CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 12, 2010

:: I - City ::

1.30am, 13/11/2010

Assalamualaikum.

Ekceli mlm ni ingtnya tanak keluar meronggeng, nk rehat di bilik. Namun kul 8pm lebih td Sarah tlh mengebuzz, katanya mahu melihat lampu2 jalan yg berkerlipan, berjalan2 melihat alam. Hehe. So, kuar la ngn Sarah, Yani n Fad. Xtahu nk g mane. Fad nk g dataran merdeka, tp kitorg cam tanak g. Pastu ingt nk g Putrajaya, tp x jadi at last setuju pegi i-city. heheh. Pegi ngn Oranje. heheh.

Makan kt pizza hut seksyen 7 dulu. Pastu baru g i-city. Bosannya i-city. Harapkan lampu je berkerlipan. DAHLA ENTRANCE FEE RM10 utk 1 kereta!!!!! bapak r mahal weyhhh... padahal tengok2 lampu je..huhu.. yolah2, nk kutip duit wat bayar bil letrik la tuuu.. huhu.. Xbestlah, xmo g dah. Tapi teringin nk bwk Bo ngn Mad g sana, mesti diore suka.. namun malangnya, mereka berada di klate. hmmmmmmmmmmm

Balik tu, singgah McD, membeli makanan utk Kazzoma yg oncal di labour room dgn 'uhuk2'.. ahaha.. diorg oncall sampai pagi, beb.. heheheh

Sok nak g sunathon. wohohoooo..harapnye selamat pergi, selamat pulang, dan semoga mendapat ilmu yg bermanfaat, InsyaAllah.. :)

So, gunait frens.

p/s: Peliklah. Kenapa mcm tu? Adekah ianya berkaitan dgn aku?? Ah, lantaklah, x payah fikir, tido nyenyak mcm mlm smlm ye cik Dayah.
(mlm smlm tdo kul 9 lebih. Pastu bangun mkan laksa kul 10.45 smbil tgk Qabil & Habil. Then smbg tdo sampai pagi & bangun dgn segarnya dan ke wad dengan gembiranya.. )

Thursday, November 11, 2010

:: Developmental assessment ::

DA, developmental assessment.
Maksudnya, assess budak tu, then teka la umur dia brapa. Tentukan sama ada perkembangan dia ni sesuai ke x dgn umur dia, ataupun delay.. Dia ade 4 aspect yg kna assess, iaitu

1. Gross motor
2. Fine motor and vision
3. Speech and hearing
4. Social behaviour

Kitorg assess berdasarkan developmental milestones yang department bagi. Yang tu pun depa adapted dari Birth to Five years by Mary Sheridan.
Tgk milestone ni barulah tau pada masa bila baby tu spatutnya merangkak, berlari, pandai pegang sudu, suap sudu tu ke mulut, pegang crayon, pegang kismis, main peek-a-boo, cooing, babbles, jargons ke dan kain2.

Tgh hari smalan pergi tesco, cari mainan2 buat DA. Dulu masa 4th year x beli sbb pinjam ngn Ain Jasmi punya. Malas nk beli.

tgk, comel kan brg2 ni.. hehe.. so, esok nak g buat DA betul2. Mlm ni kena baca betul2 pasal DA. Tapi ni x cukup lagi. Susah nk cari cube yg sesuai, yg mcm PERSIAP jual tu. Cawan pn xde lg. Sudu xde jgk, red ball, crayon, buku bergambar pn xde lg. Susah nk cari crayon yg besar, yg tulisan dia tu terang. Kebanyakannya pudar je kaler dia. So yg xde ni nk pinjam dulu la sementara nk g cari kt Jusco. HEHE.. nantikan siapa mangsanya!!

Kt HUKM ni, x ramai sgt baby. I mean, x seramai kat HKL. Nak banding ngn HKL mmgla, dia kn ada institute pediatrik so mestilah banyk case di refer ke situ. Nak yg pelik2 / rare pon ade, cthnya glycogen storage disease and other metabolic disease. Cystic fibrosis pn boleh tahan jgk bilangannya. So tetibe rase rindu nk g ward Paediatrik HKL sbb boleh buat DA sampai muntah. Malangnya masa 4th year dulu, buat secara bermalas2an. huhu

Korang nk tgk satu baby comel x?? comel gileeeee...

haaaaa

taadaaaaaa!!!!


comel gile dia silau kt flash.. haha..
gemok bdk ni.. tgk pipi dia tu, comel sgt. Tp sbb demam, dia x active. Guling2 je ats bed. btw, dia ni lelaki.

Oklah ye jumpe lg nnt, bye bye...
(chup, kalo pandai sebut babai brapa expected age dia??? haaaaa.. jawapannya, 12 months! hehe)

p/s: xleh taip panjang2, nak tgk cerita Chenta. heheheh...

Wednesday, November 10, 2010

:: Sunathon VS on-call ::

Sabtu ini, 13/11/2010, ada 2 events.
1. Program sunathon, bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, SS1 Petaling Jaya, dari 8.00am - 12.00pm.
2. On call team saya, paediatrik, semestinya di PPUKM, supposed to be 24 hours. (note the word 'supposed')

Sepanjang hidup,
saya x pernah tengok bagaimana org lelaki bersunat. Setiap tahun pun saya tidak berpeluang utk menyertai program sunathon ini. Utk pengetahuan umum, program sunathon ini adelah program bersunat beramai2. Setiap tahun PPUKM menyertai program ini. Tahun lpas ia diadakan di PPUKM sendiri..

Saya mahu ke program sunathon supaya at least ada exposure terhadap prosedur bersunat ini. Supaya saya ada pengalaman memandangkan perkara ini adalah wajib bagi setiap lelaki muslim. Oleh itu adelah sgt tidak patut utk seorg doktor tidak mengetahui prosedur tersebut. Mungkin termasuk dlm 'dosa2 kecil'..

Namun demikian,
apa yg menyebabkan saya berada dalam dilema skrg adelah, saya on call. Sayang la pulak nk tinggal on call. Lg pun bdk2 lpas cakap, kalo weekend biase doktor akn cari student. Ade jgk org ckp diorg just pegi wardround pagi then blah la..

Siriyes saya confuse.
Kang kalo xpegi on call nnt kang tetibe doktor cari kang kna marah plak sbb missing. Nak bg alasan pegi sunathon x munasabah kerana sememangnya tiada surat pelepasan. hadoii.. Dua2 sy nak pergi. On call wajib, sunathon xde kategori, sunat ke? harus ke?huhu..

Akhirnya, slpas berfikir sejenak, saya rasa sy nak pergi ke program sunathon.Kemudian, balik dari program tu barulah saya akan berlengah2 ke wad. huhu (berlengah2)..Naseb baik on call ward, kalo NICU?? uhuhuu. Kalo doktor cari pagi tu macam mane ye?? errr.. er... biarlah, nk wat camane kan.. xsure plak sape specialist oncall hari tu.. Prof Ong ke sape ntah..
Adik2 syg, janganlah anda sakit ye pada hari Sabtu ni supaya tidak bnyk admission. Semoga adik2 terus membesar dgn sihat dan kuat!!!



p/s: you, can u pliss stop messaging me coz i dont like! I dont know how say directly to u. If u read this, plis understand that dis is especially referring to u.

:: By Dr Harlina on MONDAY, SEPTEMBER 20, 2010 ::

Khusus buat:

  • Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)
  • Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas

Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.


Anak-anakku,

Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.


Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!


Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.


Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui. Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.


Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.


Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.


Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,

Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.


Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!


InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.

Dr.Har


(Assoc Prof Dr Harlina Halizah hj Siraj)
O&G specialist and lecturer,
PPUKM

Monday, November 8, 2010

::First day & money ::

Selepas briefing posting pg tadi, kami bergegas ke ward utk cari supervisor. Ditakdirkan ak kna group floating, sbb supervisorku ade lah specialist kt PICU. So, x perlu ikut round kt PICU but kna ikut lecturer whose students are away, to Teluk Intan n Slim River.

Habis dijajah general ward, PICU, NICU, department sbb memburu lecturer yg dikehendaki. At last, dpt tau SV nk jumpe kul 2pm. OK, then back to general ward. Skrg ade banyak case of bronchial asthma.


hensem kan budak ni.. baik, dan dia suka pompuan. Masa ak ngn kwn pompuan pegi tgk dia, dia terlompat2. Mak dia ckp, dia mmg mcm tu, suka dgn pompuan. Contoh kalau bwk g bank ke, mane2 ke, suka tegur pompuan, peluk ke.. hahaha.. adik ni, kecik2 dah pandai ye.. tp akak mmg kagumla dgn kehenseman adik, rasa nk buat menantu, nasib baik xde anak pompuan lg.. hehe

yang ni plak, umur baru 3 tahun tp mulut mcm org tua. Nanti besar berpotensi jd 'mulut longkang'.. xleh provoke sket, garang gile, suara 1 ward dengar toww... tp kalo layan ngn lemah lembut dia OK je.. kalo dpt masa exam mcm ni kan bagus. Dahla cooperative, bg buat examination.. :)

Esok oncall, maybe ak akan berada di NICU. Sudah terbayang2 night wardround yg lame (baca: bosan) itu.. Xpelah, nk wat cane, kna pegi jgk sbb nk cari patient utk seminar PREMATURITY. harap tidak bosan, tidak mengantuk, dan plg penting, semoga aku FOKUS!!!

*******************************************************************************************************

Berkenaan duit. JPA sudah masuk, dan semestinya sudah banyak yg dibelanjakan oleh aku yg manic ini. Malangnya, duit milysa tidak masuk bulan ini sbb umi tidak maintainkan aku (bulan depan maybe dapat, InsyaAllah). Beberapa bln lpas, lega la sbb ade monthly income, almost 1k per month. Jumlah yg agak bnyk utk seorg student, JPA holder plk tu.. hehe.. Semuanya jasa umi jugak. Tanpa umi, xdenye nk dpt duit bnyk tu setiap bln.

Berbelanja, aku mengaku ak tergolong dlm manusia yg membeli tanpa berfikir. Kalo fikir pn xleh nk resist kalo dh mmg berkenan. Aku beli je ape yg aku berkenan. Ape yg terlintas. Bukan nk menunjuk banyk duit ke ape, ye aku sedar aku org miskin, tp mmg fitrahnya ak mcm tu. Ak mmg xboleh ade duit bnyk di tgn, kalo ade, otak aku ni asek fikir je nk beli ape. Susah nk ubah. ORg yg perangai same ngn aku je akn faham tau. Mcm org yg cermat plak, dia akn x reti nk berbelanja sakan sbb dh terbiasa menyimpan duit. Umi dh selalu pesan JIMAT JIMAT JIMAT.. haha, ala umi pn slalu ckp nk jimat, tp bile aku balik je, msti bnyk gak duit habis sbb terpengaruh ngn aku suh beli itu & ini.. hehehe..jahat ke? taklah..Hari tu g beli kain utk jahit langsir pn habis seribu lebih, jimat ke tu namenye? hahaha.. (baru kain je, x termasuk upah jahit lagi?)... Gi JAKEL bli kain baju saje pon dh habis seribu setengah? hahaha.. [umi, umi.. klakar sungguh..boleh tahan juga kalo dh manic tu..] Kdg2 aku plak nasihat umi.. cheh pandai pulak nasihat org. :P

Pengurusan duit tu hal masing2. Ade org suka berjimat cermat n suka tgk duit dlm bank tidak bergerak2. Ade org suka & terasa nikmat bila bershopping sakan. Tu masing2 punya hal. Si cermat akn berbangga sbb duitnya banyak, dan dpt membeli itu & ini dgn duit sendiri, dan secara x lgsg ade sifat bangga diri, dan mengutuk2 org yg suka shopping. Si kaki shopping plak akn gembira dgn barang2 baru yg banyak itu dan menyampah dgn org cermat yg suka memerli. Bagi aku, terpulanglah pd individu tu cara dia nk guna duit, yg penting dia bahagia. Yang penting juga, yg boros tu jgnlah sampai papa kedana.

Aku pernah post status kt FB, ak ckp aku nak 6K per month, bukan per sem. Ade bnyk reaksi yg aku terima. 6K, mungkin korg rasa bnyk, tp aku rasa 6K tu tidaklah sebanyak mane.Ya, mmg kita kna hidup bersederhana. Tapi korg x tahu kan aku nk wat ape ngn duit tu. Meh aku nk ckp. Aku sebenarnya nk duit bnyk dr sekarang, sbb kalo boleh, aku dh tanak tgk ibu bapa aku bekerja. Aku nk tanggung diorg pulak. Aku nk hanta diorg g Mekah guna duit aku. Aku dh 23 tahun, selama ni mmg bnyk guna duitla kan, as i said before. Ak takut ibubapa aku xsempat merasa aku bg kesenangan kt diorg. Ala, stakat bg duit JPA tu apelah sgt, stakat beli hadiah dgn duit JPA tu pun apelah sgt. Xpayah nk bangga dgn mende tu, yg tu mmg xde ape pon. Teringin nk bwk umi g holiday yg ditanggung sepenuhnya oleh aku. Namun semua tu still tinggal angan2 sbb hakikatnya, ak masih tidak bergaji tetap. Tahun depan IA br boleh merasa.. hmmm...

Wahai org yg cermat. Baguslah anda cermat, tapi jgn smpai org lain rasa menyampah. Org yg sgt cermat biasanya sgt berkira. Stress tau hidup ngn org mcm ni. Ak pernah hidup dgn roomate yg maha cermat, dan aku seperti jadi supplier di bilik itu. Bukan mengungkit, bukan x ikhlas, tp life ni kan about give n take. Kalo kita je asyik give n give n give dan org pulak asyik take n take n take, terdetik jugak kan kat hati ni. Ye, betul, tangan yg memberi lebih baik dari tgn yg menerima tapi kalo duit ko menyusut sbb nk bg kesenangan kt org lain yg duitnya x bergerak tu, bergetar jgk hati ko kan... apepun terpulang kpd anda utk fikir balik. Ni just my opinionlah. OKaiii. Kalo nk bambu aku dlm blog korg pn, lantaklah, i dont care. hehe.

Duit oh duit. Money oh money. U are not everything but everything needs u. Sebab kau, suami isteri boleh bercerai berai. Sbb kau, adikberadik terputus hubungan. Sebab kau, rakan2 niaga bermusuh. Sebab kau jugak, manusia lupa diri. Duit ibarat lautan, makin diselam, makin dalam. Semakin banyak duit, semakin rasa x cukup so makin dikejar. Duit oh duit, Money oh money, i love u so much. Bunyi mcm mata duitan, tapi korang pun suka duit kan?? korang pun suka bila org bagi duit kan? kan? So x payahla mengata org materialistik ke ape, bila dah nama manusia, mestila suka duit. Kalo x suka, keje saje la, x payah ambik duit gaji tu :PP

hehe.. sonok plak bercakap psl duit. Xkisah la org nk kata apa. Yang penting aku nk jadi jutawan!
HAHAHAHAHA

ok lah, manic pulak aku di pukul 1.05 pagi ni.. hehe.. sekian, mahu tidur dahulu. tatattaa..

p/s: Moga rezeki umi makin bertambah2!!

:: wajah baru ::

Niatnya lepas balik dari ward td nk stadi.. tapi terbuka FB, pastu tertengok 1 online boutique ni.. bukak blog dia, berkenan pulak dgn template tu.. hehe.. pastu ape lg, bukakla website tu, browsing template2 yg best. At last aku decide nk wat black backgound la.. mcm best je.. hehe.. barulah leh wat font kalerful.. ngeh3

Ok, tu je nk bgtau.. :)

p/s: mlm ni kena stadi taw :)