28 Nov 2010
3.30 pm
mendung, moga hujan turun dgn lebatnye ptg ni..
Assalamualaikum..
Semalam, Sabtu, aku oncall. Mantap beb ! hehe.. 5 org oncall ward, 2 org oncall NICU.. best, sbb ade 5 org je student kat ward so rase sgt berleluasa. Nak g dukung Roy ke, nak garu scabies budak2 tu ke, nk main gelongsor kat bilik permainan ke, nak ape2 lah. Suka hati lah ! kihkih..
Bermula dgn pagi, ade 2 admission dari rumah Tungku Budriah. 2 org budak umur 2 tahun minum Potassium Permanganate 1.5%.. Ala, yg guna utk skin lesion tu, cth scabies. Budak2 tu ada scabies, so masa caretaker sapu kat badan diorg mlm tu, lupa nak simpan. Punye la awal diorg bangun,kul 5 pagi minum menda tu. Practically, 10ml KMnO4 tu kena dilute ngan 1.5L warm water. So, imagine jelah kalo minum pekat2 mcm tu. Telefon Pusat Racun Negara, dia ckp KMnO4 ni corrosive, so boleh bg side effect of hypotension, upper GI bleed, DIVC, hepatorenal failure. Diorg suggest jgn buat lavage, jgn bagi activated charcoal, encourage fluid intake, and for OGDS in 24hours (OGDS in paeds?). Effect dia akn nampak after 12-24hours after ingestion. So masa sampai kat ward kul 9 pagi, baru 5 jam, diorg OK lg, xde signs langsung. but then terus hantar kat paediatrik high dependency unit (HDU) for thorough observation.Tapi dr x plan for OGDS pun.
Ward round pulak. Kul 10am lebih kurang, registrar dtg round. Follow dia. hehe. Then kul 12 lebih pulak, Prof Juanita start round. Start kat PICU. Ade patient ricket !! renal ricket, dia ada renal tubular acidosis. Mmg nampakla bowing of the bone tu. Dia masuk sbb vomiting, abdo pain n ape lg ntah. Lame sgt diorg diskas patient ni. Aku yg x brekfest lg tu, skip kejap g makan nasi lemak kt ward. Hehe. Aku balik tu ke situ, depa dah finishing kat patient tu, tgk Danish (nephritic-nephrotic syndrome) kejap je. X hilang lg edema Danish. Pastu lame la pulak kat patient yg suspected Meningitis. Duk tgk CT scan pn lame gile. Nak2 pulak jumpe Mr Shan (specialist neurosurgeon) kat situ so bincang2 lg. Then beralih ke patient 8 months old, encephalopathy. Kesian baby. Mula2 kena seizure je tapi tulah org melayu ni byk sgt kepercayaan, duk delay-delay-delay, tu x kira discharge at-own-risk lagi, tgk skrg anak dh encepalopathy. Lame sgt kat patient tu. Kitorg students x masuk pn bilik patient sbb dah ramai doctor so ape lg bukak kelab sembang jelah. hehe.
Pukul 2.45 prof suh g solat n makan dulu then sejam lepas tu jumpe blk kat situ. So kitorg g la mkn, solat, balik ward kejap tgk ade new admission ke x. Kan aku x jona, xde nye admission. hehe. Dekat kul 4, kitorg g PICU. Prof g tgk patient ricket tu lg. Masa kitorg duk ckp2 ngn ayah patient tu, mak dia nangis. Manenye xsedih. Aku tgk anak dia pun sedih gile. Umur dah 14, tapi physically mcm 7-8 tahun, dia conscious, tapi x alert, lidah terjelir. Kesian sgt. Lepas tu, Prof panggil parents dia g bilik counselling. I presumed it to be bad prognosis. hmmmm....
Then continue wardround sampai kul 6 lebih beb! mantap r.. balik bilik smayang asar, maghrib, mandi then pergi balik ke ward. Stay sampai 11.30 mlm je, x larat r nak tido kat ward. On the way balik, mlm tadi, baru aku perasan yg aku rase sgt serabut banyak keje nak wat. Baru sedar yg aku ni stress sebenarnye. huhu. So sampai bilik main tenet r ape lg. Beli brooch kat internet. Semestinya shopping is a good reliever even melalui online. Pastu duk baca blog 'Blog aku bukan blog bapak kau'.. kelakar la. Mengom sket penulis blog tu. keje mengarut je, haha. Sampai kul 3 pagi berjaga semata nak baca blog. heheh.
Then, habisla hari oncall aku !! heheh. Jmlah admission cuma 4 org. Tadi Dila msj (dia oncall, PRHO plak tu) dah 5 admissions sepanjang pagi, and now awaiting 2 more patients to come. Hehe, terbaik lah wei.. Gud 2..
Setakat itu shaja utk entry on-call.. oh yeahh..
p/s: entry bersusun kat draft x sempat nak siapkan. Grrr
0 comments:
Post a Comment