CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 2, 2011

:: Malu pilu segan silu ::

Entry ini mengandungi unsur perasan melampau tahap III. Sesiapa yang menghidap penyakit seperti yg akan di listkan, sila jangan baca. Pergi main buaian di bawah pokok sena. Atau lempang kerusi malas laju2.

1. Sakit jantung
2. Kencing manis yg serius
3. Darah tinggi
4. Kancing gigi
5. PHD (perasaan hasad dengki)
6. Persecutory delusion
7. Bipolar disorder
8. Perampas suami org.

Tapi kalau nak baca jugak, sediakan besen dan air suam pencuci mulut sebagai persediaan, kut2 termuntah la.

Pada entry ni, aku akan bahasakan diri sebagai 'saya' kerana isi entry ini agak sopan dan lebih sesuai lagi feeling.

Ok, macam ni. Saya sebenarnya serba salah nak tulis ke x pasal ni sbb mende ni lebih bersifat peribadi. Tapi memandangkan saya berkeperibadian tinggi, saya cerita jelah. Seperti yg saya war2kan sebelum ini, saya ni kononnya dah malas nak berkenalan dgn encik lelaki kononnya mahu jodoh diaturkan oleh keluarga. Dan memang umi saya yg cekap itu ada bertanya saya, nak tak dia tu nak tak dia ni sejak saya di bangku tahun 2 lagi. Tapi semua saya cakap tak nak tak nak sampailah hujung tahun 2009 umi saya perkenalkan saya dgn seorg lelaki bujang. Mungkin teruna. (haha *mungkin*). Saya sempat berkawan sekejap kerana hujan di tgh hari.

Kemudian saya hidup membujang lagi. Motif hidup adalah utk umi aturkan semuanya. Dah malas nak fikir, sampaikan cakap kat umi, umilah buat keputusan, kalau baik bg umi baiklah bagi saya. Ayat tersebut sangat looser kan. Ade aku kisah? *Kiter bakorr jeee*. Jadi, saya mewujudkan entry ini heheh. Dalam pada itu saya bergaduh dgn encik lelaki yg mahu berbaik dgn saya. Huhu. Betul orang cakap, nak benci orang biar berpada2. Benci la benci nanti suka. Dan betul ia berlaku ewww (#^_^#). Nyah, mak malu nak teruskan cerita ini.

**cer citer, cer citer**......
baiklah, mak citer lagi.

Jadi, saya telah 'terberkawan' dgn seseorg. Ap yg saya suka pada beliau adelah, beliau seorang yg spontaneous; kau ceritalah apepun, masalah ke, hal2 pelajaran ke hal2 kemandirian spesis reptilia ke, pasal hantu kak limah balik rumah ke, bliau mesti ada idea nak komen, cadang, lawan kau. Ok, henti di situ.

Namun, pada kepulangan saya sempena CNY tu, seseorang tlh dtg ke rumah, dgn tujuan 'tengok' saya. Huhu. Sebenarnya encik itu sekeluarga telah datang ke rumah pada tahun lepas. Tapi masa tu kan saya tiada di rumah. Jadi sempena kepulangan saya, encik itu datang berseorang sebab nak kenal dgn saya. Adoi. Kelakar pun ada. Memang segan silu malu malu meoww control ayu la saya. Hihi. Senyum2 sopan je. Macam bisu ke tanya sepatah jawab sepatah. Neves ape kau tahu. Dahla taktahu nak pakai baju ape. Pakai baju kurung kang over pulak. Pakai tshirt kang selekeh pulak. Pakai ketat2 kang nanti cakap nak goda pulak. At last just pakai t-shirt ala blouse kaler pink ngn jeans n tudung kelabu. Masa tu, kawan abg aku yg bernama Bukhari kebetulan dtg rumah jgk, dia cakap muka aku dah sama kaler ngn baju.. Meoooowwww.. Nasib dtg sorang, kalo datang ngn mak bapak, lagi gigil aku nak tuang air dalam gelas. Nasib baik hari tu umi yg tolong tuangkan bahahah.

Apepun, umi dah bgtahu dia. Orang2 tua ni hanya menemukan, tapi terpulang kepada mempelai (ceh ceh) sama ada jadi atau tak. Terserah kepada dia macam mana nak berkawan dgn saya, nak add kat FB ke nak telefon ke ape2 lah.

Umi pn cakap mcm tu jugak kat saya. Berkawanlah dulu tgk macam mana. Xsemestinya jadi, xsemestinya ada jodoh. Kan kan. Tapi memandangkan saya kan sudah 'berkawan' sekarang ni, so mcm x jadilah kot. Ntah.
*awak, kite setia taww* ngahahahah

Eh sebelum terlupa, Bukhari brtaw jugak, semasa encik itu bersembang2 dgn dia, mata encik itu menjeling mencuri2 tgk saya yg sopan santun dan menghormati org tua ini.. Wahahahaha seronoknya boleh bercerita dgn perasan sekali di sini..

Errrmm.. Saya tidaklah mahu berkahwin sejurus selepas tamat belajar. Mungkin setahun, mungkin 2 tahun dari sekarang. Umur pun dah lanjut kate nak family size of 4. Tapi saya letak target x lepas la 2 tahun kan. Nak kumpul duit, harta sebelum kawen. Yelah sape tau nanti laki saya g lari ngn bibik kang nanti xdelah saya terkapai2 kelemasan. Huhuh muluuuutttt. Nauzubillah.

Ye, yg penting istikharah. Minta petunjuk Allah, yg mana terbaik buat saya. Kita kan mahu yg terbaik utk diri kita, jadi marilah kita sama2 berdoa. Saya mahu jadi isteri solehah!!

p/s: Dan masa berlalu begitu pantas! 14 march semakin hampir. Aaah, menyibuklah kau, pegi jauh2!!

0 comments:

Post a Comment