CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 15, 2010

:: Rosak & kecewa ::

15 September 2010
jam 10.35mlm
(ekceli ngah buat cwu tp bosan la plak,huhu)

Assalamualaikum..
kali ini saya akan menerangkan ttg baju raya saya yang dikatakan rosak itu.
gambar di bawah menunjukkan baju kurung moden kaler merah, dibuat khas utk dipakai pada Raya ke 1.



mari saya ceritakan serba sedikit ttg baju tersebut. Baju tersebut dibeli di Gulati's silk house, Jalan TAR, atas perkenan Puan Napisah. Harga kain tersebut adelah rm200 tidak termasuk lining. (saya tgk harganya di Jakel Masjid India, rm70 semeter..ko kalo 4m, kira la sndiri!!) Tuan2 & puan2 jgn pula berkata sy berlagak & menunjuk2 harga kain tersebut. Saya ceritakan di sini utk memudahkan penerangan knp saya sgt kecewa dgn kerosakan baju tersebut. huhu. Saya tidak tahu ia kain jenis ape krn saya naif ttg fesyen.huhu. corak bunga2 itu adelah sulam sepenuhnya. Disebabkan the nature of the kain yg jarang, ia memerlukan kain lining. Kain lining dibeli berasingan, jg oleh Puan Napisah, jenisnya kain bawal. Saya tidak pula tau bawal gred berapa. Oleh kerana ini adelah kain berlining, dijahit pula utk menjadi baju kurung moden, upah menjahit adelah 2 x ganda. Atau lebih, sy pn xpasti krn bkn sy yg membayar upahnya. Jadi jumlah keseluruhan baju tersebut adelah rm300++. Terima kasih Paun Napisah krn berhbis utk saya. huhu.
http://www.cute-smiley.com

Nak dijadikan cerita, oleh kerana baju ini telah dibawa ke merata tempat, dan telah dicuba oleh org lain, saya mahu membasuhnya. Ini sudah menjadi rutin saya utk membasuh setiap baju baru sblm dipakai. Sehari sblm raya, saya dgn konfidennye telah merendam bbrp minit baju tersebut dgn air sabun, membilasnya, memerahnya dan menjemurnya di bawah matahari yg terik (dlm keadaan terbalik) utk memastikan ia cepat kering. Nasib baik sy tidak spin dgn washing machine. Tiba2 Umi menjerit sbb tgk baju saya di jemuran. Saya wonder why. Umi ckp tu kain dry cleaning, mane blh kna air! kain jenis tu, kalo spray ms iron pn boleh pudar. Saya berlari mendapatkan baju tersebut, namun nasi sudah menjadi bubur, pasir sudah menjadi ketulan jongkong, baju tersebut telah pudar warnanya. Selain itu, sulam2nya telah berbulu2..Uuuwaaaaaa...
http://www.cute-smiley.com

Saya menjadi tiada mood utk beraya lg. Umi jg kesal melihat baju tersebut. Saya sbg tuannya apatah lagi. Umi ckp, baju tu bagilah kt sape2 yg nak. Kalo aku nk sgt baju tu, beli lain, buat lain sbb Umi mmg sgt kesal n kecewa..

Jadi pd hari raya pertama, saya memakai baju itu dgn perasaan yg sgt kecewa. Saya terpaksa memakai juga baju yg pudar itu kerana family saye memilih tema merah..huuuuu.. Selepas itu saya hanya menggantungkannya di bilik. Seboleh2nya sy xmahu pakai lg. Tp pd hari openhouse rmh saya, saya terpaksa memakainya seketika ketika berjumpe dgn tetamu kehormat itu.huhhu... Sekejap je sy pakai, then sy terus tuka ke kurung yg lain.hukhuk.. selain kecewa dgn warnanya yg pudar, sy jg sedih krn terkenangkan harganya. Pasti Umi sgt upset. Umi maafkan anakmu ini kerana cuai........

huhu..sekian kisah sedih berkenaan baju raya saya. Saya harap ia x kan berlaku lg di masa hadapan.
sekian.
http://www.cute-smiley.com

p/s: handbag n kasut raya tidak dibeli. Guna shj yg sudah ada. Cuba utk membeli tp tiada yg berkenan..........

0 comments:

Post a Comment