Hmm.. (mengeluh panjang sebenarnya...)
Asik2 kena marah. Walau macam mana pun kau bersedia, kau tetap kena marah.
Sampai dah hilang respek, yg tinggal cuma perasaan hari ni aku taknak kena marah, so aku kena buat baik2. Sebab tulah bila kena marah jugak kau akan rasa down sangat. Itulah bila niat nak impress org tapi bila it turned out to be the other way round, semuanya jadi sampah.
(T_T)
Sesetengah org x suka kita start present dgn This is Puan Maimunah 56 years old para 2 bla bla. Instead, dia suka kita sebut, My patient Puan Maimunah 56 years old para 2 bla bla. Tapi ada yg x suka kita sebut My patient sebab she is not your patient because you are not treating her.
Dan sebagainya. Masing2 ada cara sendiri. Dan expect kita ni boleh baca fikiran dia.
Kalau Obs patient ada medical problem, contohnya Diabetes Mellitus / Hypertension, sesetengah Dr suka dengar antenatal history dulu lepas opening sentence, baru ke HOPI dan related history. Ade pulak yg suka dengar HOPI and related history baru ke antenatal history. Ada yg sesuka hati, bila cakap HOPI dulu nak dgr antenatal... bila org nak cakap antenatal nak dgr obs history. Expect ade thought broadcasting =,=
Semua benda kalau boleh nak present dalam satu ayat satu nafas sebab benda2 yg akan/ bakal dicakap pada ayat kedua akan ditanya selepas menamatkan ayat satu. Ataupun bila kau cerita patient tu ada DM + HPT pada opening sentences, dia tanya do u know this patient have other problem other than DM? Yes, HPT for 7 years. Why dont u tell me? (dgn muka .....) Eh I told u just now (dan ada evidence org lain mengangguk sama). Ok kali ni aku menang.
Berkenaan tone suara. Memang mula2 akan cakap dgn tone yg dapat didengari dari jarak 100meter tapi lama2 tone itu menjadi perlahan terutama bila dah kene marah beberapa dose. Dan malas nak present dgn kuat sebab bila kau jawab salah, ade pulak yg berkata konfiden je padahal salah sangat.
Dan aku sangat down bila tiap2 minggu pon kene marah mcm ntah pape. Ye, korang boleh cakap ala biasalah lah tu kena marah, nama pun learning process. Kalau tak marah kau xkan menjadi manusia berguna. huh. Lantak lah. Sebab ayat memang betul secara POLITIKNYA.
Ni bukan marah membina tapi marah meletakkan muka kau di tapak kaki beliau. Kau akan rasa muka kau kebas lantas kawan2 berkata bibir kau putih. Tangan kau yg sejuk itu perlu dikawal supaya tangan kau tak nampak menggeletar. Kalau tremor tu dikesan habislah kau kena perli. Ambik satu dos lagi. SEDEH sangat kau tahu apa. Worse come to the worse bila org lain yg present macam ntah hapa2 tapi tak kena marah. Masa tu kau akan berfikir ADAKAH MUKA KAU NI SEBENARNYA MENGUNDANG PELEMPANG??
Iye, memang kena blajar dengan ikhlas, dgn niat nak jadi doktor yg baik, dapat ilmu utk treat patient. Tapi bila dah selalu kenaa sepak secara automatik kau akan berfikir eh malam ni kena stadi sebab esok klinik dengan dia. takpun Alamak esok wardround baik aku baca betul2 nanti x leh jawab kena marah. Atapun matilah aku kalau exam ni kantoi, mesti dia bagi markah rendah gila2 kat aku.
Ataupun the worse, mintak-mintaklah dia ada hal hari ni supaya tak jumpa dia dan kelas batal lagi bagus (cakap dgn hati yg gundah gulana)
Adekah mereka yg selalu marah marah tu, pada zaman medical student nya seorang yg gold medalist? atau seorang cemerlang yang x pernah gagal dalam apa jua bidang yg diceburi? Atau seorng yg pendiam tapi bila dah ada pangkat dan kuasa jadi rebound phenomenon. Atau sebenarnya dalam hati mereka nak muntah aku tgk medical student ni. Atau memang sifat semulajadi panas baran? Atau memang tak tahan dgn student ni yang aku tanya sepatah haram pun tak jawab tak tahu tak stadi ke bikin aku naik darah aje.
Dan aku sangat mengagumi Prof Azurah sebab tak pernah langsung tgk dia marah apatah lagi bermasam muka. Bila kau tersalah cakap pun rasa malu sendiri sebab dia baik sangat. Bila dia tanya dan tak boleh jawab pn rasa malu sendiri sbb dah melukakan hati dia ceh ceh.. Dengan gaya yg bersopan santun, cakap pun lembut tak kira situasi. Kagum kagum. Wardround dgn dia pun akan tenang je dan masa berlalu tanpa ku sedari. Sampai petang pun tak ape. Berbeza jika ada org itu kau akan asik tgk jam sambil dalam hati berbisik lambat lagi ke nak habis ni.
Aku harap esok esok aku akan jadi dr yg baik yg sangat baik dgn patient dan juga student. Sebab aku dah rasa mcm mana rasanya kena bambu depan org ramai, dah rasa mcm mana hidup tanpa muka.Dah rasa mcm mana seksanya mempertahankan hak bila aku berada di pihak yg betul.
Orang kata waktu belajar ni best. nanti bila dah keje akan teringat balik saat manisnya belajar. Ye ke? hmmm.. manis eh?? suka hati korangla nak cakap ye ke tak. Pandangan masing2. Sebab bila dalam bidang ni, kau akan tetap KENA sampailah kau mencapai tahap specialist atau bila dah dapat terima anugerah kemerdekaan contohnya sbb masa tu tak kisahlah kau examine patient dgn hujung kuku pun org akan bergembira dgn cara kau.
Hmmm... tak tahu da nak cakap apa. Harapnya minggu depan DAH TAK KENA MARAH. Noktah.
p/s: bak kata Ayu, kita x boleh nak 'puaskan' semua org sebab diri sendiri pun 'xpuas'
p/s 2: tiasa maksud tersirat dalam p/s di atas. *Wink
1 comments:
entry oleh penulis yang sangat stress. Biar ia berakhir di sini. Jangan tanya bila terjumpa di luar.
Post a Comment