CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 30, 2011

:: It's good to be home ::

Assalamualaikum.


It's good to be home. Las balik adelah pada Deepavali, tu pun 4 hari je. Utk CNY ni, cuti 1 week tapi takkan la nak melepak kat rumah sampai seminggu kan. Sedarlah diri sikit, 14 march ni nak exam tapi tak buat revision lagi an. Sedar la sikit an. An. An.

Semalam, bertolak dari KL ke Klate. 3 org je naik kete umi. Aku, Umi n kwn umi tlg drive. Jalan OK, x jem. X jem langsung ye la mane org nak balik xde occasion kan. Satu kejadian yg membuatkan lutut aku menggigil: HAMPIR2 EKSIDEN. Allahurabbi... Mujur umur masih panjang kalau x sekarang ni mungkin kamu2 sedang menguruskan jenazah kami bertiga. Y_Y

Alkisahnya, ketika kwn umi sdg drive. Masa tu baru bergerak dari lepas berenti kat Shell utk toilet. Aku x pasti lokasi sebenar tapi masa tu x sampai Kuala Lipis lagi. Kereta meluncur laju. Xdela laju sangat, dalam 100km/jam je. Tibe2, driver x prasan ada trailer berhenti kat depan tu. Masalahnya, trailer tu x bagi sign pun bahawasanya dia berhenti. Xde lampu xde amaran. Xde sign ape2. Kau fahamlah hiway ke klate ni gelap gila ade satu lorong utk each side. Si trailer ni langsung tak ke tepi, brenti je tengah2 jalan tu. Dalam jarak bbrapa meter, baru dia perasan, terus reflex pusing stereng ke kanan. Alhamdulillah xde kenderaan dari arah bertentangan kalu tak kami semua memang masak. Alhamdulillah jugak dia x terkejut, dapat control stereng. Kalau x ade chance utk terbabas ke semak sbelah kanan. Siriyes takut. Terkejut sangat. Aku menyaksikan semuanya. Lutut aku da lembik, terketar2. Umi memang terkejut sangat, mmg xleh tido da lpas tu. Bila mata terlelap, umi mimpi eksiden la. Da lemah semangat.

Pastu kami berenti solat di R&R Gua Musang. Tenang sikit. Tapi masih teringat2.

***********************************************************************************

Nak balik KL hari Rabu malam aci tak? huhu. Mungkin dgn bas. Nak tempah flight makcik dah sengkek. Betapa sengkeknya makcik, sampai makcik kena tinggal ORANJE kat rumah. Maksudnya lpas cuti CNY ni, makcik dah tak bawak ORANJE ke KL. Ekceli banyak sebab kena tinggal Oranje ni kat rumah. Antaranya sebab aku malas nak peduli. Malas nak isi minyak, malas nak g basuh. Dan juga sebab duit. Malas nak fikir tol, malas nak fikir duit parking. Dan juga malas nak tgk meter minyak lepas org pinjam kete. OK, noted.

Huhu. Oklah takde pape dah nak bgtau. Perasan tak, blog aku ni kurang gambar. Heheh malas nak upload. Aku ni kategori manusia yang terkebelakang dalam arena upload-download ni. huhu. Takpe janji bahagia.

Okai, see u again baibai


p/s: jangan tunggu lama2, nanti lama2 dia diambil org...


Monday, January 24, 2011

:: Slim River *again* ::

Alhamdulillah selamat sampai di Slim River. Nampaknya mood kali ni x sama dgn mood ketika dtg untuk paeds. Dahla rasa malas nak dtg, dah sampai rasa nak balik ppukm pulak. Sigh.

Semoga dapat stady dgn baik di sini. Nak stady. Nak stady. Azam je lebih pastu ended up on the bed. Jgn salah faham, maksudnya tido la takde maksud lain ok.

Mane dapat internet? em, pinjam maxis brukband dari Saki. Ok la. Laju je :D

**************************************************************************
HEY, thanx for always being there in the joy n sorrow, in the UPS and DOWNSSSSS
(semakin banyak S semakin banyak kuantitinya).
See u in one week!!
:D


*************************************************************************

Tertarik dgn kata2 seorg sahabat di facebook:

dear heart, fall in love when you're ready not when you're lonely.
-azhar et al

Somehow when the time come, You will lose to your heart even you are trying hard to win.
Have faith in Him. He knows better then we do, of course.


p/s: cuti raya cina ni.... ada menda akan berlaku ke???

Saturday, January 22, 2011

:: Bizi ker? ::

Assalamualaikum..Dah lama seyh x jenguk sini. Lama la tu dekat seminggu. Ala-ala bizi gettew padahal wifi kolej ni buat hal. Nak bukak FB pun lambat gila apatah lagi nak bergosip di sini.

Dah seminggu aktiviti x di documented kat sini. Semua benda kena cerita supaya nanti suami dan anak-anak (anak-anak: note the kata ganda okeh :P) tahu ape yg wife @ mama diorang buat sepanjang kehidupan remaja ni. Remaja ke ahakx i mean jiwa bukan umur kwang3.

HAI PAPA!!! WAT APE TU BAHAHAH!!! SELAMAT MEMBACA!! SBLM BACA NI, PASTIKAN DAH MASAK UNTUK DINNER KITA ANAK BERANAK MALAM NI, DAH BASUH & JEMUR BAJU, IRON BAJU KEJE I UTK ESOK DAN JUGA MOP LANTAI. JANGAN LUPA SIRAM POKOK BUNGA I DEPAN & BLAKANG RUMAH YE... TENKIU LALING.. MMUUAHH..

- terdapat unsur2 queen control ke? oh mestilah tidak :PP -

**********************************************************************

Weekend lepas, penat!

Hari Sabtu tu, di kala manusia2 duniawi ni masih tidur berdengkur, di saat matahari masih malu2 untuk memunculkan diri, aku sudah bangkit dari lena yg panjang semata2 utk oncall di LABOUR ROOM. Ya, bilik bersalin, bukan bilik yg satu lagi tu. Best2, ramai patient. Malangnya, diorang punya OS FULLY serentak. Aaaaa. Geram makcik taw! Masa makcik ngah conduct yg satu tu, nah hambik kau 3 patient lagi sedang deliver baby jugak. Terasa hidup ini tidak adil (masa tu jelah). Menjelang tgh hari, ada patient masuk dgn cervical os 7cm. Dia xde medical condition. Yes2, ini kerja mudah. Sekejap je dia dah rasa nak bearing down. Ape lagi os fully dan saya menyambutnya dgn gembira lalala. Alhamdulillah. Sekarang tinggal lagi satu. Xpe, save utk oncall di Slim River.


Balik dari labour room terus berkejar2 bersiap2 nak g kenduri. Orang ajak teman g kenduri kawen kawan beliau. Sape org tu ngahahah rahsia!! Majlis tu buat kat dewan MPAJ Ampang. Dekat je ngn HUKM tapi sebab lalu MRR2 kan, what more do u expect? yg patut 10 minit pun boleh jadi berjam.

Balik dari kenduri pulak bersiap2 untuk g dinner kolej. Dinner tu buat kat PICC Putrajaya International Convention Centre. Bunyi mcm bagus gitew tapi aku rasa makanan dia x cukup. Huuu. X kenyang pon. Biasanya kalo lepas dinner mesti aku mengeluh sbb mesti tak dapat lucky draw, tapi kali ini tidak lagi heheh. Tanpa disangka2 dapat pulak ye kali ni nah hambik kau hamper nasib baik kau x jatuh kat tangga stage tu.

Dinner tak habis lagi dah balik. Penat tau seharian I non stop. Ape lagi balik tu terus tido pukul 1 pagi tu, bangun2 dah dekat pukul 11 pagi. Balas dendam. Heheh, Then bangunla buat hal2 berkepentingan. Malangnya, menjelang 2 pm, tertido lagi dan bangun kul 5 lebih. Kesimpulannya, hari sabtu kemain lagi produktif gila tetengok ai ahad cis xde hasil.

Minggu ini pulak, sabtu oncall ke O&G admission centre. Hoho sampai petang duk situ. Malam g Shah Alam ambik broadband ngn sakinah yelah wifi kolej ni ngok ngek susah la nak wat case write up. Kan kena cari journal bagai sebab aku kan mengamalkan evidence-based medicine bahahah!!

Hari ini hari ahad! mahu guna dgn sempurna. Nak settle a few things b4 going to SLim River esok. Yoyoyo Slim River here I come!! (padahal da rasa malas nak g)

Kau tahu, pro exam tinggalnya kurang 50 hari je lagi, Lalala aku masih relax.
Sebenarnya aku mahu berubah, ye aku nak start stadi la niiiiiiii

so babai...



Thursday, January 13, 2011

:: Post-call entry ::

Aku sudah ok. Sungguh, sudah ok. Patutlah aku emo sangat beberapa hari ni. Sudah tiba masanya utk 'beranak' bulan ni rupanya. Cis, bizi sangat sampai lupa physiology diri sendiri.

HAI AINNNNNN... AKU TAU KAU MESTI BACE NI..HEHE SAJE TANAK JAWAB SOALAN KO TADI YG KO TANYA 'SAPA WEH?' HAHAHA KAN AKU DAH CAKAP, CERITA TU BERAKHIR DI SITU. NOKTAH. Kui3

Korang tau tak, sekarang ni pukul 1 pagi bertarikh 14 Januari 2011 dan aku baru balik dari ward. Name pun on call. Masa aku balik tadi pun, Dr Yeo, houseman yg oncall tu masih di ward. Kesian dia weh. Keje dari pagi nonstop. Petang tadi lepas teaching ngn Prof Jamil pukul 6.30pm gitu ak g ward nak tgkla kut2 ada new admission (Aku kan oncall ceh ceh) n aku tgk Dr ngah wat keje2 houseman da. Tapi tak guna jgk sebab aku balik bilik jgk utk makan.

Penat weh hari ni. Before 7.30am lagi aku dah terpacak kat ward sbb hari ni ada Grand ward round. So ada baiknya kalo g awal tgk2 patient b4 specialist dtg. Kan Kan. Lepastu bila dah habis ward round kul 11 lebih tu g makan then balik tido. Sebab teruk gile kot dysmenorrhea kau lelaki apa tau tak pernah rasa. huh (tetiba angkuh x bertempat ). Telan tablet mefenamic acid 500mg (ponstan) then tido dgn jayanya. Tipu. Tak jaya sangat sbb tersedar2 sebab sakit. Bangun pukul 2 terus g teaching dgn Dr Suraya. Habis teaching Dr Suraya g pulak teaching Prof Jamil. Yg tu, yg aku cakap habis pukul 6.30ptg tu. Penat weh.... sangat2... balik mandi makan ayam KFC seketul then terus g ward.

Nasib baik Dr Yeo yg oncall. Aku suka dia sbb dia humble. Comel jgk ya (alamak ada elemen peribadi di situ. btw, dia XY ok). Kalo student nak tolong dia buat keje2 kuli contohnya ambik darah, pasang branula biasanya dia bagi. Aku bkn cakap saje2 sebab ade je houseman yg angkuh, bila org nak tolong ambilkan darah n lepastu pasang branula cakap kita tamak. Padahal kita kesian tgk dia. Takpelah org nak tlg tanak kasi then skrg dah malas nak tanya. Pelik. Pelik. Biasanya houseman suka student tolong sbb dorang kan banyk gile2 keje nak kena buat. Hm..

So tadi oncall kat ward hijau ngn kuning. Just tolong Dr Yeo buat branula n venepuncture mcm biasa. Sampai hati buat VE tak tunggu org. waaaa. sedihnya. Nak buat VE jugak. Gila VE skrg ni. VE=vaginal examination LoL. Ok, yg ini tidak bersifat peribadi sebab mmg kena isi logbook ok. Then aku ade amik darah sorang auntie ni. 47/chinese/single/nulliparous/ovarian carcinoma. Ekceli aku rasa bersalah sbb dia sangat sakit masa aku amik blood. Then aku nak g amik hati dia balik aku g tgk tempat aku cucuk td tu. Then dia suh massage tangan dia sbb numbness. Aku dudukla tepi dia sembang itu ini. Hehe. Dia da tak marah da. Urut kepala dia jap pastu blah ke ward sebelah cari Dr Yeo in case ade pape nak kena tolong kan.

Di ward sebelah iaitu ward kuning, Dr suh aku amik FBC patient post blood transfusion kul 11.30pm. Orait. Dia tanya aku da makan belum aku jawab dah walaupun lapar gila weh yela seketul ayam KFC apelah sangat kan. Dia ckp nak g makan n mandi so dia suh aku buat admission clerking terhadap patient yg bakal masuk dlm bbrapa saat lagi. OK. Bila patient masuk, patient tu cakap dia dah jumpa aku 2 minggu lepas. Aku terfikir2 pulak. X ingat. Lepas dia ingatkan balik, barulah aku ingat, Ye, aku pernah examine dia dulu. On further questioning, cis rupa-rupanya dia ore kelate la. Kecek-kecek la weh. PAtient ni admit sebab pre-eclampsia. Sedar2 registrar dah dtg tgk patient. Hehe. Oo--oo, admission clerking x siap lagi lalala. Lagi malang staff nurse x ambik lagi BP dia. Biarlah si registrar tu siapkan keje dia. Pastu aku sambung tulis clerking cepat2 sebab diorang nak hantar patient ke HDU dah. Sebab BP supine 170/108 sitting 178/100. Proteinuria 2+.

Masa aku siapkan admission clerking tu, Dr Yeo yg dtg kelam kabut x sempat makan td, cakap nak g tido da. Then bila aku balik ward hijau utk amik buku, dia duk amik blood utk FBC n GSH utk patient operate esok. Kesian gila aku tengok. Mata dah bukak separuh. Malangnya aku dah x dapek nak nolong sebab aku pun penat lantas membabai dan terus balik.

Aku perasan satu benda, kalo dokter2 oncall, diorang suka pakai baju OT buat pyjama. Teringin nak buat jgk.

Aku rasa walaupun penat tapi rasa produktif day lah jugak kan. Ni pun xleh tido lagi sebab kena isi borang SPA online. Asik lupa je nak isi. Bizi sungguh siriyes weh. Nak g ambik sticker kete kat Department Keselamatan pn x sempat, tadi dah dpt call da cakap diorg nak clamp tayar kete aku so depa suh ambik sticker cepat2. Baik, esok aku cuba g amik. Pastu nak siapkan dokumen2 PPD sebab esok nak jumpa Prof Wan, mentor aku, nak tunjuk resume sume2 la.

Jadi thats why aku nak menaip di sini. Banyak mende nak cerita. Panjang kan aku taip. Seperti biasa, kalo x suka tak payah baca. X kisah nak cakap buat karangan kat sini pun. Asalkan aku puas hati Lalalala`~

Ok, nak g siapkan keje. Thank u Allah for giving me the strength. Alhamdulillah. :)

p/s: Awak nak sambung master dgn segera? oklah saya terpaksa bersetuju.

Monday, January 10, 2011

:: @_@ ::

Hmm.. (mengeluh panjang sebenarnya...)

Asik2 kena marah. Walau macam mana pun kau bersedia, kau tetap kena marah.

Sampai dah hilang respek, yg tinggal cuma perasaan hari ni aku taknak kena marah, so aku kena buat baik2. Sebab tulah bila kena marah jugak kau akan rasa down sangat. Itulah bila niat nak impress org tapi bila it turned out to be the other way round, semuanya jadi sampah.

(T_T)

Sesetengah org x suka kita start present dgn This is Puan Maimunah 56 years old para 2 bla bla. Instead, dia suka kita sebut, My patient Puan Maimunah 56 years old para 2 bla bla. Tapi ada yg x suka kita sebut My patient sebab she is not your patient because you are not treating her.

Dan sebagainya. Masing2 ada cara sendiri. Dan expect kita ni boleh baca fikiran dia.

Kalau Obs patient ada medical problem, contohnya Diabetes Mellitus / Hypertension, sesetengah Dr suka dengar antenatal history dulu lepas opening sentence, baru ke HOPI dan related history. Ade pulak yg suka dengar HOPI and related history baru ke antenatal history. Ada yg sesuka hati, bila cakap HOPI dulu nak dgr antenatal... bila org nak cakap antenatal nak dgr obs history. Expect ade thought broadcasting =,=

Semua benda kalau boleh nak present dalam satu ayat satu nafas sebab benda2 yg akan/ bakal dicakap pada ayat kedua akan ditanya selepas menamatkan ayat satu. Ataupun bila kau cerita patient tu ada DM + HPT pada opening sentences, dia tanya do u know this patient have other problem other than DM? Yes, HPT for 7 years. Why dont u tell me? (dgn muka .....) Eh I told u just now (dan ada evidence org lain mengangguk sama). Ok kali ni aku menang.

Berkenaan tone suara. Memang mula2 akan cakap dgn tone yg dapat didengari dari jarak 100meter tapi lama2 tone itu menjadi perlahan terutama bila dah kene marah beberapa dose. Dan malas nak present dgn kuat sebab bila kau jawab salah, ade pulak yg berkata konfiden je padahal salah sangat.

Dan aku sangat down bila tiap2 minggu pon kene marah mcm ntah pape. Ye, korang boleh cakap ala biasalah lah tu kena marah, nama pun learning process. Kalau tak marah kau xkan menjadi manusia berguna. huh. Lantak lah. Sebab ayat memang betul secara POLITIKNYA.

Ni bukan marah membina tapi marah meletakkan muka kau di tapak kaki beliau. Kau akan rasa muka kau kebas lantas kawan2 berkata bibir kau putih. Tangan kau yg sejuk itu perlu dikawal supaya tangan kau tak nampak menggeletar. Kalau tremor tu dikesan habislah kau kena perli. Ambik satu dos lagi. SEDEH sangat kau tahu apa. Worse come to the worse bila org lain yg present macam ntah hapa2 tapi tak kena marah. Masa tu kau akan berfikir ADAKAH MUKA KAU NI SEBENARNYA MENGUNDANG PELEMPANG??

Iye, memang kena blajar dengan ikhlas, dgn niat nak jadi doktor yg baik, dapat ilmu utk treat patient. Tapi bila dah selalu kenaa sepak secara automatik kau akan berfikir eh malam ni kena stadi sebab esok klinik dengan dia. takpun Alamak esok wardround baik aku baca betul2 nanti x leh jawab kena marah. Atapun matilah aku kalau exam ni kantoi, mesti dia bagi markah rendah gila2 kat aku.
Ataupun the worse, mintak-mintaklah dia ada hal hari ni supaya tak jumpa dia dan kelas batal lagi bagus (cakap dgn hati yg gundah gulana)

Adekah mereka yg selalu marah marah tu, pada zaman medical student nya seorang yg gold medalist? atau seorang cemerlang yang x pernah gagal dalam apa jua bidang yg diceburi? Atau seorng yg pendiam tapi bila dah ada pangkat dan kuasa jadi rebound phenomenon. Atau sebenarnya dalam hati mereka nak muntah aku tgk medical student ni. Atau memang sifat semulajadi panas baran? Atau memang tak tahan dgn student ni yang aku tanya sepatah haram pun tak jawab tak tahu tak stadi ke bikin aku naik darah aje.

Dan aku sangat mengagumi Prof Azurah sebab tak pernah langsung tgk dia marah apatah lagi bermasam muka. Bila kau tersalah cakap pun rasa malu sendiri sebab dia baik sangat. Bila dia tanya dan tak boleh jawab pn rasa malu sendiri sbb dah melukakan hati dia ceh ceh.. Dengan gaya yg bersopan santun, cakap pun lembut tak kira situasi. Kagum kagum. Wardround dgn dia pun akan tenang je dan masa berlalu tanpa ku sedari. Sampai petang pun tak ape. Berbeza jika ada org itu kau akan asik tgk jam sambil dalam hati berbisik lambat lagi ke nak habis ni.

Aku harap esok esok aku akan jadi dr yg baik yg sangat baik dgn patient dan juga student. Sebab aku dah rasa mcm mana rasanya kena bambu depan org ramai, dah rasa mcm mana hidup tanpa muka.Dah rasa mcm mana seksanya mempertahankan hak bila aku berada di pihak yg betul.

Orang kata waktu belajar ni best. nanti bila dah keje akan teringat balik saat manisnya belajar. Ye ke? hmmm.. manis eh?? suka hati korangla nak cakap ye ke tak. Pandangan masing2. Sebab bila dalam bidang ni, kau akan tetap KENA sampailah kau mencapai tahap specialist atau bila dah dapat terima anugerah kemerdekaan contohnya sbb masa tu tak kisahlah kau examine patient dgn hujung kuku pun org akan bergembira dgn cara kau.

Hmmm... tak tahu da nak cakap apa. Harapnya minggu depan DAH TAK KENA MARAH. Noktah.

p/s: bak kata Ayu, kita x boleh nak 'puaskan' semua org sebab diri sendiri pun 'xpuas'

p/s 2: tiasa maksud tersirat dalam p/s di atas. *Wink

Saturday, January 8, 2011

:: Women are special ::

Tadi masa duk godek2 FB profile, terbaca notes yang aku post tahun lepas. Aku suka gila baca sbb memang ade betulnya cerita ni.

Mungkin korang dah baca cerita bertahun2 sudah tapi aku nak post jgk heheh.

============================

Mengapa WANITA sangat Istimewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...

tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."....
"..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...
bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...

kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..


dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ....

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..

ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...






Thursday, January 6, 2011

:: Distracted ::

Malam ni ingat nak stadi dgn jayanya lepas briefing PROFESSIONAL EXAM oleh Prof Za pada petang tadi. Semangat itu rupa2 nya sekadar hot hot chicken feces.

Tapi ade pulak mende mengganggu fikiran.

Satu ialah berkenaan kesihatan Abah aku. Abah dan complain masalah kesihatan itu berbulan yg lalu. Dah jenuh aku suruh g check kat GP kalo tanak datang hospital. Tapi x de tindakan. Sampaikan aku pulak yg bersungguh suruh akak aku pos GL dari Kuching nun barulah esok Abah akn dtg ke PPUKM utk buat screening. Kalau tak sampai sekarang pon takkan g hospital lagi. Tu pun aku suruh ambil referral letter dari GP pun taknak, nak jumpe Dr kat sini dulu. Ok itu xde masalah tapi kalo ade referral letter kan senang boleh ejas jumpe pakar terus.

Btw, Abah, 52 y/o, duk complain fresh PR bleed (months), tenesmus, diarrhea, constipation, abdominal discomfort, loss of appetite. Dia adelah smoker yg tegar. Aku seolah2 dapat meneka diagnosis itu tapi aku masih in DENIAL STATE. Aku masih mengharap sesuatu yg tidak bahaya walaupun aku tahu possibility utk PENYAKIT ITU adalah sangat tinggi. Aku x sabar nak suruh Dr buat scope. Aku bukan saje nak exaggerate like 'medical student syndrome' tapi aku rasa ni lain macam aje.

Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapa aku. Berikanlah aku kesempatan untuk menabur bakti kepada mereka. Berilah mereka balasan yang sebaik2nya atas segala didikan mereka padaku dan pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahklan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

***************************************************************

Kedua. Kehilangan kad matrik. Sedih taw. Dah dekat 5 tahun guna taw. Memangla boleh buat yg baru, tapi sentimental value tu penting taw. Yang baru x kan sama dgn yang lama taw. Kalau dah sayang yg lama, datangla yg baru yg lebih baik pun x kan same. Memang x kan same. (eh lain macam pulak bunyinye hehe)

Still, aku mengharap dia masih ade di bilik ini walaupun dah beratus kali aku cari, walau dah selak setiap helaian baju (sambil2 tu kira bilangan baju yg ada. T-shirt + blouse + kemeja dah mencapai angka 55 helai. Rasa nak bukak kedai pre-loved items pulak!), walau dah lap meja belajar, walau dah intai di setiap penjuru katil namun tak ku temui dia. Kamu, kembalilah...pleaseeee....

Jadi minggu ni aku ke hospital tanpa nametag. Nasib baik xde Dr tegur/ marah, walaupun aku dah bersedia dgn jawapan 'in the process of getting a new matrix card'. (hakikatnya x g report lagi akan kehilangan itu.) Paling aku risau sebenarnya takut pakgad tak kasi bawak masuk kete ke kolej sebab malam2 kalo nak lepas pakgad kena tunjuk kad matrik. Cis. (yang nak kuar malam tu pahal??? err.. err.. kuar makan je ta boley ke huhuhu)

Oleh itu, aku mengharapkan semuanya baik2 aje. Dan nampaknya BRAIN aku masih tak kembali. Kena selalu mengharap jgk utk dia kembali.

P/s: Dr suruh g palpate at least 5 gravid uterus setiap hari tapi tak buat2 lagi. Bukan apa, sibuk dgn workshops lah! Nampak gayanya kena g ward la even weekend. Tambah cantik bila ONCALL HARI AHAD utk 3 minggu berturut2. Nak kuar dating pon susah! opppsss !!




Tuesday, January 4, 2011

:: My dear Brain ::

Dear my beloved Brain, please come back to me. I dont know where on earth u'd gone. I couldnt find u anymore in these days. Are u hiding from me? Please, I really need u at the moment and the days ahead. I miss u, the old u..

Oh brain, are u there? If yes, why did u keep silence, quiet all the way? I dont feel like u r in my cranium. Again, I really need u. Please show yourself or else I will be keep on being scolded by the expertise(s).

Brain, I will face the exam this coming March. Im sure u know it well, right? That's why I really need your cooperation. I need your support. I need your spirits. I need your touch. I need those strength. Why cant u help me like the old days; during my School-age exams, matriculations etc etc. Why are u so quiet now? Dont u know that Silence is NO LONGER golden? Instead, Silence means NON PARTICIPATING. Please come back, I miss u, Brain, more than the words can say.

Brain; I named your colleagues, to help me memorizing and processing the mountain of medical stuffs; hippocampus, limbic system, cerebellum, temporal lobes, prefontal cortex, cerebral cortex. Sorry to whom I didnt mention, simply because the STML (short term memory loss) and LTML (long term memory loss) which I suffer nowadays.

Brain, if u are reading this, please come back, all of us are missing u. Your absence means so much to us. We cried and the tears getting dry day by day, hoping and wondering what happen to you.
(us = rows of books; tons of lecture notes; bunches of patient's case notes; patients, doctors, supervisors expectation etc etc )

BRAIN, I love u, I miss u, I need u.

Yours sincerely,
HIDAYAH JUTA
your owner.



p/s: After i find my Brain, probably I wont have much time to visit here. Enjoy reading, peeps!!

:D


Saturday, January 1, 2011

:: Eh Eh Masuk Tahun Baru La ::

Title post yg x masuk dek akal. Boleh pulak Eh Eh padahal dah ternyata sume org tahu hari ni new year Hoho

Pada entry lepas, aku membebel bebel cakap xde baju dinner lagi. Tapi tu cerita tahun lepas sebab tetibe je dah ade! hehe. Siapa sangka tetibe ade org blanje dress merah lagi tu ikut tema lagi you! heheh. SUKAAA :DD

To you: Thanx a looooootttt... (baca: terima kasih daun keladi) lalalala~
hehe, x ley cakap sape belikan sebab nanti boleh menimbulkan rasa riak & angkuh dalam diri orang itu kihkihkih (HAIIII AWAAAKKKK JANGAN MARAH YEEEE)

***************************************************

Hidup mmg adil. Kalo kita hepi, mesti ade benda x hepi. Mcm hari ni, punya la hepi pagi tu sebab boleh g baiki 2 pasang baju kurung.. heheh (ye ke sbb tu??).. Pastu tetiba mlm ni rasa nak marah giler giler ah. Sebabnye mulai hari ni, kena lepas 2 guardhouse utk masuk parking ke kawasan kolej. Tadi aku kuar g downtown sbb nak cari inner utk shawl. Tak bawak kad matrik. Lupa la! Pakgad 1 lepas masuk. Pakgad 2 x lepas so dia suh parking bawah (maksudnya depan hukm/parking pelawat)!! Aku punye la geram gile terpaksa g pusing2 dulu kat Jalan Yaakob Latif sebab geram sgt. Nasib baik x langgar motor tu sbb aku dah drive mcm org gilak! At last selepas puas menyumpah2, aku g parking kat pelawat. Ambik kau: 7pm-7am kena RM2 pastu subsequent hour tambah 50sen. X kuasa aku nak park depan KFC .. Takpun depan lobi HUKM sbb mahunya kena CLAMP kan. Aktiviti clamp tayar adalah hobi yg SANGAT2 mereka gemari.


Kebetulan masa aku masih berapi (yelah dol, kena jalan dari parking tu sampai ke bilik malam2 buta ni apahalllllll), Si ain jasmi telefon ape lagi dush2 aku sembur kat die. haha, kesian makcik tu x bersalah. Aku ngah geram, boleh plak makcik tu gelak. cis! (haha) Ak ckp kat ain, aku sumpah dia jadi biawak berkaki 5!! (Maaflah buat masa sekarang x dapat nak memenuhi azam utk berbudi bahasa)

Haha (gelak pulak kau datin) xpe2, sekarang aku dah sejuk setelah menunaikan solat Isyak 4 rakaat. Alhamdulillah.

Itulah kisah aku pada 1-1-11. Cantik ke tarikh tu? Ape yg ada pd tarikh? Kalu kawen pada tarikh cantik2, yakin ke x bercerai? Ya, nampaknya soalan berbaur provokasi dan memberontak *tetibe je. Huhu

Ape ape je lah kan. Yang penting skrg ni, aku xde mood nak tido. Esok kena hantar Sakinah g UiTM shah alam. Pagi2 lagi weii. Rase tanak tido da mlm ni. Cuti dah 2 hari tapi sepatah haram pun x stadi. Memang patut kena ketok kepala. Esok lepas hantar Sakinah kena g cover bed sebab Isnin ada Grandwardround utk team Hijau! Agogogo!! So, bila nak stadi? Org lain tiap2 hari pon nak update status countdown. Tapi x tahula pulak mereka stadi ke tak ntah2 saje nak psycho haha (nampak sgt Rationalization) heheh

Ok lah aku kene sambung keje aku ni. Esok2 aku mengarut lagi kat sini.


P/s:

Ain: dayah, dah masuk tahun baru 2011. bolehlah mula mencari pasangan hidup.
Aku: mcm mana nak cari?
Ain: ntah aku pon x tahu
Kami: kihkih hahaha hohoho heheheh