CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 28, 2010

:: everything n nothing ::

I wanna read everything,
I wanna know everything,

but at the end i did nothing... n know nothing!!
gogogo, Hidayah!! better late than never!

Somehow, the hardworking level had increase,
FB level reduced,
Sleeping is more organized,
good, good, keep on motivating urself..
cant wait to go to Teluk Intan, but need to wait for another 2 weeks..huuuuu..

p/s: Deep inside, sometimes feel some pain, a chronic pain. Not assessable by pain score. This is not a visceral type, but it is non-localized, dull n deep-seated. For sure, not resolved by even fentanyl. Palpitated by the pain. Restless by the pain.Hate to see, but the visual cortex looked for it.Hate to remember, but the thalamus stored it. Hate to think but again, the thalamus processed it. And, hate the drops but the lacrimal glands keen for it. Allah, give me the strength. With the inferiority, I beg for U, I need U, all the time, Ya Allah.
hmmm..so, what i am thinking of?? uh-huh, maybe just an acute confusional state? maybe PTSD? ...........just lets the 'liver' keep it. Deeply. Silently.Or let it speaks to the lungs,upside, or flow in the enterohepatic circulation. Fullstop.

by miss hidayah
1.10am
29th of sept 2010


Sunday, September 26, 2010

:: match-maker ::

Gloomy Sunday afternoon,
26th Sept 2010,
2:20pm

Assalamualaikum..

gossip..gossip..gossip..

http://www.cute-smiley.com

Hadehhh, sejak single mingle ni, ramai pulak nk jd match-maker utk sy. Terima kasihlah kawan2 ye. Dan minta maaf jg, kerana sy masih tidak berminat utk ke arah itu lg. Biarlah sy single. Bukan sy menjual mahal, bukan sy terlalu memilih, tp sy xmahu org itu menjadi mangsa 'fill in the blank' sy. Sy juga x mahu menjadi suri org yg desperate, yg mahukan sy juga utk 'fill in the blank'. Biarlah perasaan itu dtg sendiri, OK.
Seboleh-bolehnya, biarlah Pn Napisah yg mengaturkan :)
http://www.cute-smiley.com

Sy xmahu bergaduh dgn encik lelaki kerana perkara ini, spt yg berlaku baru2 ini. Maafkan saya encik N tp mungkin itu lebih baik utk anda. Semoga anda aman di sana.

Biarlah sy habis belajar dahulu. Biarkan sy matang dahulu. Biarlah sy menguasai dahulu basic seorg perempuan, terutamanya memasak, bidang yg sgt 'diminati'...

(lagipun, sy nk beli kereta n rumah dulu.. mcm mane ni???)
*antara cinta & cita* hehe..

Penting juge, org itu tidak merasa inferior dgn saya. Nnt, saya hanyalah seorg doktor. Hebat sgtkah seorg doktor? oh sudah tentu tidak. Jadi knape perlu ade rase inferior? (regardless of his work) doktor jg manusia biasa, ade hati & perasaan. Ade jg seorg rakan berkata : "kau tu nnt doktor, baik cari cepat2, nnt xde org nak, org takut nak masuk..." adooyaiii.. ntah betul ke tidak? terpulang kpd individu utk menilainya.......

Ade 1 quote yg menarik perhatian sy:

Kurangkan agenda mencari solehah mahupun soleh, tapi berusahalah menjadi soleh dan solehah kerana kelak mampu mendidik pasangan menjadi solehah atau soleh. Kerana apabila kebaikan yang sering diharapkan pada pandangan, maka sampai satu masa kita terkejut untuk menerima keburukkannya. Biarlah sekalipun mencari yang kurang soleh atau solehah namun bisa melengkapi antara satu dan lain menjadi serba soleh dan solehah.


Kita merancang, Allah merancang & Allah adalah sebaik2 perancang..

Sekian.

http://www.cute-smiley.com

:: Fakulti Perubatan ::

10.53am
26/9/2010

Assalamualaikum..

Mulakan dgn senyuman
http://www.cute-smiley.com

Jadi berakhir sudah minggu 1 di Jabatan Surgery. Mggu yg padat dgn lecture/seminars. Refresh balik ape yg dh blaja dulu. Ye, dh blaja masa 3rd year dulu. Hilangkan karat2, ibarat escharotomy, hikhik.. Semua topic2 pnting dlm general surgery telah di cover, neurosurgery juge, plastic surgery juga..namun, paediatric surgery tdk dpt dibuat krn Miss D sgt bizi. Grup ak buat pasal Management of patient with obstructive jaundice, bersama Mr Hairol yg sgt bizi..hehe.. patutnye start kul 9, tp 'terdelay' dekat kul 11 sbb Mr g wardround dulu.. oyeahh..

Salah 1 seminar adelah berkisar ttg Lower Gastrointestinal bleeding (LGIB) bersama Mr Imtiaz, colorectal consultant. WOW!! 1 case of per rectal bleeding telah di present dgn jayanya oleh 4 org students, xpayahla sebut di sini siapa students tersebut. hehe. Sblm present, stiap student kna introduce diri n tell the reason knape ambik n blaja medic ni. haaaa.. ni lah soalan plg susah!! just like Mr Imtiaz ckp, kalo bagi soalan ni ms exam, sume boleh fail sbb xtaw nk jwb camna.. hahah..

Jadi..itulah issue yg akan dikupas seba sedikit oleh 'penulis' pd kali ini.. kenapa masuk medical school. Jadi aku listkan antara sebab musabab pelajar apply nk blaja medic

1. Memang minat dari kecik2. Kecik2 dulu pon slalu main doktor2..
2. Result bagus. Xdpt dinafikan, bila dh dpt 10A ke, 11A ke, 12 A SPM, xpun 4 flat ms matrix, dh xnmpak benda lain selain medic, dental, farmasi, engineering. Xpon lawyer la. Tu je skop yg org nmpak kan..
3. Parents suruh. Spt yg Prof Har ckp, mcm dh jadi kempen '1 Keluarga 1 Doktor'. Beria sgt ibubapa ni nk suh anak jd dokter. Tgk anak pandai sket, mulalah mind set tu.
4. Work-guaranteed. Ye, lpas grad sure2 dpt keje..
5. Duit. Sape yg masuk medical school sbb nk buat duit mmg sah2 dh tersalah bidang! UNLESS, pegi private, mmg pakcik kayo la wei... (tp..blaja pn guna duit kerajaan, ape salahnya balas budi dgn berbakti kpd masyarakat, dgn cara bekerja dgn kerajaan..)
6. Sbb nak tolong orang. Adeh, mulianya hati dia ni.. brape percent dr students ni mmg berniat mcm ni??
7. Mendpt inspirasi dari kejadian yg menimpa diri/ org2 sekeliling. Cth: pernah eksiden, nenek sakit kronik, mimpi jd doktor etc etc..
8. Dan ape2 lagilah.. huhu..

How about me?
How about me?
How about me?

hehe, "cik Hidayah, ambo wartawe dari National Geographic Klate, blh royak dok bakpo gak demo nk ngaji jadi dokketor nih??
CIK Hidayah:
adeii.. ambo jawab kuk bahaso kolupo lah. takut ore baco x pehe plok nati key..
hukhuk.. camane ye nk jwb dgn jujur ni?? erm.. sejak kecil lg, Umi dh chup utk ak jd doktor. Sejak skolah rendah toww.. lgpon kan masa zaman kanak2, bila tnya cita2 kan, jwpn standard adelah doktor, engineer, polis, lawyer... tu lah kan jwpn femes. kan kalo ckp nk jd driver lory kang kene gelak plak! hisshh.. Pastu bile masuk sekendary skul, result mcm agak bagus. Jadi adelah jgk rase nk jadi dokter. Tapi bile naik F4, kene blaja biology, ak dh mule berubah hati. Aku weak gilerrrrrr kot bio.. ms F4 xpenah dpt A pon???? ms F5 tu adelah jgk tp borderline je.. minat lebih kpd Kimia. yeah, I love chemistry so so muchhh..ms F5 asek dpt A1 je kimia, mcm mane ni?? (ini adelah 1 keberlagakan, haha).. fizik??? sory, masuk bakul sampah jelah! (markah fizik plg 'menawan': 45/100, masa F4)..hakhak
Alhamdulillah, result SPM sgt baik, jadi Pn Napisah dah xnampak mende lain selain medic. Aku jg begitu. Jadi aku telah mengisi borang MARA utk medic overseas. Namun xde rezeki & mintak pasum pon xdpt, aku tercampak ke kmk changlun. Sukanya duk Changlun, bandar maju! heheh.. OKla duk sane.. study2 jgk. aim masa tu, nk stadi nk dpt result baik spy nnt isi UPU xdelah tercampak. Aim jgk nk amek medic sbb nnt lpas grad konfem2 dpt keje..

Alhamdulillah jg, result matrik mcm OK, apply jela medic. Xtaw nk mintak U ape.. ikut2 org je.. org pilih UKM, pilih jela. Kan masa isi UPU tu boleh isi 8 choises. Mula2 isi medic smpai 5th choice. Pastu kan die boleh edit smpai 3x.. Last sblm hanta, ak just isi medic satu je, iaitu 1st choice kt UKM. kedua pilih farmasi, then dental dan ape2 lg la yg mengarut. HAHA.. Dgn harapan x dapat la kan medic tu. Pn Napisah sgt marah pd masa itu. HAHA.. Ms tu mcm mls gakla nk medic sbb minat lebih ke arah chemistry. Poyo!!

Namun, semuanya telah tertulis..... Keputusan berpihak kpd Pn Napisah.. huhhu....
dan tersadailah aku di sini.....

itu jelah citenye.. hikhik..
okeii..da mls nk taip dah..
sekian
tata~~




Tuesday, September 21, 2010

:: Merungkai kenangan lalu ::

1.03am
22/09/2010

Assalamualaikum..

Malam ni mendapat idea utk menaip di sini, stlah di trigger oleh salah seorg uncle ku yg manja digelar Ayah Chik. Alkaha Romli. Coretan Ayah Chik berkenaan arwah Romli Ismali benar2 menyentuh hati kami2 di bawah Haji Romli Legacy. Rindu tiba2 dtg membuak2. Lama tidak ke kubur arwah. Sekali shj pergi melawat, selepas pertama kali ke sana ketika tanah masih merah, ketika nisan belum dipacak. Sungguh, pemergiannya seorang datuk yg tiada galang gantinya. Arwah Hj Romli, yg aku panggil Tok, mmg mesra sgt ngn cucu2 dia. Teringat plak dulu aku suka main kepala tok lepas dia cukur rambut. Ataupun ketika rambut baru mula nk tumbuh, masa sdg tajam2 tu. Suka sangat. Sounds kurang ajar krn main kpl org tua, tp Tok x pernah marah. Lpas main kpala dia mesti geletek punya smpai xleh nafas! huhu.

Masa darjah 1, aku, abg n kakak balik menetap di Klantan. Parents dan 2 lg adik stay di KL. Darjah 1, jauh dgn parents. Memulakan darjah 1 di kampung. Sekolah x jauh sgt dgn rumah Tok, jln kaki je. Tp pagi2 mesti nk suruh Tok hantar. Lpas dia balik masjid, subuh, g hantar kuih ke kedai2 (dulu nenek rajin buat kuih, letak di kedai2 kopi, sekitar tahun 90an), then lpas tu baru hantar aku ke sekolah. Naik motor. Balik sekolah, tgklah, kalo Tok ade kt gate, naiklah motor. Kalo xde, balik jalan kaki. huhu.. Ade 1 pg tu, riang sgt bwk bekal. Beg dlm raga motor. Smpai skolah, rilek je jln dgn bekal, beg x ambik. huhu. Tok pun hon ngn motor smbil pggil aku. Aku tersengih2 g ambik motor ngn Tok. huhu.

Lagi yg aku ingat, masa duk dgn Tok, aku pernah mengamuk. Nak gaduh je dgn kakak aku, kazen aku. Tok tegur, aku buat x tahu. Bile dh teruk sgt smpai nangis, Tok angkat aku g bilek air, ambik air kolah jirus aku! Tok ckp, "bdk ni panas ni".. lpas tu ak dh x ngamok dah..

Bila dh darjah 2, family sume balik Klantan, aku dah x duk dgn Tok. Tuka skolah. Duk ngn family. Tp slalu jgk balik sana. Selalu. Yg bestnye, stiap kali g sane, mesti dpt duit. Tok/ nenek mesti bagi. Xkisahlah brape pun. Yg penting, bagi..( haha, terok!)

Bila dh semakin besar, dh masuk skolah asrama, jarang lg ke sana. Kalo ada event baru pergi. Hari raya. cuti sekolah. Kdg2, aku pergi sendiri, naik bas dari Kota Bharu. Turun di Paloh. Disebabkan Kg Bukit Panau tiada bas access, kna la turun kt Paloh, a few kms away. Dah smpai kt Paloh, telefon la Tok. Tok pn g ambik ngn motor itu. Nak balik pn mcm tu. Tok hantar ke Paloh. Tunggu smpai aku naik bas, baru Tok balik.

Aku ingat aku cucu yg baik. Aku ingat akulah kebanggaan. Hakikatnya, akulah cucu yg teruk!!! Sehari sblm pemergiannya, Cik Jea, anak arwah ke 3, yg tinggal bersama2 dgn arwah sejak kecil, telefon aku. Katanya, Tok masuk wad. Kt Hospital Tanah Merah. Tok mmg ada DM, hypertension, ?dyslipidemia. Hari tu hari Ahad, 19 Ogos 2007. Masa tu aku ade kt Kubang Kerian. Cuti midsem, sblm masuk modul Respiratory. Esoknya start kelas. Tiket dh beli, nk pergi mlm 19hb tu. Disebabkan xde org nk hantar, aku x pergi mlawat di hospital. Umi ada hal masa tu. Nk pergi dgn bas pon x smpat, sbb akn balik KL mlm tu. Bnyk sgt alasan. Jadi, xpergi lah melawat Tok. Tok ada a few ward admissions, tp ak xpernah pegi melawat. (T_T) Kata syg, tp x tunjuk pn sayang tu.......

Jadi, 19 hb tu, aku naiklah bas tanpa sebarang perasaan. Smpai KL paginya, terus ke kolej. Ketika sdg solat Subuh, telefon berbunyi x henti2. Aku dh x sedap hati. Mula meneka yg tidak elok. Usai solat, Kakakku telefon, menyampaikan khabar sedih itu. Xtertahan2 terus laju air mata. Perasaan bercampur baur. Sedih, menyesal. Aku ade peluang utk jumpe utk kali terkahir, tp aku x hargai. Hmm.. Ape lg, terus telefon Abah yg masa tu duk kt Setapak. Abah dh kna asthmatic attack. Dh xleh wat ape, nk drive ambik aku pn x boleh. Ak call Sumae, dia suh g rumah abah. Jumpe kt sana. Di dlm kegelapan pg, aku pergi tahan teksi utk ke Setapak. Sampai di rumah abah, dia mmg sdg asthma. Aku hanya membisu, tiada mood utk berkata2. Mata terasa berat menahan air. Air yg x dibenarkan utk keluar. Then Sumae dtg jemput kami, terus balik ke Klantan. Dlm kereta, smua org senyap! Tiada sepatah pn perkataan keluar. Semua melayan perasaan. Baik Sumae, Cik Su, Abah, Cik Ana,mahupun aku, tiada yg berkata2. Sumae plak, drive x kurang 120km/H. Nk kejar masa Dikhabarkan, arwah nk simpan lpas Zuhur.....

Sesampainya di Kg, semua org pn xtahan dh. Turun je kereta, Sumae terus meraung, memeluk seorg abgnya. Tanpa suara, air mata aku ni deras mengalir. Terdengar suara nenek memanggil aku. Nmpak je nenek, terus aku peluk dia. Menangis2 x berhenti2. Pastu ambik wudhu', menuju ke arah arwah di sebalik langsir. Tersangat berdebar. Sebaik langsir diselak, sekali lg airmata ni laju mengalir. Tersedu2. Melihat satu jasad yg telah terbujur kaku. Aku x tahu berapa kali aku ulang bacaan Yasin tu. Yg aku tahu, ak menangis x henti2.

Smpailah saat terakhir utk arwah berada di atas muka bumi ni, ahli keluarga di beri penghormatan utk menciumnya. Mula2 aku excited. Sbb xpernah buat. Bila sampai turn aku, seram sejuk! Aku cium dahinya, terasa sejuk di situ. Tok kelihatan tenang, nmpak spt sdg tidur...... Kemudian jenazah dibawa ke masjid utk disembahyangkan dah seterusnya ke tanah perkuburan Islam. Aku x ikut serta. Aku cuma ke pusaranya pd esok paginya......

Lama x jumpa Tok sblm pemergiannya tu. Dah lama. Aku x pasti kalau aku ade benda yg 'bersangkut' dgn Tok. Tp setahu aku, xde plak Tok nk marah ke ape.. Kalau ada pun,mungkin berkecil hati sbb lama tidak pulang menjenguknya...Atau, mungkin berkecil hati aku x melawat di saat2 akhirnya?? (T_T)

Hmm..setiap yang hidup pasti akan menghadapi maut. Itu lumrah hidup manusia. Itulah sifat kejadian manusia, itulah janji Allah. Tiada yg kekal abadi selainNya. Terputuslah hubungan anak Adam dgn dunia, kecuali 3 perkara: doa anak yg soleh, amal jariah dan ilmu yg bermanfaat.

Semoga kita akan terus hidup di bawah lembayung rahmatnya. Semoga arwah aman di sana. Semoga kita semua dipertemukan di syurga yg didamba.
AL-FATIHAH.

p/s: tarikh 20 Ogos 2007. pemergian yg tiada galang ganti.

Sunday, September 19, 2010

:: Surgery ::

Assalamualaikum..
Esok, 20 September 2010, aku akn masuk posting baru, iaitu Surgery, under XX team. Eventhough i dont really like the team but what can I do.. xkan nk buat rayuan nk tukar team. huhu..
So, i'll be posted in PPUKM from 20/9-15/10, then continue at Hospital Teluk Intan from 18/10-5/11....
So for the first week, it will be excitingly full with lectures, seminars. oyeaahh..then the ward works will be started on the 2nd week..

Jadi, sepertimana setiap kali masuk posting baru, aku berharap dpt mengembalikan semangat yg telah hilang.. ye, kna ade semangat baru leh belajar. kna ada minat. aaaaaaaa. susahnya bila minat xde. hukhuk. ni summary utk harapan posting baru.
1. Nak stadi tiap2 hari
2. Kurangkan internet
3. Kurangkan membuta
4. Istiqamah dlm belajar
5. Solat hajat setiap hari
6. Lagi rajin ketika berada di wad, bukan sekadar 'ward round'
7. Jage duit ye.. ( sbb JPA akn masuk ms posting ni..yeaahaaaa)
8. Jadi anak yg baik

Sedarlah Hidayah, ape mu dh buat pd 2 posting lpas??? (the truely heavenly honeymoon family medicine n internal medicine).. Ortho bila nk baca? psikiatri bila nk revise?? ENT? ophtal.. aneast.. dan lain2 lg... mls utk dikenang, nnt lg mls nk blaja. hehe

Sekian.

Saturday, September 18, 2010

:: Ade 2 cerita yg x berkaitan ::

http://www.cute-smiley.com
Ahad
12.30am
..rainy night..
pd mlm yg dingin ini, izinkan ak bercerita ttg 2 perkara

1) Hari raye x habes lg wooooo

Assalamualaikum..di hari raye ke 9 ni, kami pelajar perubatan tahun 5 UKM telah mengadakan satu konvoi hari raya. Beberapa belas kereta tlh menyertainya. ye, mmg ramai. Ramai! lg ramai dr tahun lpas. Rumah yg dikunjungi adelah:
a. Fadhli
- rendang ayam mak ko mmg terbaik. ikutkan hati nk mintak tapau. nasek baik aku maseh mempunyai sifat malu.huhu
b. Dekan, Prof Lokman
- Soto ayam tu sedap, begedil mmg terbaik.. mee kari xtahu sbb xrase. kambing golek pon xsempat rase..uuu kempunan...(air merah tu maniss. huhu)
c. Prof Wan Zhurinah
- maaf ye prof, xdpt menghadirkan diri ats sbb tertentu..
d. Auji
- siriyes aku pening ngn jln rumah ko. apepon, view dari rmh ko mmg terbaik. best ade Lookout Point sendiri..aku mmg teringin nk ade rmh ats bukit...

Ak tidak ke rumah Prof Wan krn ade sedikit mslah teknikal. hehe. Kami semua bertemu semula di rumah Auji.
Selepas ke rumah Auji, kami satu kereta sahaja ke rumah abg Sarah. Ye, mmg terbaik krn setelah memakan nasi tomato di rumah Auji, kami membaham bihun goreng n ayam KFC di rumah abg Sarah yg bernama Faizal & isteri beliau K.Nas. hehe. Dengan abdomen yg distended, kami pulang ke pangkuan KTDI....
http://www.cute-smiley.com

selesai cerita pertama. skrg nk ckp psl cerita ke 2 plak.

2. Hati seorang ibu

Tadi, ketika berjalan2 di internet, blog ke blog, terbaca 1 blog kepunyaan seorg ibu. Antr kandungannya, bliau menyatakan kesayuannya krn anak2 semakin berkurangan di rumah. Jika dahulu, meriahnya berbuka bersama suami dan 7 anak, namun skrg hanya tinggal 2 org anak sbg penyeri. Sungguh terasa perubahan itu. Semakin tahun, semakin berkurang anggota keluarga. Yelah, anak2 berkahwin, smbung belajar etc etc.. realitinya, itulah hakikatnya menjadi seorg ibu.. seorg demi seorg anak meninggalkan rumah utk membina kehidupan msg2...

Aku tersentuh membacanya. Airmata pn kluar x terbendung. Sbb itu jg berlaku di rumah aku. Setip tahun semakin berkurang. Aku sememangnya duk asrama sejak Form 1..sampai form 5.. then masuk matrik, smbg pula di UKM, masuk pula fakulti kedekut cuti. mmg limited masa di rumah. Kalau dulu, ada jgk Saki, Mimi, Azim n Bobo kt rumah.. but now.. Saki ad kt S.Alam, Mimi kt Dungun.. Awal tahun ni plak Azim masuk skolah asrama. So tinggal UMI ngn BOBO je kt rumah. Sian mereka. Sian Umi sunyi. Sian Bo sunyi. Bo slalu telefon, nangis2. Mungkin dia rindukan smua org. Umi n Bo, i miss u olls damn much....!!!

Mesti Umi akan merasa sunyi teramat slpas raya ni. Yelah, dlm ms 2 mggu ni, anak2 penuh rumah. Semua balik raya. Ngan cucu2 lagi. Nak2 plak adik beradik aku ni mmg jenisnya mcm umi, mulut xreti duk diam! smua nk bercakap, rumah mmg bising! haha.. Jadi, lpas raya, akulah org first balik KL.. tadi, Ej, Mimi n Saki bertolak ke tempat masing2. Esok dh start skolah, semestinya Azim sudah berada di hostel. Mlm ni plak, Along n husband, Abemi ngn Adam n ammar btolak ke KL.. flight dorang ke Kuching kul 7 esok.. Tinggallah Umi n Bo kt rumah je.. Bayangkan tinggal berdua. Kalau aku, mmg x la.. takut! Umi pernah nk kena samun dpan rumah. Umi pernah nmpak org mengintip rumah..So imagine jelah betapa kentalnya umi duk dgn Bo.. Hanya mampu bertawakkal kpd Allah...
hmm..lg 1, naseb baik umi dh pencen, so pagi2 xdelah berkejar sgt nk hantar Bo g skul. Bibik mmg di cari. Bibik dah bersilih ganti. Xtahu mana silapnya, sume xlekat. Habis duit je bayar ejen bodoh!!

Jadi... aku xpayahla nk berangan nak g keje Sabah ke Sawak ke.. HKL idaman ke.. xpayahla.. Nak x nak aku kna balik KB.. keje kt KB.. teman Umi n Bo.. bukan x teringin nk keje kt luar. bukan nk sgt duk klantan yg bosan tu, tapi bila memikrkan hal ni, aku kna mengalah... biarlah org ckp keje East Msia dpt lg bnyk experience ke ape, lantaklah. Lg pun ak xdela tinggi sgt cita2 smpai nk ambik subsubsubspecialty. Keje Klinik Kesihatan pn OK, keje office hour. Ade lebih masa ngn family. Tp bila aku ckp kt kwn2 ttg ni, ade yg ckp 'xmaju', 'x bercita2 tinggi', 'closed-mided' dan ape2 lagilah. Aiseh, nk buat camane, minat manusia berbeda, kalau u olls sume jd prof ke ape, I dont mind, just go ahead. Xperlu nk ikut org. As long as keluarga aku bahagia, sudah. Ni pun, kalo ikutkan hati, lpas dpt degree ak nk jadi je suri rumah sepenuh masa. HAHA.. (tp ni mmg melampau la kan...)..Aku x fully interested in this field. Blaja pn kurang. Dlm ms 1 mggu, brp hari je blajar. Siriyes makin lama makin x minat!!!! (ni dh masuk topic konflik dlm diri ni! huhu, ok, full stop!)

Ok lah, stakat tu jelah utk kali ni.. Lain kali bila ada masa yg sesuai, ak nk buat entry pasal my beloved UMI yg mmg terbaik, Puan Napisah. Aku yakin susah nk cari org yg bersemangat kental mcm umi aku ni. Ya, sgt pasti!

Sekian.

Friday, September 17, 2010

:: sleep ::


Assalamualaikum..
2.01 am
18th September 2010..

Hmm.. sejak 2,3 mggu ni.. mata susah nk lelap kalo x sampai pukul 2 pg.. 3 pg.. xsuka la mcm ni.. sy suka diri sy yg tido awal kalo xde ape nk buat..(kalo ade keje nk buat tu xpelah kan tido lmbt pn..)... mlm td pn x cukup tido.. ekceli mlm td oncall, balik dlm kul 11pm lebih, balik2 terus ngadap FB sbb ade gosip panas nk kna letupkan. hehe. ia adelah berkenaan dgn Si Dingin. hehe. duk mengarut kt FB smpai kul 1pg kot.. smbil2 tu buat case write up (lembab gile buat, huhu).. lpas mengarut tu, smbg wat case report tu lg.. buat slow2 je.. nak xnak je hanta hari ni.. ekceli hanta hari Isnin pn xpe sbb Prof masuk keje hari Isnin ni.. tp aku rase siapkan jelah. lgpon sikit je lg. smbil2 tu tgk2 gmba kt FB.. then chatting2.. smpaila pukul 5 pg.. nk tido la ni.. susahnya nk lelap.. lambatnya nk masuk REM.. at last tetido jgk then tersedar kul 7 am, bgn solat.. pastu nk smbung tido..punyelah susah.. smpai berpeluh2 aku! at last, mengalah! bangun iron baju tuk kluar. hmmm.. x rase nantok pon.. Pastu plak g kuar ngn Ain Jasmi n Akma.. g tgk citer PIRANHA (teruk gile aku jerit, nk nanes tgk.. ganas laa ikan kanibal tu).. pastu g Sogo, sampai2 je terpandang sandal merah ni, terus berkenan n terus beli.
kan aku dh cakap, cantik kan.. hehe..

then jalan2 area Jln TAR, ingt nk cari selendang tp sbb lapar jd tade mood. Balik ke Sogo, makan Nando's. Pastu balik. ms nk balik tu, naik eskelete. Tetibe ak nk jatuh, mcm pening sket sbb xckp tido kan.. kt bilik, aku tido kul dkat pukul 6 bgn kul 7.. tp malam ni xngantok plak dah.. pttnye aku qada' tido la kan.. hmm..

eh pnjg nye.. padahal nk cite psl tido je.. adoyaii ngok ngek btol la.. ssh jd org suka membebel ni... huhu..
Ok lah, aku nk try tido la plak.. sblm kul 3 ak kna lelap..!!!
sekian.

Wednesday, September 15, 2010

:: Rosak & kecewa ::

15 September 2010
jam 10.35mlm
(ekceli ngah buat cwu tp bosan la plak,huhu)

Assalamualaikum..
kali ini saya akan menerangkan ttg baju raya saya yang dikatakan rosak itu.
gambar di bawah menunjukkan baju kurung moden kaler merah, dibuat khas utk dipakai pada Raya ke 1.



mari saya ceritakan serba sedikit ttg baju tersebut. Baju tersebut dibeli di Gulati's silk house, Jalan TAR, atas perkenan Puan Napisah. Harga kain tersebut adelah rm200 tidak termasuk lining. (saya tgk harganya di Jakel Masjid India, rm70 semeter..ko kalo 4m, kira la sndiri!!) Tuan2 & puan2 jgn pula berkata sy berlagak & menunjuk2 harga kain tersebut. Saya ceritakan di sini utk memudahkan penerangan knp saya sgt kecewa dgn kerosakan baju tersebut. huhu. Saya tidak tahu ia kain jenis ape krn saya naif ttg fesyen.huhu. corak bunga2 itu adelah sulam sepenuhnya. Disebabkan the nature of the kain yg jarang, ia memerlukan kain lining. Kain lining dibeli berasingan, jg oleh Puan Napisah, jenisnya kain bawal. Saya tidak pula tau bawal gred berapa. Oleh kerana ini adelah kain berlining, dijahit pula utk menjadi baju kurung moden, upah menjahit adelah 2 x ganda. Atau lebih, sy pn xpasti krn bkn sy yg membayar upahnya. Jadi jumlah keseluruhan baju tersebut adelah rm300++. Terima kasih Paun Napisah krn berhbis utk saya. huhu.
http://www.cute-smiley.com

Nak dijadikan cerita, oleh kerana baju ini telah dibawa ke merata tempat, dan telah dicuba oleh org lain, saya mahu membasuhnya. Ini sudah menjadi rutin saya utk membasuh setiap baju baru sblm dipakai. Sehari sblm raya, saya dgn konfidennye telah merendam bbrp minit baju tersebut dgn air sabun, membilasnya, memerahnya dan menjemurnya di bawah matahari yg terik (dlm keadaan terbalik) utk memastikan ia cepat kering. Nasib baik sy tidak spin dgn washing machine. Tiba2 Umi menjerit sbb tgk baju saya di jemuran. Saya wonder why. Umi ckp tu kain dry cleaning, mane blh kna air! kain jenis tu, kalo spray ms iron pn boleh pudar. Saya berlari mendapatkan baju tersebut, namun nasi sudah menjadi bubur, pasir sudah menjadi ketulan jongkong, baju tersebut telah pudar warnanya. Selain itu, sulam2nya telah berbulu2..Uuuwaaaaaa...
http://www.cute-smiley.com

Saya menjadi tiada mood utk beraya lg. Umi jg kesal melihat baju tersebut. Saya sbg tuannya apatah lagi. Umi ckp, baju tu bagilah kt sape2 yg nak. Kalo aku nk sgt baju tu, beli lain, buat lain sbb Umi mmg sgt kesal n kecewa..

Jadi pd hari raya pertama, saya memakai baju itu dgn perasaan yg sgt kecewa. Saya terpaksa memakai juga baju yg pudar itu kerana family saye memilih tema merah..huuuuu.. Selepas itu saya hanya menggantungkannya di bilik. Seboleh2nya sy xmahu pakai lg. Tp pd hari openhouse rmh saya, saya terpaksa memakainya seketika ketika berjumpe dgn tetamu kehormat itu.huhhu... Sekejap je sy pakai, then sy terus tuka ke kurung yg lain.hukhuk.. selain kecewa dgn warnanya yg pudar, sy jg sedih krn terkenangkan harganya. Pasti Umi sgt upset. Umi maafkan anakmu ini kerana cuai........

huhu..sekian kisah sedih berkenaan baju raya saya. Saya harap ia x kan berlaku lg di masa hadapan.
sekian.
http://www.cute-smiley.com

p/s: handbag n kasut raya tidak dibeli. Guna shj yg sudah ada. Cuba utk membeli tp tiada yg berkenan..........

Tuesday, September 14, 2010

:: Raya update 3 ::

7.00ptg
14/09/2010
Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke 5 umat Islam meraikan Syawal yang mmg dinanti. Sekejap je kan, hari tu baru je start puasa. Hari tu baru berpuasa di Teluk Intan. Hari tu baru g bazar Tasik Permaisuri.. Hari tu baru g Wakaf Che Yeh.. Hari tu poket tebal lagi.. hehe.. brape bnyk hari tu daa.. yelah, sedar atau tidak, the TIME KEEPS ON MOVING kan.. makin lama makin laju.. So sesiapa yg tidak menghargai masa mmg tergolong dlm golongan mereka yg rugi.... (erk, rase terpukul dgn ayat sendiri..huhu)

Berbalik kpd kisah raya keluarga JUTA, Alhamdulillah raya tahun ni ttp meriah. Meriah walaupun baju raya mereka siap last minute..meriah walaupun duit raya x sakan hahah.. bercakap psl duit raya, frankly speaking aku segan nk ambil kalo org hulur duit raya. Sbb ak rase ak dh besar, dh x patot dapat dah, hehe.. tp nk ckp jgk, ak dpt rm150 cash dari seorg bussinessman ni.. oyeahh..yg ni mmg xsegan lgsg nk ambik haha.. mmg gila la kan, bg 150 sorang utk adik bradik aku ni..($_$) hahaha...Along aku plak bg rm50 sorang.. hehe.. yg lain2 tu, xyah la sebut sbb xsehangat juara n naib juara ni.. (jahat btol ak ni) hehe

~Raya pertama~

Kami sembahyang raya kt masjid di sebelah rumah iaitu Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian. Usai solat raye, lepak2 kt rumah. dh ade tetamu dtg. tetamu tetap. tetamu pertama setiap tahun haha.. menu pagi raya kami adelah lontong and nasi himpit n sate. Untuk pengetahuan smua, puan Napisah sgt hebat dlm arena lontong2 ni.. mmg xjemu makan.. hehe..Seperti yg aku duk bebel2 sblm ni, baju raye ak kan x fit elok so aku suruh Umi jahit sket dari dalam biar nmpak elok sket bila aku pakai. Xla menggeleber sgt. Yelah, tu ukuran Sakinah kot, dulu blhlah ukur same saiz tp sbb skrg ni ak makin kurus so xlehla nk wat camtu lg. Pastu duk siap2 la, mekap2 nk g beraya. Bila sume dh siap, umi plak xjumpe tudung dia. hehe.. sume org cari tudung tu tp xjumpe2 jgk. At last umi pasrah je, pakai je mana2 tudung yg sesuai.Sedih aku, sbb kalo Umi pakai tudung yg mmg match ngn baju tu, mmg akan bertambah cantik. Then, seperti biasa, upacara bersalam-salaman dan bermaafan. Dan seperti biasa jgk, Intan Shazz adelah makhluk pertama yg akan menangis haha.. tiba turn aku, aku mintak maaf la jgk, dan mintak halal semua termasuk kereta MyVi tu haha.. Umi ckp xleh, nnt MyVi tu bayar sendiri plak.. hahaha.. Lpas solat Jumaat, kami g braye ke Kedai Menanti n then ke Tasek Pauh n then ke Bukit Abal. Inilah destinasi WAJIB PERGI setiap tahun pun. :) balik rumah mlm tu mmg penat giler ah. Sempat je online tp just update FB, malas nk menaip blog yayang ni.. hehe..

~Raya ke 2~

Bangun lambat. Pukul 9 br nk celik mata. Bgn2 terus kemas rumah, kot2 ade org datang hehe.. Then iron baju siap2, manelah tau jap lg nk g beraye ke haa..ingat nk g Bukit Panau, tp ntah knape xjadi plak.. Kluar ngn Umi beli barang utk Openhouse raya ke 4..pastu ak duk rumah je. kontek kwn2 suh dtg beraya. Aku pn rase mcm nk g beraya ke rumah Erijoy, katenye buat open house raya ke 2 tu.. smbil2 tu kontekla kwn2 di pasir Mas, yelah kalo alang2 ke rumah erijoy di Tendong tu, boleh gak g rmh bdk2 ni. Kontek Ely, katenye sdg beraya di Kbg Kerian. Ak ajak la dia dtg rumah. So stelah 5 thn berkawan, first time Ely dtg rumah haha.. time kasih Ely n family.. PAstu ak pn dh mls nk kuar beraya.hangat2 tahi ayam betol haha.. tggu jelah Fad n Sarah yg katenye nk dtg.. smbil2 tu, kuar dgn Sakinah g cari kedai basuh kete.. yelah, kesian Oranje, sgt kotor bermandi hujan huhu.. tapi malangnye xde kedai bukak. So pegilah singgah Mydin. Ekceli nk cari selendang sbb kdai2 lain xbukak lg..tapi sume selendang kt situ hodoh2.huhu......balik jelah....balik2 xde org kt rumah! chett! mereka smua keluar beraya ntah ke mana2.. hmm.. tidak lama kemudian, Fad n Sarah pn sampai.yeayy.. hehe..selamat dtg ke rumah keluarga Juta. hehe. Fad pernah dtg rmh aku, tp Sarah 1st time. tenkiu sbb dtg hehe.. Masa hantar diorg kt kereta, sahabat baik si Amer n Hasif pn tiba. diorg bwk kwn sorg lg name apentah aku lupa.kwn mereka di Maahad dulu. dua org ni adelah TETAMU WAJIB dtg pada ptg raya ke 2.. haha.. tiap2 tahun pn timing mcm tu jgk..haha.. btw, time kasih sbb dtg ye..( sambil berjanji nak pegi openhouse mereka pada Raya ke 3, huhu)

~Raya ke 3~

Adelah hari yg mmg ditunggu2. Sbb nk g konvoi ngn bdk skolah NAIM dulu yeayy.. setelah bertahun2, ni lah 1st time aku join konvoi raya ni.. slalu raya ms study week mmg hampeh sgt la kan.. nk beraya pn kna beringat..rumah aku adelah destinasi ke 2. Penuh rumah dgn berbelas yg dtg, hehe.. tenkiu ea sudi dtg ke teratak hamba..then berkonvoi pegi ke rumah Ain Roslan, Mc Yaa, Mirah Tarmizi n last but not least rumah K.Anem,hehe.. terer k.anem masak sedap2. pastu siap bg duit raya lagi haha...tenkiu ea sume2.. balik rumah dh malam. terpaksa meminta maaf ngn Encik Hasif n Amer sbb xdpt ke rumah diorg. AAAAA..kna marah ngn diorg sbb janji, tp xpegi.. adeh, sori sgt2 weyyy... aku mmg nk pegi tp siriyesly mmg xsempat. Xkan aku nk g malam kot...huhu.. kalo korg bace mende ni, aku mitok maah bnyk2 sbb xdan gi...... huuuu...

~Raya ke 4~

Sepatutnya dh habes cuti. Tapi extend skit lg. hehe. Juga hari yg ditunggu.. OPEH HOUSE oleh keluarga Juta! hehe.. bangun pagi2 tolong umi masak.. dalam pukul 10 pagi, ak kluar jap ngn Adam, g umah Amer sbb nk ganti yg xpegi smalam. hehe. lgpun xpnah g umah dye, so time ni jelah. cantik rumah dye.. sempat jgk jumpe parents dia. Yg klakarnye, boleh pulak Adam berak kt sana! ahahaha... mujur pakai pampers.. jadinyo kijoan plak aku duk basuh berak budak kt rmh ore hahahahaha.. hajatnye nk g jgk rumah hasif sbb dkat2 tu jah, tp sbb dia dah balik KL, so xjd la. Sorylah sih, nati rayo haji ak g umah mu deh.huhu.(msti mu marah oyak aku kecek sajo.huhu)... pastu balik rumah tolong2 umi wat persediaan terakhir. Jemput tetamu dtg lpas Zuhur. Ade seorg tetamu istimewa. Umi suruh aku bersiap awal2 sbb ak kna jumpe dia. Bila dia dtg baru ak bersiap.huhu. ak xpasti die ni berpangkat Datuk ke x.x tanya plak umi.. tp katenye nnt keje aku kna lapor diri kat dia. Mungkin org besar dlm Pengajian Tinggi, tp xsure nama jawatan sebenar beliau. Orgnya masih kacak walaupun usia nmpak mencecah 60an.. Penuh sopan aku bersembang dgn beliau. hehe. ye aku kna selalu bersopan. Behave Hidayah, behave!!! hehe.. lain2 tu, ramai gile org dtg! tp xde yg gile la hehe.. saing2 umi ramai geng Milysa. Saing2 adik bradik aku ramai jgk. tp saing aku 2 org mari iaitu Faran n Iwani. hehe. xpe, depa dh dtg ramai2 kan raye ke 3 tu, so aku x expect tuk diorg dtg lagi. hehe. Pastu ak terpaksa meninggalkan majlis sbb nk g rumah Dayana ngn 2 org tu. Dan skali lg, Adam nk ikot. Bawak jela. Kalo x bwk nnt dia ngamok, susah plak org kt rumah. huhu. lame gak duk umah Dayana. banyak mende nk sembang. Lame gile kot x jumpe, pasni xtaw bile plak nk jumpe hmmmm... kul 7 br aku smpai rumah.. ( aaaaaaa.. xkemas brg lg nk balik KL)...penuh gile rmh ngn sedara mara. Ak main campak je brg2 ke dlm beg. Lantaklah ade mende tertinggal pon. huhu.. pukul 8 lebih ak dh kna berangkat. Sbb flight kul 9.50mlm so kna kuar awal la kan nnt xsempat check in rugi je tiket mahal.. Huhu.. (dukacitanya saya menyatakan tiket tersebut berharga rm367) huhu.. akan ku simpan tiket tersebut sbg kenangan sbb terlalu mahal, same mcm harga g Kuching doh2.. Umi maafkan anakmu ini kerana menyusahkanmu..huhu..naik Firefly, turun Subang. Then Abah g ambik n hantar aku ke kolej... kul 12 smpaila aku di kolej ini.....hmmmmmmmmmmmm.. terus homesick..

~Raya ke 5~

Meneruskan kehidupan biasa. Huh! malasla nk cerita buat ape kt ward. tp yg penting ade pegi library. Nak baca paper, ikut perkembangan kes bunuh 4 org tu & jgk psl pemasyhuran Al Sultan Kelantan yg baru ini.

Jadi, saya fikir setakat itu sahaja update berkenaan hari raya saya. Mungkin tidak sehangat, tidak semeriah anda semua tp itulah diri saya, keluarga saya. Saya bersyukur dikurniakan Allah keluarga yg bersatu dan sgt2 bersyukur dgn rezeki yg Allah berikan kpd Umi sempena raya ni. Semoga saya diizinkan Allah utk bertemu dgn Ramadhan yg berikutnya dan seterusnya meraikan hari kemenangan umat Islam ini.
Sekian.

Wednesday, September 8, 2010

:: Raya update 2 ::

9/9/2010
12.30am
Assalamualaikum..

Fuuhhh.. penatla hari ni.. penat kluar seyh.. tp puas hati sbb akhirnya berjaya pergi ke pasar MPKB, stelah bertahun2 x menjejakkan kaki ke sinun.. Tudung bawal kt situ mmg terbaik, xde tempat bleh lawan..(chewah, lebih2 plak)huhu..

ekceli, hajatnye nk update mende ni everyday smpai raye ni, tp smalam xsempat nk wat...sbb.. kluar la ape lg deiii... sjak kt umah ni, at the max boleh bgn kul 9.30pg.. dikejutkan oleh suara nyaring Puan Napisah.. haha..pastu terus siap, kluar la g mane2 bli ape yg patot.. (asek kluar je, rumah dh mcm kapal pecah) huhu..
Smalam, spt dijanjikan, si gelang itu smpai ke lengan tuannya.. skali lg, senyum sampai telinga
(^_____^)V
hehe.. smalam jugak, g berbuka puasa di rumah Puan Melah a.k.a Mok.. kami memasak dari rumah, bwk yg siap ke sana.. kan senang :) sbb kt rmh Mok tu, suasana memasak x begitu condusive.. balik rumah mlm tu terus bergegas ke masjid sbelah ni, syg kan terawih dh nk abes.. so mlm td imam menghabiskan 30 juzu' al-Quran.. Alhamdulillah.. seronoknya kalo jd imam muda tu.... seronok jgklah bg mereka yg xtinggal terawih, yg dpt mendengar imam mengalunkan 30 juzu' ayat2 suci tu..
then tgh malamnye, kluar g WCY wakaf che yeh ngn Intan Shazz, Saki, Mimi n Azim.. aku xde mende pon nk beli saje ikot dorg g membeli dan membelah, kut2 ade mende yg bekenan kan.. baju kurung kt situ x update la, corak same je ngn taun lpas. geram aku. tolongla update sket bab2 corak, kain terkini.. hmmm..penat jln, brenti makan jap pastu smbg jalan lg. balik dh lambat, tido pn kul 4.. xbgn sahur waaaaa.. umi ckp dia kejut aku tp ak cakap tanak bgn.. waaa.. tu bukan aku, tu hanyelah igauan,siyesly aku xsdar lgsg n ak nk sahur sbenarnya.. aaaa

Lpas bgn kul 9.30pg td rase mcm nk demam.. badan mcm panas sket, tekak rase sakit, kering. ikut hati nk je minum air.. (mcm budak2).. dhla ade ulcer dlm mulut ni. hish! (padan muka ak dh letak garam td haha)..tanak layan rase lemah tu, then dgn semangat, terus bersiap n pegi amik baju Intan Shazz yg dihantar tuk jahet manek.. cantik n kemas jahitan manik2 tu, upah 110Rm utk 2 psg baju if i not mistaken.. tp mmg meriah n berbaloila..
Then pegi tgk2 baju melayu budak, then ke pasar MPKB then ke KB mall. Apelah makcik jual tudung ni, org beli bnyk pn xleh kurang dh. tu pun lpas mintak2 kasi tolak rm2 je. adoii.. seb baik ak dh berkenan sgt so sapu jelaaaaa..
Smpai rmh pukul 6. Umi dh siap masak pun utk berbuka. yayyy!! hehe. ^^UMI MMG TERBAIKKK^^ umi masak awal2 sbb die nk g berbuka kt Renaissance hotel ade majlis apentah. Aku nk ikot, tp that's by invitation only. Thanx but no thanx huhu. Mlm plak ak n Mimi g kedai tukang jahit. Nk amik baju raye. Si Bobo n Adam nk ikut plak, silakan :) Unfortunately, baju Mimi n Saki xsiap2 lg.. adooillaa.. ini mmg menimbulkan kemarahan kerana kain2 utk baju tersebut telah dihantar sejak hujung bln 5. Aku plak geram. Nasib baik aku punye dh siap. Dah siap lame dah.. haha.. bju ak pn hanta ke tukang jahit same, tp umi bgtau si penjahit itu, baju tersebut nk cepat sbb ak nk pakai pd hari org dtg 'tengok' aku sblm bulan posa.. hahaha.. mmg patutla siap awal,,kehkehkeh.. Utk melepaskan rase frust, kami singgah di KFC utk berehat. hehe. bolehlah Bobo n Adam main gelongsor bbrp round. Adam plak asek nk didukung je. huhu. lenguh bahu eden.huhu

Dgn itu, dh rase mls plak nk menaip. Utk pengetahuan smua, di saat ini, yg tinggal di rumah hanyelah aku, Ammar n umi. Dua2 sudah tido. yg lain2 ade projek msg2.
1. Geng lelaki: Ej, Azim n Bobo n g main futsal.
2. Geng pompuan: Intan Shazz, Saki, n Mimi (Adam pn ikut same) pegi ke WCY utk melicinkan poket yg masih berbaki)---ak xlarat dah nk ikot depa..

huhu.. sekian..

p/s: raye taun ni lebih meriah kalau.......

Monday, September 6, 2010

:: Raya update 1 ::

Assalamualaikum..
Isnin 6th September 2010
10:49pm

Alhamdulillah, mlm td kul 12.45 tgh mlm slamat smpai di kediaman beta di Kubang Kerian. :)) 
Sesampainye, kecik ati tgk Oranje duk tgh ujan.. waaaaaa....uhuuuukk..
Journey smalam ok je, xjem lgsg.. konvoi 2 keta. Saki naik ngn Ej, ak plak naik ngn Along n d geng (naik Jazz baru tow, wiweeettt) hehe.. penat jgk yer ade 2 hero yg sdg membesar, Adam n Ammar.. Ammar baik je duk atas keta, dia ala2 malu sket.. tp Adam, xduk diam lgsg! penat gak melayan.. bila ak suh tido, boleh plak dia pejam mata jap, pastu gelak2.. haha.. adooii..
sblm bertolak :)

dah smpai pn tgh malam, penat gakla.. rehat2 smbil bukak FB.. untung ade wifi ni, xyah berebut broadband.. anytime leh online http://www.cute-smiley.com

Then hari ni, bangun pagi2 (kul 9.30am, huhu) utk ke kedai Wan Hussin Wan Omar! yay! akulah perempuan sejati.. hehe.. dulu aku xsuka lgsg brg kemas ni, tp bila semakin besar ni makin berminat plak.. hehe.. yeayy, gelang dh siap.. tetapi.. umi plak x withdraw dwet dulu..haha, so esok kna g lg tuk ambik barang..xsabar nak pakai :))
 tudung pink kt blakang tu adelah puan napisah, kusyuk benor ye..


Pilih, jgn xpilih (taste makcik2) 
Geram tgk gelang2 tebal ni.. waaa.. NAAAAKKKK

Sedey xjadi ambik lg.. (xpe2, esok k)


Odway balik, umi singgah Macazo.. Alhamdulillah rezeki raya tahun ni, dpt hadiah spesel.. tapi rahsia.. 


Kitorang tggu dlm kete je..


Then ingat nk singgah SSF bli pape yg patot tp Umi malas plak sbb nk g Tasek Pauh rumah Mok.. Mok yg bernama sebenar sbg Melah adelah ibu kpd Umi.. so nenek aku la.. hehe.. Mok smbg/renovate rumah, so kitorg kna g pantau progression rumah tersebut, dan juga g kemas rmh Mok sbb slame ni Mok duk sorang2 kt situ sbb syg nk tinggal rumah die..
Saya memandu Oranje, penumpang adelah BoBo n mimi
EJ membawa Mem besar a.k.a umi dan juga mad n Saki..
gmbar progression rumah Mok tidak pula di click! huhu


Balik rumah dh ptg.. semangat yg berkobar2 nk buat begedil utk bukak posa terpaksa dilupakan krn sgt letih utk ke supermarket bli brg2.. xpelah, InsyaAllah esok :)
Seb baik jgk xpegi sbb ptg tu orang2 Macazo dtg hantar barang..
weeeeeehttp://www.cute-smiley.com
http://www.cute-smiley.com


hehe.. sekian itu sahaja utk update pertama utk raya ni.. sounds like beraya sakan sbb shopping sakan, tp ntahlah.. ak pon harap dpt bergembira dgn jayanya..


Tp sblm tu, jgn dilupa, Ramadhan belum habis lg, so tunaikan dulu tanggungjawab yg dipikul tu
:)


sekian..


p/s: abah x balik raya tahun ni.....

Saturday, September 4, 2010

:: 26 ::

Assalamualaikum...

hmmm.. seluar itu saiz 26, tp kalo x pakai dgn belt alamatnya akan menggelongsor turun...
geramnye aku!! dulu aku pakai saiz 27 kut... grrr.. oh gluteal muscles, tolongla hypertrophy siket... stress la gini... aaaaaaaaaaaa
MySpace
xboley jd ni.. ok, lpas raya nnt aku berazam sungguh2 akan makan dgn banyak giler spy x underweight lg!!! gogogogo DaiA Juta!!!
MySpace

kali ni biar betul2.. habiskan multivit dari klinik tu, then sambung dgn yg lg power.

pasti boleh!! Kali ni kna lebih bersemangat dan bersungguh2!!
hoho

tp ade sorg senior aku dulu, ms anak dara kurus tahap kering mcm aku tp bila dah beranak sorang, BMI naik jd normal.. agak2 ak mcm tu jgk ke?? huhu... hakikatnya, lmbat lg kn ak nk kawen, dan seterusnya beranak, so....... kna usaha cara lainla nk gain weight!
Agogogo...

p/s: ekceli agak beruntung bakal suami aku sbb isteri dia ni x kan (mungkin) ada masalah obesity.. haha (konfiden sgt..)
hahaha
MySpace

Thursday, September 2, 2010

:: post-call ::

1.25pg, 3rd September 2010..

'post-call'.... adelah perkataan yg plg digemari oleh doktor2 seantero dunia. ia bermaksud, baru je abes on-call, n aku boleh balik tido lerr.. hehe.. yes2! mlm ni adelah mlm on-call plg best sejak posting Internal Medicine ni.. sbb mendapat layanan yg baik dr MO yg oncall jgk tu.. best2 MySpace heheh.. xmacam mggu lpas pnye oncall, asek kna marah je.. Ade je benda yg xkena. Buat itu salah, buat ini salah. Xbuat pape pn salah. Hish! dahla hari tu ade teaching, n ak kna attack bnyk gileee soalan dr prof, smpai ak sakit kpala! huhu. dah2, tanak ingat, mggu lpas xbest MySpace

Balik dr wad pukul 12.30am td. Masa balik, lalu kt A&E, ade students Surgery, katanya kna masuk OT the operation theatre. huhu. Mmg terbaiklah kan, masuk OT pagi2 buta ni. Kalo ak sah2 xlarat. Penat la masuk OT sbb kna berdiri lame2. dush.
Masa on-call review kt A&E ptg tadi, ade pergi kt seorg makcik ni. Dia dlm bilik Resus. Dh namenye dlm bilik resuscitation, mestila makcik ini kurang stabil. Ape yg ak dgr dr MO yg present case ni, this old Malay lady presented with shortness of breath n gasping for air. She was then turned unconscious. ECG was done and it was asystole! resuscitation done, im not sure how many cycles of CPR, atrophine and epinephrine given but during the Specialist review, she was unconscius, and the pulse rate was 48bpm, blood pressure 46/25mmHg!! bradycardic, hypotensive while on norepinephrine infusion. Dr Rozita said, it's better to stop the drugs because even the patient survives, she will ended up with HIE (hypoxic ischemic encephalopathy). So, theres no point to prolong her life as it will increase her suffering, increase her burden. Then i donno wat happen after that but when i come again to A&E, she wasnt there and the bed was replaced by another makcik. May be she was already passed away, or may be she was sent to ICU, i dont know. [tetibe ak teringat quote Dr R from CCU, HKL; we try to save patient, as much as we can. but if patient still unrespond to treatment given then let the NATURE to take it course..dont prolong the suffer]

Hari ni jgk, dlm pukul 3 ptg, ada 1 kematian di wad. Septicemia. (septicemia secondary to ???). I dont know about this patient because he was admitted last night, unconscious. Masa ngah teaching ngn Prof Roslan, tetibe tgk keranda masuk. Dah agak dah, mesti pakcik ni. Dan, sebetulnya dia. Al-Fatihah.

Kedua2 kejadian ni mengingatkan aku ttg kejadian semasa aku posting Emergency Medicine. Juga berlaku di A&E. Bagi yg x tahu A&E tu ape, ia adelah accident n emergency unit. hehe. erh, ianya bermula apabila seorg Indian man, in his 70s, dtg sbb rase suah bernafas. Ade jgk chest discomfort. Masa tu dlm pukul 9.30mlm. Ak nk buat branula kt uncle ni. Aku try buat, tp x menjadi sbb cucuk je, terus bump! ak ingat lg uncle tanya, 'why it takes so long', dia refer kpd masa ak nk pasang branula. Oh aku fail di situ! erkkk.. Then dia agak OK. Buat ECG, mmg ade hypertrophy and ischemic changes. Sebagai info, uncle ni diabetics, dh buat CABG (coronary artery bypass graft) surgery 10 years ago but defaulted follow up for 1 year. After given his medications, he was OK. Dia smpat lg tanya BP dia brapa, ok ke x. bersembang2 gitu. Then, ak tgk lg patient lain. Dalam pukul 11 lebih, ade patient baru masuk, dia kna buat ECG. Di A&E, ECG machine ade 1 je. So, utk patient baru ni, Ummu nk buat, then aku teman Ummu g amek machine ECG, tapi tetibe ade staff nurse cakap dia nk guna dulu. Urgent katanya. Kitorg ikut jela staff nurse ni. Tgk2 uncle Indian td. Dia sdg breathless! nmpak sgt dia gasping for air, dan bunyi macam bnyk sgt secretion dlm mulut dia. Bunyi mcm kita kumur lpas gosok gigi tu. Lpas buat ECG, nurse terus pergi. Dia xcakap g mane. Ak ngn Ummu bingung xtaw nk buat ape. Kitorg berkejar g cari dokter, pastu nmpak nurse tadi pggil dokter. Sekejap je, xsmpai seminit. So ak ngn Ummu g semula kt patient tu. Ummu ckp, 'eh knape dada dia xbergerak?'.. Ak pn tgkla, dan berkata 'eh uncle ni xbernafas ke?'. Serentak dgn itu, doktor pn smpai. Terus kitorang tolak patient masuk Resus room. Masa tu uncle dah xbergerak. Not responsive langsung. Resuscitation started, lead by Dr A. First time ak buat CPR kt patient betul. Rase bersemangat sgt. Tp penat jgkla sbb kna compress chest tu laju2 dan kuat (dgn prinsip push fast, hard, let the lung recoil). Lpas stengah jam resus, uncle masih xresponsive. So Dr buat scan, Dr cakap jantung dia tu Pulseless cardiac motion (PCM). Maksudnye jantung bergerak, tp xde nadi. So then, he was pronounced death at about nearly 1.00am. Sbb masa tgh resus tu, aku smpat tgk jam, lebey kurang kul 12 lebey. Then panggil la family members dia. Meraung anaknya. Yelah, pemergian bapa yg disayangi. Lpas tu, kitorg students berbincang2 la pasal uncle ni. Rupa2nya, sebelum staff nurse nk buat urgent ECG tu, patient ni ckp dia sakit kaki, krem katanya. So nurse nk bagi ubat tahan sakit. Masa tu la dia prasan uncle gasping for air.....

Selepas tu, aku mula berfikir2. Mungkinkah sms dia cramp kaki tu, nyawa dia mmg sudah di tarik?? Adakah semasa aku tgk dia susah gile bernafas tu, dgn banyak secretion di dlm mulut tu, nyawa dia sudah berada di tengkuk??.. sbb sekejap lpas tu, dada dia dh xbergerak.....Subhanallah. Jika betullah ape yg aku fikir maknanya aku telah melihat Sakaratulmaut.. Ya Allah.. Nmpak sungguh perit. .

Kesimpulannya..kita xboleh nk jangka bila waktu kita ak pergi meninggalkan dunia ni..mungkin sekejap lg ak akan collapse dan pergi. Aku tak tahu. Kita pn xtahu. Anda pn xtahu. Dgn amalan yg seciput ni, dahla seciput, belum tentu Dia terima lg, bersediakah ak nk berjumpa dgnNya? Tepuk dada, tanya iman.

Aku selalu berazam utk menjadi budak baik. Sbb ak rase diri ni mmg tidak cukup baik. Sentiasa mahu berubah, namun tiada istiqamah dlm berbuat sesuatu. Bukan tidak mahu tapi susah utk mengekalkannya. Ermm, aku sgt berharap dipertemukan dgn si dia yg mampu membimbingku ke jln yg sebetulnya. Lelaki baik utk perempuan yg baik. Itu je. Dan ak pn kna la ade inisiatif sendiri jgk. Ok, berubah slow2 ye Hidayah.

Dengan itu, sekian sahaja malam muhasabah diri. Semoga dpt memanfaatkan sesiapa shj yg membacanya.

Sekian, slamat mlm smua.. (i mean, pagi la.. huhu)
Wassalam.