CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 10, 2011

:: Oranje T_T ::

Dah seminggu tak menjenguk langsung ke sini. Maklumlah stadi hard bagai nak rak. Nak runtuh rak buku. Kate nak jadi gold medalist, mestilah kena stadi melampaui batas.

Ok2, tak baik menipu malam Jumaat ni. Sebenarnya kena sambung posting O&G kat Hospital Slim River. Rumah sewa kat sane xde internet so x bolehlah nak membuang masa kat sini. Heheh.

Buat pertama kalinya, pergi ke sana (Slim River) dgn ihsan pengangkutan UKM. Sebelum2 ni bila kena posting luar, pergi ngan Oranje, kecuali Posting medicine kat Teluk Intan naik CRV dak Nad. Barulah aku rasa betapa peritnya nak angkut beg kotak yg besar tu pergi ke tempat tunggu bas UKM. Tu tak masuk dgn beg kecik 1, beg kecik 2, beg kecik 3. Masa ni lah baru rasa rindu sangat kat Oranje. Nyesal pulak tinggal kat rumah. Siyes nyesal. Kena pack barang dgn bijak sekali untuk melimitkan beg yg akan dibawa. Aku ni perempuan, bnyk barang nak kena bawa. Cth utk minggu ni, 5 hari ada kat sana, aku bawak 4 psg baju kurung, then ade lah t-shirtsss & long pants untuk on call dan juga utk kluar makan. Tak masuk towel, cadar, selimut, telekung, toiletries, buku2 dan jgn terkejut, comforter pun angkut same.

Kalau ade Oranje, main campak je sume mende dalam kete. Siap bawak bakul mandi yg besar tu. Berpasang2 selipar kasut boleh bawak. Boleh iron baju siap2 dari kolej pastu hang dalam kete. Nak bawak 40 beg pun boleh. Lagi skali menipu sbb boot blakang MyVi kecik je x mungkin muat 40 beg.

Dan posting kali ni x sempat nak berkunjung ke Tanjung Malim. Selamat duitku yg menipis ni. Situasi baik utk org boros .

Bila cerita kat umi, umi cakap takpelah bersusah2 dahulu la sekarang. Dan umi mcm regret jugak, dia x tahu lepas cuti hari tu aku terus ke Slim River. Ingatkan lambat lagi. kalau tahu aku nak pegi bagi aku pinjam kete dia dulu. Dan kalau ade posting ke luar lagi, dia nak bg kete dah. Umi tanya perlu sangat ke myvi tu aku cakap xpelah, x perlu sgt pun. huhu. Taknak bagi umi pikir banyak2 pulak pasal kete ni. Padahal dalam hati, craving for it. Milysa oii, cepatlah naik balik, bos kau tu perlukan kete besar, so tak payah nak nyusahkan aku lagi. T_T. Tapi kate umi bulan ni mungkin ade luck sikit dari segi bisnes tu. InsyaAllah.

OK habis bab Oranje yg dirindui.

Kau tahu (gaya mulut becok), Sabtu ni ada exam FORENSIK. Dan sesungguhnya tak habis baca lagi. Sebabnya, senior cakap, soalan dia TRUE FALSE 50 soalan. Rupanya tahun ni dia buat soalan jenis OBA dan EMI. Nak tahu mcm mana, OBA ni killer tau. It stands for One Best Answer. Semua jawapan yg disediakan betul, tapi kena pilih yg terbaik. Utk EMI pulak, Extended matching item, dia bagi list jawapan dari A-G/H pastu ade 5-6 soalan kat bawah tu. Haa, pilihlah yg terbaik. Aku ingat true-false mcm biasa so stadi ngn sbelah mata jelah sbb tgk soalan2 lepas, xdelah mencabar sgt. Rupanya tahun ni, dia tukar pulak. Adoi.

Tapi best jugak tau baca Forensik ni. Hehe.

Eh, hari tu kat Hosp SLim River, specialist O&G tu ada bagi teaching pasal Reduced Fetal Movement. nanti kalau rajin aku taip kat sini apa yg dia ajar sebab dalam buku 10 teachers xde tajuk specific pasal reduce FM ni. Nak tau kenapa Dr ajar tajuk ni, sebabnya simply because masa aku present kat ward round pasal patient aku yg admit sebab reduced fetal movement, Dr cahap history aku x lengkap langsung waaaaa.. xpe2, nasib baik aku present kat Dr, baru dr notice yg kitorang tak tau sgt pasal reduce FM tu. So, dia buat teaching free. yeay!! Thankiu Dr Ju!!

Oklah, aku lapar ni. Nak makan Prosperiti bege yg dikirim kat Erma tadi yg kuar g Mekdi. Maklumlah org yg dah xde 'kaki' ni kena kirim kat orang jelah. huhu..


1 comments:

kinn said...

hari tu aku drive oranje g kbmal.hoho
bdw, gud luck sis! (^_^)V

Post a Comment