00.20
5-12-2010
Assalamualaikum..
Seperti yg telah aku war2 kan sblum ni, ye, aku akan berlepas ke Hospital Slim River esok! eh ekceli bukan esok sbb dah masuk 5/12.. sebetulnya pagi nanti !!
Setelah berhari2 memikirkan nak drive ke tak g sane, akhirnya aku memilih utk drive. Ya, aku x boleh selfish ! biarlah duit habis isi minyak kerana harga RON 95 telah naik lagi, asalkan mereka di sekelilingku ini berasa bertuah dapat berkawan dgn aku ! (kihkih). Lagipun tol tidaklah semahal ke Teluk Intan mahupun Kelantan so OK lagi lah (rationalization). Tidak mengapalah, walaupun aku terpaksa mengikat nafsu di Jusco tadi, tidak mengapalah walaupun aku hanya memandang sepi sale-sale sehingga 70%, tidak mengapalah walaupun ku cuma membeli sepasang sandal murah keluaran Hawkeye tanpa memberi peluang kpd badan genitku (cheh!) utk meninjau2 baju utk memastikan tiada yg berkenan. Tidak mengapa. Tidak mengapa.
^^,
Ptg Jumaat, lpas Seminar yg memberangsangkan dgn Prof Ong (ala, yg aku jwb 'poisoning!' dan prof ckp 'very good, thank you' tu la, kihkih), aku berkejar balik ke bilik utk solat dan bersiap. Sume buat laju sbb pada masa tersebut, Puan Napisah sudah menunggu aku di Nagoya Textile di Jalan TAR ! Lantas dgn perasaan megah xpasal2, aku memecut Oranje dgn kelajuan ala-kadar kerana kenderaan agak banyak memandangkan jarum pendek kepunyaan jam menunjukkan ke arah lebih sedikit dari angka 5. Manusia2 gigih berkerja baru keluar Ofis! So makan jugak setengah jam utk sampai dari HUKM ke Sogo. Aku parking kat Sogo!
Dengan kelaparan yg ekstrem, aku membeli 4 ketul tako-yaki yg lazat, dan seterusnya berjalan spt itik pulang petang ke Nagoya berdekatan. Sesampainya, kami terus ke tingkat 2, tempat langsir. Menakjubkan, harga2 di sini jauh lebih rendah dari Nagoya Kota Bharu. Perbezaan yg significant! Contohnya kain shield langsir tu, kalau kat Nagoya Kelantan, harga telah mencecah sehingga RM19 semeter. Ni yang cantik2 tu la, bukan yg plain corak murahan tu. Di Nagoya Jln TAR, yg cantik2 tu harganya cuma RM11.52 sen (selepas sale 10%). Puan Napisah dgn senang hatinya membeli 5 meter setengah. Xperlu beli banyak kerana kain itu bidang 110. Paling terkejut, kain langsir yg kami beli di Nagoya Klate dgn harga RM16 smeter, dgn tulusnya dijual dgn harga serendah RM9.80 setelaah diskaun. Puan Napisah kelihatan sgt kecewa. "kalaulah x beli lagi masa tu.." rungut beliau.
Murah dan mmg murah. Beli itu ini itu ini, jumlah cuma RM 400 lebih. Memberangsangkan. Hari tu kat Nagoya Klate, beli langsir utk 2 buah tingkap sahaja sudah mencapai RM 600 lebih. Tidak termasuk upah menjahit. Mahal gile. Mmg menyesal beli dulu. Kalaulah terfikir awal2 utk pergi beli kat Nagoya Jln TAR.........
OK, setel bab langsir. Skrg ni, sempena cuti smester, abg aku yg doktor tu (sepatutnya la, heheh) membuat perniagaan memasang wall paper ! Alang2 boleh dpt murah, umi mahu tampal wallpaper kat salah satu dinding rumah, iaitu di ruang tamu kedua yg sempit, muram dan dull, supaya kelihatan lebih menawan dan tidak nampak miskin (cheh!)! So sebagai seorg yg mempunyai kuasa veto di rumah, aku mempunyai hak utk memastikan wall paper yg akan dipasang adalah mengikut citarasa aku. Heheh ! Ya, aku telah memilih dan membuat keputusan, cuma x bgtahu abg aku lagi. (aku pilih merah.. kihkih)
Pada 2 minggu lepas, umi sudah dtg KL dan aku menemani beliau utk membeli karpet. Lokasi rahsia. Melihat karpet2 dgn harga 'jelita' aku berangan utk memasangnya di rumah kepunyaan aku sndiri nnt. InsyaAllah kalau ade rezeki. Dan spt biasa, umi telah mewarkan harga yg tidak masuk akal kpd penjual, sehingga dia berpeluh2 melayan kami. Cuba bayangkan, karpet yg dijual rm 1000, umi telah tawar-menawar sehinggakan penjual tewas lantas menjualnya dgn harga rm600 shj. Pakcik tersebut telah kerugian 400 secara kasarnya (ataupun, boleh jadi, dia letak je 1000, pastu dia jual 800 ke.. so kalo sepatutnya dia jual 800, dia dah rugi jgk 200). Tapi karpet ni besar jgk, 8x12 kaki. So aku assume 600 tu berpatutan dgn saiz. Sememangnya umi mempunyai THE ART OF PERSUASION yg begitu bagus. Murah je kan karpet tu, ala karpet rumah korg mesti lagi tebal, tenggelam sampai ke lutut dan harga beribu2 kan? Kami hanyalah org miskin yg membeli secara murahan =.=
Ok. Pagi td pulak ke rumah baru Uncle aku, Encik Ruzaiman dan isteri Puan Hanis yg letaknya di Putra Heights utk tujuan housewarming. Sumpah cantik sangat2 rumah itu. Kalo bleh nak beli sebijik jadi jiran. Walaupun interior design baru sampai tahap suku, namun aku yakin rumah itu akn menjadi rumah moden kontemporari yg sgt megah. Tahniah kpd mereka yg akhirnya mendapat rezeki berganda, memandangkan Puan Hanis aka Cik Su sedang pregnant 7 bulan dgn jayanya. Aku doakan mereka mendapat anak yg comel serta sihat walafiat.
Jadi, rumusan yang aku nak taip panjang2 adelah, AKU X SABAR NAK ADA RUMAH SENDIRI sbb aku x sabar nak hias ikut selera aku. Semenjak 2 menjak aku duk bergelimpangan dgn arena karpet, langsir, wall paper, rumah baru, set cadar, set bilik tidur, baiki toilet tersumbat, serta umi yg ada kalanya bercakap ttg urusan jual beli tanah, aku dah start berangan nak ade umah sendiri. Sama ada beli tanah dulu, pastu buat rumah aku plan sndiri, atau beli bungalow sederhana yg siap serta harga berpatutan, itu x pasti lagi. Tgk rezeki mcm mana. Ya Allah, murahkanlah rezeki kami.... Pastu siap berangan aku ade anak suami sendiri dan hidup happily ever after spt cerita hikayat. heheh. Xpe berangan pun, sbb setiap org pn ade impian kan. Dan impian aku adalah nak membina keluarga yg bahagia, harmoni, aman sentosa, berhemah, amanah, yg penuh dgn limpahan kasih sayang aku, yg mematuhi prinsip Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun negara; dan semestinya aku menghias rumah itu dgn berpegang kpd kata2 hikmat, Rumahku, Syurgaku. So, xpelah kawin lambat pun, jgn terburu2 k.. (jgnla lmbat sgt, hopefully, heheh)
[gossip: aku bukan ego, bukan terlalu memilih, tapi ak terlalu kecewa dgn incik lelaki sbb tu la buat masa skrg ni, dtgla sape pun, sume aku tolak dgn cara baik dan berilmiah.. (cheh, poyo pulak, sambil2 lagu background adelah 'baik2 sayang' nyanyian Wali band*). So, soalan yg seumpama 'bila ko nak kawin?' adalah strictly prohibited, jgn tnya aku k. Then, jgn lupa baca ni.] thanx kerana memahami ^__^
Alamak, duk best2 menaip kat sini, x prasan masa berlalu ! kena tidur ! sbb esok nak drive lama & jauh (padahal sejam je dari hukm, heheh).. ok , tatatatatta..
p/s: To bff a**r, sory aku x sempat nak blanje mu makan sedap sbb aku xdo kat cheras utk sementara waktu. mintak2 nnt aku balik mu lupa doh. kih kih kih :PP
p/s lagi: Kat Sungai Ramping xde internet access so xbolehla nak mengarut kat sini lagi.. uwaaaa.... (poyo je padahal next weekend balik sini sbb ade program, so seminggu jela tinggal tenet)
p/s lagi satu: doakan aku menggunakan masa di Hospital Slim River dgn bermutu, yakin, tegas dan saksama utk menjadi pelajar gemilang pada suatu hari nanti !!! agogogo ceeewaaaahhhh !!
(mode: gila sikit sahaje)
0 comments:
Post a Comment