CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 30, 2010

:: Merdeka day, holiday ::

Assalamualaikum..

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53... yay! dh 53 tahun merdeka & saya bangga jd anak merdeka hehehe..
MySpace

Sempena cuti merdeka ni, SG aku ade buat reunion.. hehe, considered as reunionlah bcoz dh berminggu2 gitu x buat study group ni.. buat kt ibnu sina td. ramai jgk ye adik2 4th year study kt c2..ops yelah, diorg stady week skrg..dgr2 jgk diorg ade stadi psl ortho.. bestnye orthopedic! i like it so sooooooo much MySpace
hehe.. posting yg leisure dgn dokter2 yang lepak serta rilex.. suka sgt!!
lepas tu, cadang2 nye dlm kul 2.30ptg ni nak pegi la ward, clerk patient ke, prektis yg mane2 patot.. tp skrg dh pkul 2.50ptg.. uhuhhuuu, rase cam malas la plak.. hukhuk.. xpelah, g esok jelah, boleh..?? uuuuu

Lusa, Khamis, nk buat long case mini CEX ngn Prof Roslan.. ye, Prof Roslan mmg seorg yg tenang, tp soalan die sgtlah unexpected!! critical thinking mmg kna dasat..heeee... takot jgk ni.. nk ambik case ye utk present? hari tu dh buat Gastro, so kali ni ingat nk buat respi.. deiii.. mintak2 le ade patient yg available lg sesuai tu di clerk dgn finding yg simple.. huhuhu


Ok, tutup bab belajar. ak ni slalu je cerita psl benda2 berkaitan pelajaran.. iyolah, dh mende tu plg vital skrg.. kalo x blaja sungguh2 skrg ni, mmg nk kna mandi bunga la kn! dah x lama lg nk keje. 1 je ak harap; iaitu ak akn jd seorg doktor yg SELAMAT.. insyaAllah selamat.. aku tak mahu memudaratkan patients ak, ak xmahu menambahkan beban patient aku & plg penting, ak xmahu patient meninggal disebabkan kesilapan aku. Itu je. key word dia, SELAMAT.



Lain2 tu.. erm.. knapela kdg2 ak teringat kt dia. adeh. xsuka. xsuka teringat kt dia. siyesly. Ak dh delete sume mende2 berkait ngn dia. tp knape mende tu dtg lg. kalo lah kita boleh padam sket sesetengah ingatan, ofkos dgn pantas & tanpa ragu ak akn delete sume memories ngn dia. mmg xpatot utk ak ingt dia. benda ni dh lama berlalu. its been months. yes, months. lgpun dh mmg dia knal dat girl b4 ktorg officially break kan. so buat ape nk ingt org mcm tu. nmpak sgt tahap keikhlasan dia mcm mn kan? lantaklah diorg nk kawen ke hape, ko jgn ambik tau k? oh aku harap aku boleh pegi ke wad psy & buat electroconvulsive therapy. biar hilang sume tu. Ok, hidayah, steady ye. Jgn ingt lg mende2 tu. U moved on very well, and proceed well with it. SMILE k
MySpace
Spt ckp Ojie, nilah masa yg terbaik tuk ak hargai diri aku sendiri. ye, sms single ni lah. ye, ak kna betulkan balik ape yg x betol pd diri aku. Topup yg kurang spy bila smpai masanya tuk next relationship (sah2 la lambaaaaaaat lg kan, hehe) ak lebih mengenali diri sendiri & bersedia utk menerima sgl kelebihan n kekurangan si dia.
Bila difikirkan kembali, gerak hati, a.k.a instinct adelah petunjuk yg plg tepat. ye, cuma kdg2 kita je yg deny mende ni. Dulu, ms umi memperkenalkan ak dgn A (mmg nama sebenar), ak mmg dh gelisah. xtau nape. Bila A 1st msj aku, ak xde prasaan reply. namun, tkut dikata sombong, ak cuba reply. banyak kali cuba send, tp fail (tp stelah cube bnyk kali, dpt jgkla send). padahal coverage mantap, kredit mantap.. [boleh jd tu salah satu petunjuk spy ak tidak memulakan mende tu]. Lagipun, sms berkawan baik, jauh di sudut hati ak, ak mcm rase kitorg agak xserasi. ak rase mcm bkn jodoh ak. ntah, masa tu xreti nk tafsir. bila bergaduh ngn dia, ak rasa tenang. tp sbb dh bnyk kali deny, benda tu smua berlalu mcm tu je. Mungkin dia pn rasa mcm tu. Kalau Allah nk bg petunjuk, dlm ape cara pn boleh. Aku mcm berusaha nk jg hubungan tu, sbb ms tu ak dh baik ngn parents dia, adik dia. Ak dh sayang family dia sume. Pd ms yg sama, prasaan 'tidak tenang' tu sntiasa ada. Namun Allah lebih mengetahui semuanya. Dialah yg menganugerahkan perasaan kpd hambanya, dan dia jugalah yg berhak menarik balik semuanya pd bila2 masa. Sekuat mana pun kita berusaha utk mengekalkan sesuatu, tanpa izinNya, perkara tu tidak akn berlaku. Allah telah menyusun yg terbaik utk hamba-Nya, dan ak sbg hambaNya yg redha, harus pasrah di atas semua ini. Aku slalu mahu berfikiran positif terhadap perkara ni namun lumrah manusia akn sentiasa terkenang2 sesuatu kehilangan. Xperlah, as THE TIME MOVES ON, semuanya akn berubah. Yg pnting, pandang ke hadapan.
MySpace
Tp yg ak plg ralat, hubungan baik ak ngn Mak dia akhirnya terputus mcm tu je. Salah ak krn terlalu mudah mesra dgn org, terlalu percaya dgn org. Sehingga ak xpernah terfikir perkara sebegitu yg akn berlaku. Bukan bermaksud ak tak berfikir sblm buat sesuatu, tp ape yg berlaku mmg di luar jangkaan. Susah jg ya jika terlalu berbaik sangka kpd org lain. Apepon, ak ttp syg mak dia sbb mak dia ni mmg lembut orgnya, & cepat syg kt org. Setiap kali guna telekung pemberiannya, teringat plk kt makcik ni. Ralat jg krn x sempat nk membalas segala hadiah pemberiannya (ape khabar dia skrg ye? mungkin sdg buat persiapan nk sambut menantu baru?? huhu.. mahu jg bertanya khabar namun utk menghubunginya lg, mmg xmungkin.....)
Hmmmm... Spt yg pnah ak ckp dlm entry dahulu, ak kna belajar dari kesilapanku. Ya, belajar dr kesilapan dan jgn menyalahkan org lain. Dan mmg itu yg aku cube buat skrg :)) tetapi jgn plk suka mencari kesalahan sendiri sbb ia boleh membawa kpd Major Depression Disorder.. huhu


akhir kata, smoga Malaysia terus maju di era kemerdekaan ni.. hehe, xpelah penutup xde kaitan sgt dgn entry pon, yg penting hati gembira dpt menulis di sini.. hehe
MySpace





:: fasa ke 3 Ramadhan ::

Assalamualaikum..
petang Isnin yg hening, di rumah yg sunyi sepi..

Sedar atau tidak, hari ni dh masuk hari ke 20 bulan Ramadhan ni. Jadi tinggal 10 hari lg kita sblm ia pergi meninggalkan kita. Tunggulah setahun lagi, itupun kalau dipanjangkan umur, barulah boleh bertemu kembali bulan penuh kerahmatan ini. Namun, ape yg telah aku peroleh sepanjang Ramadhan ni? ade perubahan ke dari segi ibadah? tepuk dada, tanya iman.

Dalam hidup ni, mmg susah nk istiqamah dlm membuat sesuatu. Belajar ke, ibadah ke, ape2 jelah, susah nk maintain sbb tiada semangat kental dlm jiwa kita.

So aku berharap masih sempat utk aku perbaiki ape yg boleh, selagi Ramadhan masih bersama kita. Spt yg Umi selalu pesan, kejarlah 10 mlm akhir, kejarlah malam Lailatul Qadr, sesungguhnya satu malam itu adlah lebih baik dari seribu bulan. Ya, mungkin ade yg akn berkata, jgn jadi hamba Ramadhan namun xsalah jika perubahan ke arah positif itu dimulakan pd bulan ini, dgn harapan akan berkekalan sehingga ke bulan2 seterusnya, sehinggalah bila2.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr

Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Fadilat Lailatul Qadr

Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?

Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :

"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].

Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :

"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.

Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).

Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :

"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342)."

Semoga dgn izin Allah, kita semua akan dipertemukan dgn malam penuh barakah itu. Marilah sama2 mendoakan yg terbaik utk kita semua.

sekian.

Saturday, August 28, 2010

:: saya semakin dull ::

Ahad
10.15pg
it's a sunny day
MySpace

Assalamualaikum..
Salam pg ahad..td lpas bgn tido, i did some housekeeping.. huhu, dh mlm td ain jasmi ckp meja stadi aku berhabuk.. huhu.. ye, dh lame xlap meja ni. dh guna pn jarang, mane la x berhabuk??
huuuuu

ni nk citer psl smalam..yes, yesterday.. ak kuar shopping ngn adik bradek.. mimi ngn mad purposely dtg KL sbb nk shopping raye.. so aku, EJ, kinn, mimi n mad pegila Jln TAR..n SOGO.. gerak dr s.alam pn dh pukul 11 lebey.. EJ la ni tido x kabar ingt dunia.. kami sewa 1 bilik hotel kt shah alam, sene duk skali..


dan semestinya, Jln TAR itu sgt sesak!! ramai gile org, ramai org gile??huhu.. kt sogo ak just beli 2 tshirts.. org ramai sgt, rase nk lempang je suh diorg balik! chett! kt sogo jgk, jumpe K.APAI yg baik hati.. (K.APAI adelah master student Prof Suzana, dia baaaaaanyaaaaaakkkk sgt tlg my group ms buat SSM dulu.. K.APAI la tlg ambik cell dari store, k.apai la yg ajar RNA extraction, die jgk yg ajar western blot..k.apai, tenkiu ea sume2 tu...)
niat ak kluar hari tu adelah nk shopping sakan, nk berhabis banyak2.. ade 2 sbb:
1. sbb ak dh lame x kuar shopping baju
2. mmg nk shooping tuk raye..
unfortunately, bile tgk baju2 tu, ak mcm xde prasaan! kalo dulu, pantang jln2 sket mesti ade je yg berkenan! oh apekah yg terjadi pd diriku ini?? then ak just beli jela tshirt tu, kalo x penat je jalan kalo x beli ape2..then kt jln tar pn mcm tu jgk.. aku cadang nk beli 2 psg bju kurung siap, 1 utk ke klas, 1 utk raye.. TETAPI.. xde yg berkenan! penat je jalan di celah2 org ramai gile tu!! adoyaaaiiii... nak x nak kna beli kt klate jgk la.. yg pasti akn melibatkan UMI.. haha..
apela aku ni, dh besar2 pn nk harap kt umi lg.. tp siyesly, kalo kuar ngn umi mesti ade yg berkenan sbb umi ni ade 'the art of persuasion'.. kdg2 mende xcantik pn, bile umi oyak cantik, mesti aku terpengaruh.. huhuhu..

huhu.. itulah, kesimpulannye, tanpa ak sedari, ak dh berubah dr segi keghairahan shopping.. juga dr segi pemilihan baju.. kalo dulu ak suka beli baju pelik2 sbb ak ni jnis xsuka same ngn org lain, ak suke lain dr yg lain.. (tgklah baju dinner kt PICC dulu, dress leopard siap!!) tp skarang, bila beli baju, ak bnyk beli yg plain, yg simple.. MySpace

adakah seiring dgn peningkatan usia, akn berlaku perubahan mcm ini??
oh aku sudah 23rd!! si perempuan tua yg masih x habis blajar (@_@)
MySpace

hehe
MySpace

kemudian g berbuka puasa ngn SUMAE n CIKSU kt Johny's BB plaza..
ni le antr gmba2 yg smpat ditangkap..






sekian, smoge berjumpe lg .. :)

:: kenape ALLAH temukan kita dengan org yg salah ::

Assalamualaikum..

jam menunjukkan pukul 1.05pg, 29th August 2010..

ak xtdo lg coz duk surfing internet, aktiviti wajib mlm ku MySpace

kt FB td ade sorg kwn share psl mende ni, so aku pn nk share kt sini lah.. best3..Smiley

~~Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..~~



sekian ..

Wednesday, August 25, 2010

:: DuLL ::

oh blog ini sgtlah dull..
oh tp xpelah.. aku malas nk menghias.. asalkan ade tmpat utk aku membebel pn dh cukup...
yeayeayyy :))))))

:: uh-huhh?? ::

25/8/2010
18.50 pm

Assalamualaikum.. spt biase, senyum dahulu :)
senyum adelah sedekah, oleh itu senyumlah selalu :)

spt biaselah, ptg2 xde keje mcm ni marilah menaip di sini..hehe..boleh gak recall balik ape yg aku buat hr ni...

eh, start ngn mlm td la.. last nite was another unfortunate night.. i slept at 11pm and woke up at 6.30 am. nice!! i just manage to read Gullain-Barre syndrome, bulbar & pseudobalbar palsy.. the cardiovascular and respiratory system was left untouched! huhuhu

Then pg td terasa rajin utk pegi CPC.. nice cases.. regarding awareness under anaesthesia.. kesian patient!

Kul 11 ade seminar dgn Prof Raymond :)) case stroke.. bestnyeeeee... bnyk common mistakes yg prof betulkan.. kdg2 mistakes tu xprasan pn sbb dh terbiase buat dlm daily practise...
ni antara yg Prof betulkan:
  1. Biasanya student (and even HO/MO) tend to write 'right facial asymmetry'...salah ayat tu.. >>>supposedly ckpla 'facial asymmetry with drooping of right cheek' ke ape ke..
  2. Kalau patient ade slurred speech, kna ckp jgk kt Dr ape yg dia ckp.. bezakan antara dysphasia, dysarthria..
  3. Jangan guna 'abnormal movement'..>>> instead, specify whether it is 'abnormal voluntary movement' or 'abnormal involuntary movement'...
  4. Then, in general examination, usually student tend to say "........she was lying COMFORTABLY in bed.....bla3.." >>>how do u know patient is comfortable?? comfortable is a symptom, not sign.
  5. Masa present GCS, jgn ckp "GCS score was 15/15" >>>tp kna ckp Glasgow Coma Score was 15/15..
Pastu Prof lukis brain structures: motor, sensory homonculus, internal capsule, external capsule, reticular fiber, bla3.. pastu Prof relatekan kalu lesion kt tempat tu, ape sign n symptom die.... waaaa.. principle die sgt senang!! ak pn nk jadi terer mcm Prof jgk... huhuhu

Pukul 2 plak ade Seminar Emergency Medicine ngan DR NGIU..aku punyela berdebar..dh rumors ckp dia ni sgt2 garang.. then bila dia smpai terus aku terkedu.. nak2 plak dia x bwk slide presentation dia n ckp it will be an interactive session.. DOLL!! cuak gile.. haha.. nak2 plak aku duk dpan skali dpan batang idung die...!! haha..
Rupe2nye.. hari ni dia sgt nice.. hari ni lah aku officially kenal Dr Ngiu.. biase dgr org ckp je.. td OKlah, xde pon dia marah.. dia ckp dia mmg suka torture org.. huhu,, xtawla tu dh aku xpnah kene.. tp bestlah td.. dia highlight emergency cases that medical students should know in n out..
  1. acute exacerbation of bronchial asthma
  2. acute exacerbation of COPD
  3. pulmonary embolism
  4. status epilepticus (bila suh define, sume org senyap!! huhu)
  5. and of course, our best fren acute coronary syndrome
  6. pericarditis
  7. meningitis/encephalitis
  8. tumor lysis syndrome
  9. DKA, HHS
  10. addison's crisis
  11. electrolyte imbalance
  12. poisoning: Paracetamol, paraquat
  13. nephrotic, nephritic syndrome
  14. Wernicke-Korsakof syndrome
  15. Guillan Barre syndrome
  16. Chronic hepatitis..
dan lagi n lagi laaaaaaaaaaaa

aaaa.. bnyknye.. adoilllaa... hukhuk...
xtaw nk cakap apa da.. harapnye aku akn lebih BERMOTIVASI utk belajar... tu je..
oh encik mata, tolongla bg kerjasama.. ok :))
sekian, wassalam :)))

Tuesday, August 24, 2010

:: study vs tido ::

Assalamualaikum.. salam hormat, salam 1Malaysia.. hehe

mulakan dgn sengihan.. :D hehe

Arini balik bilik awal.. kul4 lebih dh balik..:)) xpenat :))
pg td dlm kul 10.30 lebih2 sket ade teaching ngn Prof Roslan, abis kul 1.30 lebey kot.. lame jgk ye.. ade Dr ckp, Prof seorg yg sgt bizi & blh jd klas kitorg tu batal, tp wupenye sgt rilek je..hehe..sblm ni xkenal pn prof.. mgkin pernah tgk, tp xprasan.. even ms 3rd year dulu pn aku xkenal prof Fauzi yg sgt well-known tu.. (oh, aku ni mmg seorg yg ignorant, n not a good observer..!!)prof sgt soft-spoken.. seronoknye present summary kt prof! oyeaahh.. (summary je kut..)haha..ingt kna present full, tp prof ajak g tgk patient.. seb bek aku dh examine patient tu, dia ade hepatosplenomegaly..so Nad yg kna wat short case..
so, in 60/M/female, differential diagnosis for hepatosplenomegaly??
1.M....
2.M.....
3.M.....
4.etc etc

prof punye stail: sume org present, pastu yg mane ade finding yg seswei nk wat short case, g kat patient.. ok la.. x stressful.. then Prof nk wat mini CEX.. Choy Yin volunteer..mini CEX ngn Prof agak tough jgk la.. bnyk mende tanye.. unexpected plak tu.. tp okelah, tnye practical things, esok2 keje pon mmg kna wat benda yg prof tnye tu.. next teaching will be on thursday afternoon..

(^___^)V

Pastu g wad 5, tnye HO kut2 ade pape bleh buat..YE, ade blood culture!!! Dr saye nk buat!!! nah, patient bed 9...aiyakk.. dpt plk patient Steven-Johnson syndrome.. generalized rash.. mmg xnmpak la kan vein tu.. mintak tlk MO tengokkan vein.. dia ckp susah ni, biar HO jelah buat.. tp aku berkeras jgk nk wat.. yelah, esok2 aku HO jgk, so boleh jd aku kna amek blood patient SJS jgk.. so, try jelah.. huhu.. sory ya unti.. lpas sterilize cubital fossa tu, mcm nmpak xnmpak je vein..padahal dh ikat torniquet.. palpate pn xrase sgt, MACULAR-PAPULAR rash.. at last, i made a try la.. POKE! xmasuk vein..try cari2 area tu..adeh, xdapat jgk.. mintak tlg Dila cari HO.. HO pn dtg tlg wat.. at first dia pn xdpt jgk.. poke skali lg kt vein lain br dapat.. tu pn 6mls je.. OK la..then aku dgn senang hatinye sumbat 3mls to each bottle of BACTEC..hehe :)))

Pastu lingering around ward 4, 5.. patient ramai tido.. nk clerk pakcik tu,seterusnya wat respi examination,tp die mengah plak..demam katenye..nk buat eye examination kt pakcik 3rd nerve palsy tu, sakit kpale n tido plak.. rosak smangat I!! at last lepak2 ngn Pija n Nad kt surau pastu balik, singgah ibnu sina baca BERITA HAIRAN.. pastu smpai bilik terus buka FB (spt biaselah) n terasa nak menaip di sini.. hehehe

Rilek sungguh hidup aku.. mlm td plak.. lpas solat mgrib tertido ngn telekung..ingt nk tido jap pastu bgn g teraweh.. nmpak Yani nk g surau, ak ckp kejap nk amek wudhuk lain sbb dh tertido....TAPI...tersedarku dari lena, jam menunjukkan 10 mlm.. adoooiii.. xg terawih kt surau.. bgn solat Isyak.. pastu smbg tdo smpai pg....hmm.. sia2 je malam aku!!

harapnye mlm ni... adelah something yg aku buat!! nak stadi.. nk stadi!!! banyak kut x stady lg.. i mean, review la.. dulu ms 3rd year kan pnah baca tp sebagai seorng pelajar yg mempunyai penyakit STML aggravated by LTML, ofkos la lupe habesss... adoooila....

So.. mlm ni, aku berazam nk bace:
1. NEUROLOGY: GBS, bulbar & pseudobulbar palsy
2. CARDIOVASCULAR: valvular heart disease
3. kalo rajin belek la RESPIRATORY
3. cukuplah tu.. bnyk tu, mcm sempat je.. hehehe

till then, smoga azam aku berjaya!! kna amek nescafe la mlm ni.. oyeahhh!!
sekian...

Sunday, August 22, 2010

:: kisah itu ::

assalamualaikum..

ketika rasa rajin menaip..mari menaip lg.. kerna esok lusa belum tentu akn ku menaip.. huhu

berkenaan kisah itu...ya, kisah itu..
kisah itu kisah silam...(walaupun xdela silam sangat, huhu).. let bygone be bygone..

Allah knows what is the best for u, Hidayah...
sesungguhnya aku dapat merasakan hikmah di sebalik apa yg berlaku..
rase menyesal sbb menangis krn seorg lelaki.. ya Allah, hinanya aku!!susahnya menangis keranaMu, namun kerana seorg lelaki, laju sahaja airmata itu keluar.. ampunkan aku Ya Allah......

Jodoh pertemuan di tgn Allah.. berserah & berdoa kpdNya..semoga dikurniakan yg terbaik.. segala yg berlaku pasti ada sebabnya.. pasti ada pengajarannya.. yg penting, aku mengambil iktibar..sesungguhnya pengalaman itu akan mematangkan seseorg jika dia mengambil iktibar dr apa yg berlaku..

at the end of the day, baru aku tahu langit tu tinggi ke rendah.. tp aku redha dgn ape yg berlaku.. aku akui kesilapan aku..ya, bnyk salahku.. xpelah jika dia nk letakkan semua kesalahan kpdku..letaklah..(namun tipulah jika hati ini tidak terusik melihat dia sudah punya pengganti, malah merancang ke jinjang pelamin.. tengok, begitu mudah hati berubah..ternyata dia bukanlah jodohku)..kuatkan semangat, lupakan sahaja semua itu..itulah tanda hamba yg redha..

aku selalu mengingatkan diriku dgn ayat2 suci ini:

"...dan blh jadi kamu benci kpd sesuatu padahal ia baik bg kamu, & blh jadi kamu suka kpd sesuatu padahal ia buruk bg kamu. dan ingatlah Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tdk mengetahuinya"
Al-Baqarah:216

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Al-Baqarah:286

InsyaAllah, akn selalu mengingati ape yg tersirat disebalik ayat itu..

Dulu umi dah pesan: nk berkawan tu jgn bersungguh2 sgt, ingat kita tu plajar tahun akhir, nnt ape2 blaku, kita jgk susah..kita jgk xboleh blajar..
--> oh Umi, betul ape yg umi ckp..tp dulu degil, mabuk bercinta..mabuk air kosong!! org nasihat xdgr..skrg dh betul2 jd.. sendiri mau ingatla..hukhuk.. sesungguhnya IBU mmg mempunyai instinct yg baik terhadap anaknya.. oleh itu, dgrlah cakap ibu..
slpas ape yg berlaku, ak malu kpd Umi..nasib baik Umi x mentertawakan aku, malah memberikan aku semangat.. "sudah2, xpyh fikir lg, kita mahukan yg terbaik, doa bnyk2 insyaAllah akan dikurniakan yg terbaik..nnt Umi carikan yg lebih baik" (ayat last tu mmg menarik perhatian, hehe)

akhir kata, tumpukan perhatian pada pelajaran.. kerana itulah fokus utama aku.. ya FOKUS!!
ak mahu menjadi pelajar perubatan & doktor yg berguna, yg dpr mengaplikasikan apa yg aku pelajari utk membantu org lain..
semoga dipermudahkan..Ameeen..

sekian.

:: aku, saya, me, im etc etc ::

assalamualaikum..

hehe (mulakan dgn sengihan)..hehe skali lg.. :D
giler ah dh 4 bln x hapdet blog.. mmg xseswei jd bloggers la aku ni.. bnyk mende nk cerita, maklumlah aku ni kan talking machine.. tp malasnye laaaaaaa nk menaip... dan jgk sbenarnye ak terlupa ade blog ni rupenye.. chettt..

merujuk kpd tajuk di atas, itu adelah kata nama yg akn ak guna utk bahasakan diri aku.. oyeaahh...

merujuk kpd perkara lain pula....
"cik hidayah boleh ceritakan perkembangan terbaru skrg?"
--> oh.. ak skrg dlm internal meds posting, esok masuklah minggu ke 5...Ya Allah, dh minggu ke 5!!! cepatlah plk masa berlalu...yes, THE TIME KEEPS ON MOVING... siriyesly, aku x khatam lg baca... aaaaaa.. tensennyeee... (buat2 tensen hukhuk..)
ekceli ak bkn tanak stadi, ak slalu berazam nk stadi.. tapiiii.. bile bukak buku, otomatik bukak internet sbb senang nk cari info kalo bace x faham.. kalo bukak internet, msti bukak fesbuk.. bile bukak fesbuk.... hancur lah hariku.. terlepaslah malamku.........lg 1, ak ni susah btol nk fokus.. slalu je berkhayal n easily distracted!!haddoooiii (mengeluh je keje)..
xpe2, masih ada masa utk perbaiki sumenye..do the best in these subsequent 3 weeks.. gogogogog

Ya Allah, tetapkanlah aku dijalanMu.. ikhlaskan hatiku utk menuntut ilmu keranaMu.. kurniakanlah aku hati yg istiqamah....
ameeen..

okei.. till we meet again.. :))