CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 18, 2010

:: Blogging ::

Acccuummm!! haacchumm!! uhhukk !! uhuhuhuuukk!!

(dah beratus kali bersin & batuk, worse since last night)

**************************************************************************

Saya ada blog, dia ada blog, kamu ada blog, mereka ada blog, mak limah ade blog, Si kacak ade blog, si manis ade blog, paksu daud ada blog, Datuk Lee ade blog, Puan Sri Mariam ade blog (sekadar menyebut nama secara random, tiada kaitan dgn yg masih hidup atau sudah meninggal).

Blogging !! ape tujuan manusia2 segenap alam ni berblogging?

Jawapannya terletak pada tuannya sendiri.

Aku menulis (baca: menaip) blog sebab suka membebel. Sebab x semua benda boleh nak cerita kat org. Cerita best ke, x best ke, cerita dalam kelas ke, cerita dalam selimut ke (oppss!) ke cerita perasan tahap puji sendiri mengalahkan dewata raya ke ape2 jelah kan, xsemua org nak dgr secara auditory. Tambah2 plak kalo cerita perasan, lagilah kau boleh tgk perubahan muka si pendengar cerita tu (at least mata mereka akan berubah, bagi isyarat kat org satu lagi, dan isyarat itu seolah mengatakan "meluat/menyampah betul ak ngn cerita perasan makcik ni, mcm bagus sgt, huh")

Kat sini, ak banyak cerita pasal kelas, ward dan ape2lah yg berkaitan dgn belaja dan emosi yang kadang2 kurang stabil. Sebabnya, nnt esok2 bile dah naik amik scroll atas pentas gemilang tu, takpun bile dah keje, bile org panggil 'Miss' ke, 'prof' ke *cehcehceh* ak boleh rewind balik kehidupan-xbest-aku semasa undergrad. Aku start buat blog ni pun dah final year. Org lain, dah final year, status FB/YM ke ape2lah, hanyelah:

"waahh, exam dah dekat. tanak wat mende lain selain stadi dah"
atau
"nak siapkan report A, report B, seterusnya report C, then minum air nescafe supaya x mengantuk n boleh stadi ibarat tiada lagi hari esok"
atau
"hujung minggu ni adelah minggu akademik. Saya mahu belajar bersungguh2, jgn kacau saya!"
atau
"bestnye tadi boleh assist Prof X, Mr Y, Miss Z kat OT !! rase nak jadi surgeon pulak ! bestnyeww..bestnyewww.. hip2 horray !!" (sambil tag gamba pakai gown OT banyak2)
atau
"saya mahu memastikan separuh hari saya diabadikan dgn belajar sendiri. Jgn suruh saya buat slide seminar ke PBL kerana saya tidak berminat. Saya hanya mahu stady & stady supaya saya tidak nampak bodoh di depan para doktor" (eh ade ke mcm ni? mungkin xde keluar kat status ym/fb tapi mesti pernah tertulis di hati beliau)
atau
"esok nak g clerk patient banyak2, buat examination pastu nak present case banyak2, yay !"
esoknya, bile balik ward: xde case best la kat ward, bosan betul.. *erk* (rase terpukul dgn kata2 sendiri)
dan banyak lagilah kata2 seumpama semangat sebegitu.

heheh. Ape yg aku nak sampaikan, bila dah masuk final year ni, semua org akan menghala ke arah Professional exam. Xkiralah selama ni keje sambilan adelah pentido yg tegar ke, peronggeng yg berhemah ke ape ke, bila dah masuk final year ni most of us dah ade kesedaran. termasuklah aku. Walaupun kesedaran itu hanyalah ditahap buku lali aka malleoli, tapi better late than never kan. kan. kan.

Jadi secara x langsung, ak banyak bercerita pasal teaching, wardworks dan yg sewaktu dgnnya sbb most of the time dihabiskan di HOSPITAL, bukan sunway lagoon, bukan pavilion, bukan pusat beli belah terkemuka Harrods juga bukan di pelantar minyak exxonmobil (haha, perlu ke mention bengom gile ak ni kihkih).

Gembira ke aku hari tu, sedih ke aku, perasan ke, manic ke depress ke malu ke aku suka cerita kat sini. Especially yg berkaitan dgn emosi. Kita je yg paham emosi kita, kalo kita cerita kat org, org xkan paham, walaupun mereka sering berkata "aku faham perasaan kau sekarang, bersabar banyak2". dalam hati, nak je cakap, ak ngah bersabar la ni ngok, kalo x sabar, korang dah boleh buat 1 case autopsy dah esoknye! Ade sesetengah aku story-mory jgk ngn besties tapi x semua la. Kang nnt kena perli la kena kutuk la, malas aku nak layan. [ haa, pasal perli2 ni, ak mmg ade lah kan kawan yg jenisnya suka memerli tapi biasanya kalo beliau sedang memerli, aku buat derk/ buat2 x dgr/ tuka topik cepat/ menyapa rakan lain disebelah.. supaya ak x ambil hati dgn kata2 pedas itu, supaya aku x terasa. Kalo dah terasa tu mesti akan melekat dlm hati dan seterusnya meninggalkan titik hitam yg akan berkembang.. seboleh2nya aku x mahu benci orang]. Aku ni jenis yg cepat irritated, ini congenital a.k.a sejak azali susah betol nak ubah tau tak. UUuuuuu..

Kat sinilah ak nak berbicara secara ikhlas. Kalo ramai sgt nnt kena jaga hati semua org, n kena ada batas. Xboleh berbicara secara lepas and paling penting sometimes u wont be yourself. Yelah duk cerita menda baik je kat blog walhal kat dunia realiti berbakul2 org mengumpat/ x suka kau. Ak bukan ckp saje ni, ak pnah jumpe org mcm ni.

Paling aku suka kat sini aku boleh lepas marah dgn senang hatinya. Aku x reti nak marah org depan2 even sampai satu tahap tangan aku dah menggeletar, muka aku dah panas, kaki aku seolah2 menyatakan 'sepak dia sepak dia' sbb geram sgt, tapi x terkeluar perkataan marah2 tu. Bukan ape, ak nak je marah tapi kalo marah kang depa kecik ati, majuk la ape la, aku pulak yg susah hati @ menyesal dgn perbuatan aku. Xbestlah pulak kan kalo ade org secara langsung x suka kau kan..(huuu, asek aku je kene consider prasaan org)

Jadi, sbb itulah aku x expose sgt kat org dgn kewujudannya blog ini. Xde nak buat link kat FB utk setiap entry (kecuali bbrp entry ad jgk buat link, tp yg tu spesel case n suh org tertentu baca isi kandungannya).
Aku pun xde nak follow blog org sgt,blh kira ngn jari je n aku x pulak berusaha nak mengumpul followers (sesetengah org mmg berusaha habis-habisanlah nak naikkan traffic blog; g blogwalking & komen sana sini, tampal link sana sini). Join contest tu, join giveaway ni, tag itu tag ini. Xpelah, tu hak diorg dan diorang enjoy mcm tu, just go on lah. Aku x kutuk, malah aku menyapot mereka yang rajin berkawan di alam maya ini. Cuma buat masa sekarang, ak lebey selesa buat hal aku sendiri. Lagipun xde masa sgt nak buat mende2 tu. Ade masa sehari2 ni pun cukup2 je utk tujuan pembelajaran (chehceh) dan berehat (ckp jelah suka tido woi).


Jadi (banyaknya perenggan bermula dgn perkataan ini) ini adelah blog. Penulis bebas menulis ape yg penulis nak. Name pon blog, bukan textbook, maknanya x wajib baca. Kalau x suka, boleh berhenti baca, xpayah nak membebel2 'tahpape blog dia tu, geram betul aku baca' (tapi esok baca lagi dan lagi dan lagi, dah jadi mcm vicious cycle plak haha).. Diulangi, blog2 yang ada, xkiralah kepunyaan mak limah ke, paksu daud ke, si kacak dan hensem dan bergaya ke, x wajib baca. (melainkan anda rasa berwajib, maka wajibkanlah diri anda). Tapi stakat ni xde lagi lah homosapiens mengutuk blog aku, mungkin ade jika dibelakang aku *curiga x tentu pasal heheh*

Kalo org nak baca, aku hargai. Terima kasih kerana sudi baca. Kalo taknak baca, x ape jugak. Kalo x suka baca, jgn kutuk depan aku, gi kutuk dgn sahabat lain supaya boleh terjadi episod mengumpat diantara kamu2. (hehe, jenisnya x mahu terima kritikan heheh ape daa aku ni).

Semuanya terpulang pada anda. Anda mentukan hidup anda. Berhenti merokok, baliklah rumah solat, Zuhur yg dah nak habis tu. Pastu sambung la tulis blog. Hehe.. (tahpape je an)

Ok, terima kasih semua yg telah menyapot saya selama ni, ibarat banjaran titiwangsa yang menjadi tulang belakang semananjung Malaysia. (eh, kalo lalu jalan dari Slim River ke Tg Malim tu, kan nampak banyak bukit bukau gunung ganang. Tu banjaran titiwangsa ke??)

p/s: Dalam dilemma. Takutnya kalo tersalah buat keputusan! Nak ke tanak?? *cehceh macam nak buat keputusan beli lollypop pulak* Fikir2, jgn bertindak melulu. Fullstop !

:D

0 comments:

Post a Comment