital yg boleh dipohon.

1. HOSP. TUNKU FAUZIAH, KANGAR

2. HOSP. SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR

3. HOSP. SULTAN ABDUL HALIM, SUNGAI PETANI

4. HOSP. KULIM, KEDAH

5. HOSP. PULAU PINANG

6. HOSP. SEBERANG JAYA

7. HOSP. TAIPING, PERAK

8. HOSP. IPOH

9. HOSP. TELUK INTAN

10. HOSP. SERI MANJUNG, PERAK

11. * HOSP. KUALA LUMPUR

12. * HOSP. TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG

13. * HOSP. SELAYANG, SELANGOR

14. * HOSP. KAJANG, SELANGOR

15. * HOSP. SERDANG, SELANGOR

16. * HOSP. AMPANG, SELANGOR

17. * HOSP. SUNGAI BULOH, SELANGOR

18. HOSP. TUANKU JAA’FAR, SEREMBAN

19. HOSP. TUANKU AMPUAN NAJIHAH, KUALA PILAH

20. HOSP. MELAKA

21. HOSP. PAKAR SULTANAH FATIMAH, MUAR

22. HOSP. SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

23. HOSP. BATU PAHAT, JOHOR

24. HOSP. SULTAN ISMAIL, JOHOR

25. HOSP. TENGKU AMPUAN AFZAN, KUANTAN

26. HOSP. SULTAN HAJI AHMAD SHAH. TEMERLOH

27. HOSP. SULTANAH NUR ZAHIRAH, KUALA TERENGGANU

28. HOSP. RAJA PEREMPUAN ZAINAB II, KB

29. HOSP. UMUM SARAWAK, KUCHING

30. HOSP. SIBU, SARAWAK

31. HOSP. MIRI, SARAWAK

32. HOSP. QUEEN ELIZABETH, KOTA KINABALU

33. HOSP. TAWAU, SABAH

34. HOSP. DUCHESS OF KENT, SANDAKAN, SABAH

35. * PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA(HUKM)

36. * PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)

37. * HOSP. UNIV. SAINS MALAYSIA (HUSM)

38. * HOSP. PUTRAJAYA

39. HOSP. KEMAMAN, TERENGGANU

100. ** Singapore


* Semua Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di fasiliti yang bertanda (*) diwajibkan untuk memohon
penempatan baru di luar negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur setelah tamat latihan,
kecuali PPS di HUSM yang boleh memohon penempatan di negeri-negeri tersebut.



Lepas taklimat, aku g cafe nak lunch. Terjumpa Ain Jasmi tgh q dgn seorg kawan posting dia kot. Aku g tegur Ain.
Ain: Hai dayah! weh nanti nak mintak Hospital Kuala Krai ke?
kawan dia: Eeee.. kesiannya!!
Aku: (dalam hati: WTFish minah ni) Weh bestnye Hospital Kuala Krai tu hosp baru woh mcm hosp Slim river yg cantik. (ckp dgn nada girang). Ain ko nak mintak JB la kan..
bla bla bla.

Isunya: kenapa makcik tu cakap 'eee, kesiannya'?? Aku x tahu dan malas nak tanya sbb menyampah. Adakah Hospital Kuala Krai terlalu hina terlalu pedalaman?. Hey pliiisssssss!!! Go n see yourself!! Kalo dapat situ ha baru kau tahu!

Jadi, kami ada masa 2 minggu utk apply benda tu. Ya, aku akan balik ke Kelate utk memenuhi permintaan Umi aku. Untuk teman umi aku. Walaupun kemungkinan besar masa bnyk dihabiskan di hosp, tapi x pelah asalkan umi puas hati. Nampaknya aku mungkin kena pilih Hospital Kota bharu sbb aku tanak HUSM. Tanak teaching hospital. Ada 2 minggu utk fikir. Apepun hosp yg aku dapat, aku redha dan anggaplah itu yg terbaik utk aku.

Sekian, selamat memilih rakan rakan dan mmarilah berjuang sehingga ke hujungnya!!

p/s: Tadi aku terlajak tido tengah hari sampai ter miss seminar dgn Prof Jamil. X tahu beliau marah ke x sbb x tanya lagi kawan aku yg pegi tu. Apekah nasib aku? Nanti aku tanya mereka2 yg pergi. *takoooot*

Monday, December 27, 2010

:: Weekend itu ::


Sementara berehat utk masuk posting baru, weekend aku hari tu sgtlah padat *cehceh* lagipun minggu lepas kan sibuk dgn upacara Jalan-Jalan Cari Makan.!

Hari Sabtu pegi makan meatball kat Ikea dengan Ain, Yani, Kiki dan Kassoma. Perghh, ramai gile org kat situ beratur sepanjang2 alam nak dapatkan meatball. Nyum2 aku makan spagetti, 8 bijik meatball dan chicken wings! Makan sampai nak muntah + abdomen distended gila woh. Ingat nak tengok movie Hantu kak limah balik rumah tapi x jadi sbb dah lambat! sigh.

Masa pergi lalu kut TTDI tapi bila balik eh tetiba masuk Penchala Link eh tetiba lalu depan istana negara eh tetiba masuk Sungai Besi eh dah sampai dah. Lagi cepat rupanya ye.. Salu mcm tu ye, pergi jalan lain, balik jalan lain. Yes, i know that aku adlah pemandu berhemah lalalala~~ Yg sadisnya, minyak + tol + parking kitorg tong-tong la sbb aku dah sengkek weh nak belanja sume ni. Siriyes aku kering! Kena minta ihsan PaMa pulak! Tima kasih kerana sudi tong2!!

Ahadnya pulak, tetiba tersedar sbb ada call masuk. Tgk kat luar, matahari mula memancarkan diri, arrhhh dah 7.30pagi. Cepat2 jawab phone. Abah cakap dah beratus kali dia call aku xjawab dan dia ckp aku x payah pergi kenduri sebab dia dah ada kat Putra Heights utk amik nenek aku yg duk umah uncle.

Uuuuu. Aku suh depa datang jugak! sebab aku dah basuh kete semata2 nak g kenduri! Aku dah iron baju siap2 ngn shawl! Mane leh x g dol! Huhu. Ekceli mmg salah aku sbb janji ngn abah nak g Putra Heights tu lepas Subuh. Tgk2 dah ade 7 miscol dari abah start kul 6.30 lagi huhu. Kena la gerak awal sbb nak g kenduri kat Palong (daerah Gemas rasenye). Jauh woo.

Seb baik depa dtg jugak kat HUKM ni heheh. Suka! suka! :D
Kul 9 gerak dari sini, naik Oranje *yay*
Sila lihat gambar ye tenkiu2

Ni masa brekpes kat R&R Seremban. Aku yg drive but aku x bekpes lagi so abah suh benti kita minum dolooo..!! Cucu yg baik memimpin neneknya berjalan wohoho
(eh dekat je Seremban rupenye eh x sampai sejam pun dari HUKM)


Ayah chik: Heh Datin, silakan duduk.
Aku: Excuse me, Puan Sri pleaseeee.. heheh

Tomey kan nenek aku?

3 DARA hahaha

Aku Klakar betul ngn Zara ni (bertudung) sibuk betul macam mak pengantin. haha

Bosan woh duk atas kete. Ondewai balik Abah drive. Jem gile woh Kat K.Pilah!
Kalo menyampah sila sediakan baldi merah jambu.

At last tade mood dah nak belit2 kemas2. Amik kau mcm hantu dah aku tengok. Dah malam kot tapi xsampai2 bilik ag penat n tade mood!

Then singgah hantar Nenek, Ya n Yuyu kat Putra Heigts. Nampaknya, Sumae (uncle) n Ej (abg) Azim (adik) g Stadium Bukit Jalil tgk match Malaysia lawan Indonesia.

So kitorg yg kat rumah ni tgk r bola. Besgile TV Sumae LCD besar gile woh. Puas ati tgk.
Yang klakarnye, nenek aku siap menjerit2 menyokong same. haha.

Apepun, Tahniah Malaysia kerana menang mudah 3-0! Saya bangga saya anak Malaysia!!

Sekian.

p/s: Takde gamba pengantin. Malas nak snap heheh.

Thursday, December 23, 2010

:: Makan makan ::

Sempena meraikan habisnya posting paediatric, kami ber12 telah keluar makan bersama2. Setelah perbincangan & perdebatan hangat dilakukan, akhirnya kami memilih utk makan di Restoran Muara kat Port Klang. Ceh ceh makan tepi Selat Melaka gitu heheh.

Perjalanan yg jauh, dari Cheras ke Klang tidak mematahkan semangat kami. Ditambah pulak Federal yg jem woh kami teruskan perjalanan juga. Singgah di rumah Azizah sbb dia nak tukar kereta. Dah 2 jam baru sampai ke destinasi dan semestinya perut aku mengamuk2 minta makanan best2.

Tercapai weh cita2 aku nak mkn seafood segar di mana kita pilih ikan2 udang2 etc pastu suh dia masak ikut ape yg kita nak. Woh Woh best Woh. Tapi x dapat menandingi Aroma Ikan Bakar kat Jeram yg tu lagi bestgile dgn lauk lauk yg sgt variety! Best gile weh lepak2 tepi laut ramai2 camtu mlm tadi. Sbb pasni start posting O&G. Obstetric n gynecology. Kalo boleh aku tanak hilang fokus la kan utk last posting ni. Okeh utk O&G ni cerita di lain entry.

Dan semestinya tiada gambar utk di upload sbb aku bukan jenisnya tangkap2 gambar. Aku just suka menumpang bila org tangkap gamba. Hehe. Kalau tgk org mcm bersedia utk bergamba, dgn pastas aku akan menjerit sekuat hati 'tunggu, tunggggguuuu, tunggguuuu nak masuk jugak'. Lantaklah org menyam ke yg penting dpt masuk gmba hehe.

Masa pergi, aku tumpang kete Ayie sbb aku malas nak drive. Hehe pemalas. Bukan ape, sejak berkereta ni aku x penah dah nak tumpang orang. Orang je tumpang aku huhu. Sekali sekala nak gak merasa duk ilek kat blakang sambil gelak xbrenti2. Tapi masa balik Nad mintak tlg drive kan CRV dia sbb tetiba dia kena conjunctivitis. Okeh fine. Xpe tlg rakan2. Tapi aku pesan kat penumpang, sape tido aku tekan eject button supaya yg tido tu tercampak keluar. hehe. Sbb dah pukul 1 pagi kan mmg ngantokla.

Ok tamat cerita makan di muara. Mlm ni nak g makan tempat best lagi. Ain Jasmi ajak. Ekceli dia ajak mlm tadi tp kan aku kuar ngn org lain so, janji ngn dia mlm ni. Tak tau lagi nak g mana tapi harapnya tempat tu bestgila la kan. kan. kan. Dan harga berpatutan sbb sudah sampai masa untuk SERVIS KERETA. uuuuuu. Duit lagi!!

****************************************************************************

Balik dari makan2, aku ym dgn seseorg.
Sedey r.. xde la sedih sgt tapi tacing r sket bila dia ckp ekceli gf dia rasa tergugat bile ak baik ngn dia. Aku baik ngn dia x pernah pn ada perasaan apa2. Kawan je k. Kawan. Aku x tau la sejauh mana perasaan makcik tu tapi ak tacing r sbb aku xpernah ade prasaan nak merampas ke ape ke. Lagi dia jeles sbb aku ni single. Salah aku ke kalo tetibe tanpa hujan tanpa ribut tanpa letusan Gunung Merapi dewasa ini, beliau berkata sebenarnya aku suka kat ko...(*pengsan*dyspnea*). Ko x macam org lain, ko ada cara kau sendiri (*muntah*mula terbang di awan biru*). Nah amik kau tsunami!

Hmm, aku dah mmg mcm ni. Perangai aku mmg mcm ni. Kawan2 aku, aku layan same je x kira lelaki ke perempuan ke sumenya same. Kalo org kenal aku, tahulah mcm mana. Especially kalo yg boleh masuk geng buat lawak bodoh dan cakap mengarut ngn aku, lagilah ON. Especially kalo yg boleh faham lawak aku yg x lawak tu, yg kadang2 ade maksud tersirat lagi tersurat rasmi, lagilah ON. Sama je kat FB ke kat blog ke ward ke rumah ke Makyong ke sekolah ke kat midvalley ke kat Gulati's ke kat Tesco extra ke kat Melbourne ke (oke yg ni menipu sbb xpenah prgi lagi). Dah mmg sifat semulajadi aku mcm ni. Pernah jugak aku mencoba untuk setia eh bukan, mencoba utk menjadi wanita budiman yang lemah lembut bersopan santun bertatabahasa berhemah tinggi bergigi jarang *tetibe je* namun aku kecundang di medan perjuangan sbb naturally org nampak ak mmg hepi-go-lucky (kalo emo pn x tunjuk sgt dah) and suka mengusik baik lelaki mahupun perempuan.(dan juga suka drop org heheh).

Dan mungkin normal kalo nak jeles kalo bf kau baik ngn pompuan lain kan. Mungkin salah aku xreti nak jeles dulu2 masa kapel2 sbb tu tau2 je lelaki tersebut sudah pasang cawangan. Ah, segalanya mungkin! Nothing impossible in this world!! *tetibe je huhu

Mungkin aku kna letak ego kat tapak tanah, dan mula menerima seseorg utk aku rasa menda tu. Eh perlu ke??

Aku okey. Bukan masalah besar pun kan. Cuma, lainkali berhati-hati di jalanraya. Jangan terlalu perlahan sbb nnt org langgar dari blkg, jgn terlalu laju sbb nanti terbabas kalau jalan licin lepas hujan! (adeh, xde ke peribahasa yg lebih sesuai. aku pn xpaham ape kaitan ngn cerita ni huhu)


Wednesday, December 22, 2010

:: Ego ::

umi: k.ida ego tinggi sangat kot?
aku: hmm.. xtau la tu..

========================

aku: ego sgt ke aku ni?
Z: haah, ko mmg ego pun.
aku: ................

hmmmm.....

Tuesday, December 21, 2010

:: Settle ::

Pagi :
* Settle semua workshop (2 je pun)
* Hantar logbook. Settle.
* Jumpa Prof Tang, had a warm & inspiring chat, give her the appreciation card n scarf. Settle.
* Main2 ngan Roy. Settle (utk pagi je, ptg belum lg).
* Hantar forensic post-mortem report. Settle.

Afternoon:
* Hantar peer evaluation form utk PPD unit. Settle.
* Feedback session of Immunization Talk. Settle.
* Settle paediatric posting hullahup (percuss skull eh resonance lagi)
* Bagi kad kahwen, ikhlas dr grup kami kpd apek. Settle.
* Melawat Roy. Settle.
* Ambik stok kopi ngn E-jay. Settle.

Tak settle:
* PPD patient evaluation form. Satu haram pn xbuat lagi cis!.
* Curriculum vitae (CV) dan resume. I x retila nak buat nyah !!
* Jumpa mentor, iaitu Prof Wan (harap esok boleh pegi)

Dan hakikatnya aku masih belum 'settle down' hohoh.

*******************************************************

Ketika berbukapuasa (breakfast) di makyong pagi tadi:
*lebih kurang jela, lupa dialogsebenar sejibik-sejibon*
(nama sebenar dirahsiakan utk mengelakkan eksploitasi pihak tertentu)

Z: bla bla bla
aku: bla bla bla
S: bla bla bla
Z: haah, ko sesuai la ngn duda
aku: Duda, boleh dipertimbangkanla. kalo yg anak 1 la. Kalo dah berderet sampai 12 org tanak la kan
S: gile desperate ko haha
aku: Bukanla, maksud aku, aku suka org yg lagi tua la sbb nanti bila dia dah tua aku masih cantik. Korang boleh sediakan baldi merah kalo agak2 rasa nak muntah.
Z: ala, bile dah umur 35, laki kau akan cari lain jugak. Lelaki wey, mane kira bini cantik ke tak. kalo dah nak tu, nak jugaklah
aku: tak, aku jage baik2 laki ak nnt. xkan lari nye. bomoh kan ramai. hehe (weh yg ni aku gurau je taw)
S: betol la, tgk2 lepas setahun dah blah
aku: Cis !!! jahat betol korang ni kan. Mmg otak lelaki. muda2 dah ada niat. Nak pucuk muda aje!!

p/s: Z dan S adalah lelaki. Noktah.

***************************************************************************
adik aku, mimi ade kat KL seminggu ni sbb ikut rombongan uitm dia (kelab kebudayaan kot) ke ASWARA la, Istana budaya la dan mane2 ntah yg melibatkan kesenian dan pelancongan. tadi dia text aku:

mimi: jom ke ib mlm ni. haha (nampak sgtla kan beliau cuma menunjuk2 dgn riak)
aku: xpola, mu g la. Lpas kuliah maghrib, ak ada usrah.. (teeeeet, hidung terus pnjg mcm pinocchio)
mimi: koya.. haha
aku: (x reply dah)

nampak kejelesan aku di situ okeh !

*****************************************************************************

bukan Z yg tadi.

Z: Hello (suara riang)
aku: Hello, yes? (serius)
Z: Kat mana ni?
aku: Eh saya kat ward ni. Ada apa?
Z: Xdelah saje je. Yela, pegilah tgk patient2 awak tu.
aku: Ok lah nnt telefon lainkali, bye. (padahal sedang melepak2 di bilik tutorial kat ward je, duk kira2 duit)
Z: ok2, bye.

Talian dimatikan....
...sambil menahan mulut yg mahu tersengih.

(#^_^#)


:: Seoul Garden ::

Tadi, masa lunch hour, kami ke One Utama semata2 nak melepak di Seoul Garden.
Kami = Group B Paediatric under Prof Tang tersayang = Hidayah, Alia, Jeda, Hadi, Ah Fat (apek), Boo Hooi dan semestinya Michelle.

Semata2 ke One Utama semata2 ke Seoul Garden.
*sombong tanak g SG kat Kerinchi, padahal lalu je depan tuh*
Kami meraikan posting Paediatrik yg sudah habis. (padahal ada 3 hari lagi tapi tentulah 3 hari itu negligible hoho). Ala2 nak buat Bachelor Party sbb tanggal 25/12 ni ahli grup kami iaitu Apek akan berkahwin, tapi Jeda dah kawen so null hypothesis rejected !(oke, sblm kamu pening sbb xfaham, biar aku explain: disebabkan jeda dah kawin so x bolehlah nak gelarkan ia sbg bachelor's party oke. heheh).

Selepas berjam2 memanjakan perut di SG, then kami pergi mencari appreciation card and scarf utk Prof Tang. Duk cari2 keliling Jusco tu, 'tersinggah' la syurga perfume. Omaigod Omaigod, i caught them !! Seriously guys, u must try this. This is what u smell when The Rock is cooking !! okey2, x klaka langsung!



ini pula status hadi di facebook:

Seoul Garden mmg masyuk!mghargai hari2 terakhir bersama Afiq Mohd sebelum beliau menamatkan zaman bujang.mkn dlm suasana ala Korea gitu(yeke??),sambil makanan dimasak Alia Anis,sedapnya:p..dan ikutHidayah Juta &Zaidatul Akmal Othman shopping(lamanyee..penatnyee.takmo ikut dah pasni huhu).Khoo dan Michelle pun ada.apapun sahabat ibarat keluarga,syukur ya Allah atas nikmat silaturahim ni.Alhamdulillah..(^_^)_p
about an hour ago · · · Remove tag

    • Hidayah Juta aku shopping berkepentingan la!! utk Prof TANG sayang lalalla
      51 minutes ago ·
    • A Hadi Rosli yela,demi prof tang,aku rela ikut tp bukan mu dok bersembor2 dgn minyak wangi td?? haha
      49 minutes ago ·
    • Hidayah Juta kerana ia mengingatkan aku kepada seseorang.... *tetibe je haha
      44 minutes ago ·

Yes it is ! it was somebody's favourite but it was long time ago. Oredi forgot the smell but recognize it when i tried it yesterday. U know, the salesgirl said it can be used by either man/woman. So kalau man yg guna, adekah dia ada ciri2 keperempuanan? Or kalo woman guna, ada ciri2 kelelakian?? kehkehkeh

^_^ ^_^
Erm, ala xde lagi gamba2 nak upload sbb guna camera Apek je tadi. So, gmba delay sikit okeh.

p/s: btw im using this at the moment. Best oo bau, sesuai utk sape2 yg suka bau cam fruity n sweet.


Tgk, siap ada travel set lagi. So senang la ak nak sumbat masuk handbag and bawak ke mana sbb kecil dan ringan. :D
Harga murah sahaja, affordable utk peminjam PTPTIPU dan pemegang biasiswa kerajaan seperti aku ni.
(hoho poyo je padahal Puan Napisah yg tlg swap *kihkih*)


p/s 2: My big n little bro akan sampai dari Kelate (KB--LCCT--KL CENTRAL) lebey kurang kul 9mlm ni. So ak yg kena g ambik diorg...Nak g ambik boleh je, tapi malasnya nak anta g Shah Alam AAaaaAAaaaa..

Monday, December 20, 2010

:: Printing ::

Skarang ni tepat pukul 3 pagi, 21-12-2010.
Kenapa saya x tdo lagi?

Sbb tadi saya bermain2 dgn printer saya.
Saya memprint semua benda yg saya tangguh selama ni kerana malas nak ON printer itu pada hari kebanyakan.

Sebenarnya saya sgt2 sakit hati dgn printer itu kerana ink alarm itu selalu menipu. Ink ade sparuh lagi pun lampu dah kelip2 cakap dah habis. Pastu saya bukak box cartridge angkat sekotak ink tu pastu masuk balik (x refill ink pon) pastu terus beliau cakap ink dah penuh.
*yay seronoknya boleh menipu printer ngeh3*

Btw ia adelah sebuah printer usang berusia 2 tahun masihi bertajuk EPSON CX5500 (kalo x silap la hoho). Walaupun besar gedabak lantas memenuhi ruang bilik, dan sgt bising apabila ia bekerja, lembab pulak tu, saya masih sayangkan beliau kerana tanpa beliau saya xboleh nak print ape2 termasuklah lecture notes or Clinical Practise guideline or gamba or ape2 jelah yg selalu buat tanpa arah tuju (dgn niat nak suruh ink cepat habis sbb nak beli yg lain. huhu). Tanpa beliau saya x boleh fotostat ape2 yg penting lagi segera. Tanpa beliau saya x boleh nak scan gamba masuk laptop kepochi ni.

Terbaru, malam tadi, saya printed out pamhplet (xreti eja) yg saya buat *cehceh* sempena Immunization Talk pada hari esok, yg bakal di ucapkan oleh Apek kpd ibu2 mengandung! Penat saya buat pamplet cantik2. !! saya terlupa bahawa ink biru saya itu sungguh bermasalah. Kalau ade benda yg di print berwarna biru, atau warna2 lain yg melibatkan biru (hijau, turqoise etc etc) dia akan keluar berbelang2. X cantik. Natijahnya, pamplet saya terpaksa diubah plan dari yg sgt2 cantik *hoho* pada asalnya menjadikan ia sgt dull sbb nak elak kepelbagaian warna biru. Saya x tau dh camane nak baiki selain nozzle check -- head cleaning. Clean la head beratus kali pun keputusannya ttp sama. Saya fedap. Saya sungguh fedap namun saya masih sayangkan dia, abg epson itu.

Eh x boleh membebel lama2 sebab Talk esok bermula 8pagi! gogogo Kumpulan Gagak Hitam !!
*sukati je kasi nama team aku mcm ni lalala*

p/s: eh rupa2nya hari ni saya sgt cemerlang kerana slpas bangun tido pada pukul 8.30 pagi tadi (sape ckp saya looser saya babab!!), saya masih tidak tido. Lihat, saya sudah berjaga selama 20jam tanpa nap ! Satu pencapaian yg memberangsangkan!!

p/s 2: Adei.. mcm rindu kat someone je ni, ntah sape lah ni.. @_@