CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 28, 2010

:: Melayu & mitos ::

Kadang2, susah nak treat pesakit sbb diorg ade kepercayaan. Kepercayaan halus. Mitos. Lebih dengar cakap2 org berbanding doktor. This few weeks i encountered this problem, with a few patients.

1. Biliary atresia.
Biliary atresia ni rare. Tapi dah mcm x rare sbb masa posting paeds je, mesti jumpe case of biliary atresia. Utk org yang x tahu ape itu biliary atresia, ia adelah defect kat saluran hempedu. Masa lahir dia punya saluran hempedu tu tersumbat. Ekceli punca utamanya adelah saluran hempedu x develop normally so menyebabkan tersumbat n baby akan dapat kuning (jaundice) melebihi 2 minggu. Utk yg ni, x boleh letak baby bawah lampu biru (phototherapy) sbb boleh menyebabkan komplikasi. Dan yang pasti, operation kena wat dalam masa 60 hari of life sbb kalau tidak akan dpt liver cirrhosis (parut pada hati). Kalau nak tau lebih lanjut pasal biliary atresia, baca sini. Saje bg wiki punye source sbb mungkin senang nak paham bg mereka yg bukan in medical field. Kalo medical people, pls dont read wiki, go to emedicine etc etc. Hehe

Nak dijadikan cerita, pasangan tu muda lg. Mak umur 22, ayah 25. Hari ke 4, anak kuning, pegi hosp tawakal dr ckp kuning biasa, sbb masa tu bilirubin level x high sgt. So balik rumah. Jaundice x resolved. Lepas tu delay-delay-delay, pegi hosp balik. Dr buat scan, and cadang suh wat liver biopsy. Tapi diorg tanak sbb kosnye 6K (hosp tawakal). Bile dh kene wat liver biopsy I presumed dr mmg dah suspect biliary atresia. So dr bagi referral letter suh g hospital mane2. Masalahnya, diorg x pegi. Delay-delay-delay, umur dah penghujung 3 bulan baru la bawak dtg sini. Sebab ape delay? haa, sbb berubat kampung la; dgr kawan2 ckp, kalo g hospital nanti kena operate.. kalo operate nnt bnyk side effect la itu la ini la.. huhu.. banyak sgt. Biliary atresia, management dia hanyalah operation, yg diberi nama Kasai Procedure. Kalo buat umur dah lebih 2 bulan, prognosis not so good. So, patient ni, intra-operative findings, dah ade evidence of liver scarring.... xtaw la Dr bagitau ke x. Tapi rasenye mestilah bagi tahu, sbb ni bukan cerita melayu yg Dr nak sorok2 sume dari pengetahuan patient sendiri. Hikhik.

Moral of the story: please concern when jaundice more than 2 weeks.

2. Seizure (sawan)
Mitos melayu, kalo budak demam panas, kena pulak sawan, habislah cacat anak dia.. Huhu.. meh saya betulkan persepsi itu, sebenarnya, TIDAK!! Sebab budak umur 5 bln hingga 5-6 tahun, bila diorg demam diorg mmg ade potensi utk kena sawan. Sawan ni tidak bahaya. Sawan yg bahaya adelah kalau yg belaku kalau x demam, and berlaku berkali2 banyak kali.

Cerita ni pulak, budak tu umur 2 tahun. Normal development, grown up according to the age. Selalu kena breathholding attack, especially kalo x dpt mende dia nak. Breathholding attack ni maksudnye budak tu nak marah sgt sampai x bernafas, sampai muka biru. Tapi parents dia x pernah ambil kisah, maksudnye anggap menda tu normal ! Pada suatu hari, anak ini demam. Sbb dah bbrapa hari x kebah, parents bawakla g klinik. Dr nasihat suh bawak g hosp. Parents tanak, so g klinik lain.Kat klinik lain tu, anak ni kena sawan, 3 kali pulak tu, sampai biru ! mmg xsedarkan diri la..Ambulan g ambik kat klinik. Atas ambulan kena sawan 1 x. Sampai kat Kecemasan HUKM, kena sawan 3 x lagi. Terus bagi suppository valium, g CT scan, lepas tu baru sedar. So mmg kena admit ward la yang oi. 7 kali kena sawan n in between episode x sedarkan diri. Bahaya wei...bape jam tu xsedarkan diri. Yang jadi masalahnya, bila kat ward, parents dia nak bawak balik. Dia ckp, 'saya taknak anak saya jadi bahan ujian'.. Cheh, kejadahnya! Dah kena status epilepticus ni makcik pakcik wei.. mmg kena la cari sebab dia. kena wat la EEG, and other blood investigation (TRO inborn error of metabolism) nak cari sbb. kalo x jumpe sebab, x treat , boleh berulang la mokcik weh, bahaya! Penat doktor counsel, dia nak balik jugak. 'Saya tanggung semua kalau ape2 jadi,' .Tapi Dr duk nasihat taknak bagi balik. At last diorg mengalah. YES2!! Tanya la psl anak dia tu, semua dia deny, nasib baik ade penjaga anak dia cerita hal sebenar. Makpabak dia ni superstitious, diorg cakap anak kena sihir la ape la.. haish.. So hari ni hari ke 3 kat ward so x tahulah lah tu dah cabut lari ke ape. huhu.

Moral of the story: jgn gelabah kalo anak kena sawan. Duk hospital 2,3 hari, dgr nasihat Dr ye..

3. Acute gastroenteritis with 7.5% dehydration

Yang ni xpayah la cerita pjg lebar. Katenye kena buatan org, sbb tu muntah2 sampai lembik.
Erk... wallahua'lam..

Moral of the story: hmmm.. susa nak cakap..

Cukuplah 3 cerita tu sbg contoh. Tu x termasuk
a. Kalau makan panadol x boleh minum air kelapa sbb nnt ubat tu 'tawar' (x effective)
b. Kalo minum teh misai kucing boleh sembuh dari kencing manis
c. Kalau operate buang hempedu, nnt akan 'sejuk'.
aku: sejuk mcm mana makcik?
makcik: ntah, makcik pun x tahu, dgr org cakap.
aku: ......
d. dan lain2 lagi.

Sebenarnya, mmg setiap org ada kepercayaan. Kepercayaan yang diperturunkan sejak nenek moyang. Terpulang kpd individu sampai tahap mana nak percaya ke x. Dan x dinafikan perbuatan sihir/ santau/ supernatural/ superstitious dan yg sewaktu dgnnya wujud. Aku x nafikan yg tu. Tapi jgnlah terlalu taksub sampai sakit pening kepala pun kena buatan org (padahal dia ada giant cell arteritis, sbg contoh). Berpada2 lah dan yakinlah dgn kemampuan perubatan modern. Tiada sakit yang tiada ubatnya. Apepun, tawakkal & berdoa kpd Allah supaya diberikan kesihatan dan kehidupan yg baik.

p/s: Berhati2 dgn ubat tradisional sbb some of them hanyalah repackaging of STEROID!!

1 comments:

[MH] said...

best gila entry ni kak day!

Post a Comment