CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 11, 2011

:: Exam is coming over, time moved very3 fast ::

"Kita hidup ni sekejap je. Macam umi ni, rasa je muda lagi, hakikatnya dah tua, tua sangat"

Kata Puan Napisah kpd aku ketika Majlis Solat Hajat sempena Pro exam final year. Ye betul. Sekejap. Rasa baru sangat menjejak kaki ke first year medical school, alih2, eh Isnin ni exam Finale dah. Sekejap je.


(FYI, my Umi datang Cheras dari Kelate semata2 nak ke majlis solat hajat tu. Wajiblah aku terharu kannnn)


Takut. Takut sangat nak exam. Nak SPM tak takut macam ni. Tapi kali ni tak setakut masa nak exam sem2 kat matrik. Masa tu stress habis, nangis malam exam sebab takut sangat. Takut result teruk nanti tak dapat course best kat U. Tapi, hasilnya, nah, cemerlang kan? The point is, kena YAKIN dengan diri sendiri. Yes, I have to trust myself.


Aku selalu fikir negative. Boleh ke aku buat nanti? Sebab, aku cepat blur. Aku cepat suffer 'brain failure', the most frightened problem faced by medical student during clinical exams. Especially bila kena provoked oleh examiner. Thought block, speech constipated, lack of eye contact (tengok siling nak cari jawapan), and, signs of compensating shock (cold peripheries, hypotension, tachycardia, nausea). Ya Allah, kurniakanlah aku examiner yang encouraging, yg sentiasa selamatkan aku. Aku pernah dapat examiner yg encouraging dan aku sangat2 bersyukur. Contohnya masa exam ortho, kena spine examination, Dr tanya, "dont u wanna see patient's gait?" Lantas keluar mentol lampu at the superolateral aspect of the ear. And the 'bell ringing'. " Yes, I would like to. Encik, boleh bangun dan berjalan tak?" SYUKUR. Kalo miss, tak dapat markah da.


'Is there any evidence that say you will fail?'
tak. tapi manelah tahu kan. huhu


Selama ni aku dipermudahkan jalan. Lulus semua exam, walau tak cemerlang, walau kadang result atas pagar. Bagaimana kalau aku diuji kali ni??? Ya Allah, tolonglah aku lagi kali ni, Hanya padaMu tempat aku memohon. Janganlah biarkan nasibku ditentukan diriku sendiri walau sekadar sekelip mata, atau lebih pendek dari itu. Ya Allah, aku mahu aplikasikan apa yg aku pelajari utk bantu org lain. Untuk balas jasa ibubapa aku yg sentiasa mengharapkan aku. Tak sabar dah nak tanggung & jaga mereka balik. Dan aku kena yakin Allah terima doa aku, yakin Allah itu sentiasa bersama hambaNya.


Ibubapa kita selalu mendoakan kejayaan kita. Tapi kalau kita tak berjaya, mereka akan sedih. Bila parents sedih sebab kita, berdosalah kita? betulkah macam tu? maknanya kita sudah menempah tiket ke neraka, Nauzubillah.


Apepun, walaupun masa sentiasa bergerak dengan pantas, aku masih ada masa utk berusaha. Gunakanlah masa ni baik2 ye cik Hidayah. Ye, baca mestilah sempat habis, ingat tak ingat tu jadi masalah.




You have to try for your best, but be prepared for the worst.


INSYAALLAH,
DR Nor Hidayah Abdul Ghani MD (UKM) is coming in the end of March.



p/s: Exam 14th - 25th March. Result will be announced by Dean on 30th March. Cepat kan. Kawan2, doakan saya! please3 doakan saya, rasa tak tertanggung dah nak pikul semua ni..... So next update will be on result, no matter how good or bad it is.




0 comments:

Post a Comment